Friday, 30 June 2017

Jodoh itu unik.

Yang dikejar makin menjauh,
Yang tidak disangka makin mendekat,
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu,
Yang awalnya diragukan menjadi pasti,
Yang selalu diimpikan tidak berujung pernikahan,
Yang tidak pernah difikirkan bersanding dipelaminan,

Allah itu maha adil.

Dia yang mengatur perjalanan hidup kita dengan indah dari apa yang kita rancang.

Percaya sahaja.

Tuhan menggengam semua doa.
Lalu dilepaskan pada saat yang tepat.

Sabar.

Teruskan genggam dalam doa.

JIka akhirnya kamu tidak bersama orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkiin kamu akan disatukan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu,

Have Faith, Serah semua pada Allah,  doa baik-baik.

"Jaga satu hati, pegang satu nama, simpan dalam hati, setia hujung nyawa"



Tuesday, 13 June 2017

Abah.

Seorang insan yang sangat tegas dalam mendidik anak.

Seorang insan yang lain gaya asuhan pada anak.

Seorang insan yang selalu bertanya khabar melalui lisan ibu.

Seorang insan yang selalu memberi duit melalui tangan ibu.

Seorang insan yang sentiasa mendoakan dalam diam.

Seorang insan yang sentiasa memerhati dengan penuh kasih sayang.

Seorang insan yang sentiasa melindungi dan menjaga tanpa mengharapkan balasan.

Kasih sayang seorang abah tidak berpenghujung. Walaupun tidak dinyatakan secara zahir, tetapi melalui riak wajah dan caranya penuh dengan erti kasih sayang.

Katanya. Nasihatnya. Ketegasannya dalam mendidik bukan untuk menyusahkan anaknya. Sebaliknya untuk menjaga, mendidik dan mengajar anak dengan sebaiknya.

Sayang abah sangat-sangat ♥

Love of my life always 💕Mat Zain Bin Deraman 💕

Happy fathers day

Penat. Sampai satu tahap kau tak mampu nak teruskan.

Tapi inilah mujahadah menuntut ilmu.
Hidup kat dunia memang satu tuntutan untuk kita cari dan gali ilmu. Tak kira ilmu dunia mahupun akhirat.

Yakinlahhh.

Usaha tangga kejayaan !

Sejauh mana pergi jangan lupa Allah sentiasa. Dekatkan diri denganNya. Selalu berdoa meminta padaNya.

InshaAllah, bila dah usaha, doa. Maka tawakkallah. Restu ibu bapa juga penting untuk kejayaan kita. Senangkan hati mereka. InshaAllah berjaya dunia akhirat.

Bittaufiq wannajah kullukum jamian

- irasyahira -
Bachelor arabic languange.

Friday, 9 June 2017

Inalillah.

Bukak ig penuh dengan post ucapan inalillah buat keluarga dan sahabat handai yang telah pergi bulan ramdhan ni. Cukup ramai yang pergi meninggalkan bulan mulia ni. Jiwa sya mudah tersentuh. Baca caption saja dah boleh koyak. Mulalah nangis. Allahu.

DARI DIA DATANG DARI DIA JUGAK KITA KEMBALI.

InshaAllah, semua yang telah pergi akan tenang disana ditambah dengan keberkatan bulan ramadhan ni. Husnul khatimah pengakhirannya.

Rehatlah disana dengan penuh kesenangan yang abadi. Dunia hanya tempat bermain buat sementara. Dah boleh rehat kat sana. Tak payah pikir pasal penipuan dunia lagi dah.

Buat adik syahid, kak shea. Walaupun tak pernah jumpa, tapi selalu tgok perkembangan kat ig, suka sangat. 💝 Awak berdua pergi dalam bulan ramadhan kareem. Jeless sangat. InshaAllah syurga buatmu.

Inalillah buat mereka. Moga tergolong dalam kalangan orang yang beriman.

Pengakhiran kita? Bila pun tak tahu. Allahu.

Wednesday, 7 June 2017

Baca berita yang menyedihkan pasal budak tahfiz excident tu, Allahu berderai ayaq mata. Sebak. Terharu,

Hari mulia, bulan mulia, tujuan mulia. Memang syahidlah mereka. Hari jumaat, bulan ramadhan, ingin ke majlis ilmu, Allahu.... indah sungguh pemergianmu dikk,

Cemburu dengan pemergian mereka, dalam husnulkhatimah.  Moga pengakhiran kita semuaa juga begitu.  

