Tuesday, 13 June 2017

Abah.

Seorang insan yang sangat tegas dalam mendidik anak.

Seorang insan yang lain gaya asuhan pada anak.

Seorang insan yang selalu bertanya khabar melalui lisan ibu.

Seorang insan yang selalu memberi duit melalui tangan ibu.

Seorang insan yang sentiasa mendoakan dalam diam.

Seorang insan yang sentiasa memerhati dengan penuh kasih sayang.

Seorang insan yang sentiasa melindungi dan menjaga tanpa mengharapkan balasan.

Kasih sayang seorang abah tidak berpenghujung. Walaupun tidak dinyatakan secara zahir, tetapi melalui riak wajah dan caranya penuh dengan erti kasih sayang.

Katanya. Nasihatnya. Ketegasannya dalam mendidik bukan untuk menyusahkan anaknya. Sebaliknya untuk menjaga, mendidik dan mengajar anak dengan sebaiknya.

Sayang abah sangat-sangat ♥

Love of my life always 💕Mat Zain Bin Deraman 💕

Happy fathers day

No comments:

Post a Comment