Ajal maut tak kira masa. Allah boleh ambil sekejap sahaja makhlukNya, tidak lewat sesaat mahupun tidak awal sesaat. Allah sebut "kun fayakun" jadilah, maka jadilah ia.

Bersediakah kita ?

Masih banyak hutang kita dengan Allah di dunia. Hidup di dunia tempat kita menanam pahala dan menjadi khalifah yang patuh dan taat padaNya. Tetapi kita manusia sering alpa, tertipu dengan kenikmatan dunia. Kerana itu, bertaubatlah dan berdoalah spaya pengakhiran husnul khatimah.

Allahu. Izinkan kami menghadapmu dalam kau redhai. Aminn.

Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.

-irasyahira-

Saturday, 3 June 2017

Moga Kuat

Assalamualaikum buat sahabat seperjuangan Nur Salsabila.

Ujian sakit yang menimpa itu salah satu tanda kasih sayang Allah pada hambanya. Bukan satu bebanan untuk ditangisi.  Ujian itu adalah satu hadiah yang terbaik untuk kita, untuk menjadi insan yang terbaik disisi Allah.

Allah tahu kamu kuat,
Allah tahu kamu mampu,
Kerana itu Allah uji mengikut kemampuan kamu.

Bila terasa beratnya ujian yang menimpa pada diri ingatlah ayat ini :

"Allah takkan membenani hambanya sesuai dengan kemampuan hambaNya"

Bersabarlah, bertabahlah, seberat mana beban yang dipikul itu pasti akan ada ganjaran di sisi Allah.

Nikmat sakit adalah salah satu kafarah dosa dan medan untuk tarbiah diri.

InshaAllah Sal kuat, Sal tabah. Moga dalam lindungan Allah selalu. Syafakillah.

-irasyahira-

Binnajah InshaAllah


Setiap kali rasaa down mesti call umi. Suruh doakan anak dia kat sini. Allahu. Doa ibu  paling mustajab, doa kakak pun paling mustajab, Doa abah pun sama. Harap dapat buat yang terbaik exam kali ni. Call umi sembang  ngan umii n kakak, cakap takut nak hadap exam ni sebab banyak kena hafal n paham. Umi cakap "mi selalu doakan ngah. Selebihnya ngah sendiri kena usaha, mintak ngan Allah, mintak dipermudahkan urusan, mudakan hafalan mudahkan kefahaman, Solat hajat dhuha n tahajjud jangan lupa, biar kita selalu mintak ngan Allah, baca rabbisyrahli sadri tu" 

Allahu. Umi xpenah lepas dari sebut solatlah hajat, dhuha ngan tahajjud,.. mintak ngan Allah, Nasihat yang sangat berguna untuk aku lakukan. 

Lepas sekian lama sembang ngan kakak, umi n semua aku nak sembang ngan Abah pulak suh doakan tapi segan * yelah, ngan abh xserapat ngan umii. Biasalah, kalau call pun biasa ckp ngan umi ja, ngan abh kurang sikit sebab xtau nak sembang apa, Padahal rindu ja, ttapi tulah.. 

Sebelum ttup  vid call  aku kena gak cakap ngan abah, suh depa bg kat abah phone n sembang la ngan abah. 

aku cakap " abah doakan ngah nak exam minggu depan, takut sebab banyakk kena baca n hafal"

Abah pun cakap...
"bakpe takut, jangan takut. Kita belajar  dah, jadi serah ke Allah, Doa banyak-banyak, Selalu buat apa Allah suruh. Ingat Allah masa belajar. Yakin dengan apa kita belajar. ttak susah pun. Mintak Allah permudahkan urusan. " abah pun bg ni  sebelum abis sembang : 
" لا بد عليك تحفظين الدروس "
"ارجوك باليقين - مهم عليك تحفظين و تفهمين دروسك "
من جد وجد ومن زرع حصد - من طلب الأولى سهر الليال
Abah doakan ngah bboleh jawab periksa dengan baik, peroleh kejayaan. 

ِAllahu, masa mula-mula abah cakap lagi dah sebak. Tapi tahan ja, Takkan nak nangis masa vid call. Mampu cakap hhaaa, okeee abah. InshaAllah.

Dengan abah mudah sangat tersentuh hati sebab abah pentingkan pelajaran. Jadi kalau result aku  rendah takut menghampakan abah, Mak ayah mana taknak tengok anak dia berjaya kaan. Yeah. usaha bersungguh-sungguh pastu tawakkal. inshaAllah Allah bantu.

Selamat berFINAL semua sahabat-sahabat seperjuangan.

-irasyahira-