Friday, 27 October 2017

Umi... Abah...

Tiada seorang pun perempuan dan lelaki yang aku kenali sehebatmu di mataku.

Umi..Abah... Terima kasih sebab selalu bagi nasihat. Dalam diam selalu mendoakan kami.

Umi..Abah... Andai takdir aku tidak dapat tunaikan hasratmu.. Maafkanku.

Umi..Abah... Andai pernah menyakitimu tanpa aku sedari.. Maafkanku.

Doakan aku menjadi sehebat umi dan sekuat abah.

I love both of you so muchhhhh 😭

Monday, 3 July 2017

KISAH MEREKA TAK SAMA DENGAN KITA

Cerita mereka tak sama dengan cerita kita.

Kisah suka duka mereka juga tak sama dengan kisah kita.

Ada orang bahagia hidupnya dengan pasangan,
Ada orang bahagia hidupnya dengan keluarga,
Ada orang bahagia hidupnya bersama teman-teman.

Dihargai oleh sekeliling satu fitrah naluri dari ilahi.

Manusia perlukan kasih sayang dari mereka yang dicintai.

Jadi ibu ayah, sayangi anak-anak.
Jadi suami, sayangi isteri sepenuhnya.
Jadi isteri, sayangi suami.
Jadi teman, sayangi teman dengan ikhlas.

Dalam hidup hanya dua perkara yang menjadikan keakraban dua jiwa
♚ Dihargai
♚ Disayangi

Dalam bekeluarga jangan senang melafazkan cerai,
Dalam berkawan jangan cepat memutuskan silaturrahim,
Dalam pertunangan jangan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.

Kisah buruk mereka, jadikan pengajaran untuk kita.
Kebahagiaan mereka jadikan wadah untuk kebaikan kita.

You served to be happy ♔

-irasyahira-

Friday, 30 June 2017

Jodoh itu unik.

Yang dikejar makin menjauh,
Yang tidak disangka makin mendekat,
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu,
Yang awalnya diragukan menjadi pasti,
Yang selalu diimpikan tidak berujung pernikahan,
Yang tidak pernah difikirkan bersanding dipelaminan,

Allah itu maha adil.

Dia yang mengatur perjalanan hidup kita dengan indah dari apa yang kita rancang.

Percaya sahaja.

Tuhan menggengam semua doa.
Lalu dilepaskan pada saat yang tepat.

Sabar.

Teruskan genggam dalam doa.

JIka akhirnya kamu tidak bersama orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkiin kamu akan disatukan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu,

Have Faith, Serah semua pada Allah,  doa baik-baik.

"Jaga satu hati, pegang satu nama, simpan dalam hati, setia hujung nyawa"



Tuesday, 13 June 2017

Abah.

Seorang insan yang sangat tegas dalam mendidik anak.

Seorang insan yang lain gaya asuhan pada anak.

Seorang insan yang selalu bertanya khabar melalui lisan ibu.

Seorang insan yang selalu memberi duit melalui tangan ibu.

Seorang insan yang sentiasa mendoakan dalam diam.

Seorang insan yang sentiasa memerhati dengan penuh kasih sayang.

Seorang insan yang sentiasa melindungi dan menjaga tanpa mengharapkan balasan.

Kasih sayang seorang abah tidak berpenghujung. Walaupun tidak dinyatakan secara zahir, tetapi melalui riak wajah dan caranya penuh dengan erti kasih sayang.

Katanya. Nasihatnya. Ketegasannya dalam mendidik bukan untuk menyusahkan anaknya. Sebaliknya untuk menjaga, mendidik dan mengajar anak dengan sebaiknya.

Sayang abah sangat-sangat ♥

Love of my life always 💕Mat Zain Bin Deraman 💕

Happy fathers day

Penat. Sampai satu tahap kau tak mampu nak teruskan.

Tapi inilah mujahadah menuntut ilmu.
Hidup kat dunia memang satu tuntutan untuk kita cari dan gali ilmu. Tak kira ilmu dunia mahupun akhirat.

Yakinlahhh.

Usaha tangga kejayaan !

Sejauh mana pergi jangan lupa Allah sentiasa. Dekatkan diri denganNya. Selalu berdoa meminta padaNya.

InshaAllah, bila dah usaha, doa. Maka tawakkallah. Restu ibu bapa juga penting untuk kejayaan kita. Senangkan hati mereka. InshaAllah berjaya dunia akhirat.

Bittaufiq wannajah kullukum jamian

- irasyahira -
Bachelor arabic languange.

Friday, 9 June 2017

Inalillah.

Bukak ig penuh dengan post ucapan inalillah buat keluarga dan sahabat handai yang telah pergi bulan ramdhan ni. Cukup ramai yang pergi meninggalkan bulan mulia ni. Jiwa sya mudah tersentuh. Baca caption saja dah boleh koyak. Mulalah nangis. Allahu.

DARI DIA DATANG DARI DIA JUGAK KITA KEMBALI.

InshaAllah, semua yang telah pergi akan tenang disana ditambah dengan keberkatan bulan ramadhan ni. Husnul khatimah pengakhirannya.

Rehatlah disana dengan penuh kesenangan yang abadi. Dunia hanya tempat bermain buat sementara. Dah boleh rehat kat sana. Tak payah pikir pasal penipuan dunia lagi dah.

Buat adik syahid, kak shea. Walaupun tak pernah jumpa, tapi selalu tgok perkembangan kat ig, suka sangat. 💝 Awak berdua pergi dalam bulan ramadhan kareem. Jeless sangat. InshaAllah syurga buatmu.

Inalillah buat mereka. Moga tergolong dalam kalangan orang yang beriman.

Pengakhiran kita? Bila pun tak tahu. Allahu.

Wednesday, 7 June 2017

Baca berita yang menyedihkan pasal budak tahfiz excident tu, Allahu berderai ayaq mata. Sebak. Terharu,

Hari mulia, bulan mulia, tujuan mulia. Memang syahidlah mereka. Hari jumaat, bulan ramadhan, ingin ke majlis ilmu, Allahu.... indah sungguh pemergianmu dikk,

Cemburu dengan pemergian mereka, dalam husnulkhatimah.  Moga pengakhiran kita semuaa juga begitu.  

Ajal maut tak kira masa. Allah boleh ambil sekejap sahaja makhlukNya, tidak lewat sesaat mahupun tidak awal sesaat. Allah sebut "kun fayakun" jadilah, maka jadilah ia.

Bersediakah kita ?

Masih banyak hutang kita dengan Allah di dunia. Hidup di dunia tempat kita menanam pahala dan menjadi khalifah yang patuh dan taat padaNya. Tetapi kita manusia sering alpa, tertipu dengan kenikmatan dunia. Kerana itu, bertaubatlah dan berdoalah spaya pengakhiran husnul khatimah.

Allahu. Izinkan kami menghadapmu dalam kau redhai. Aminn.

Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.

-irasyahira-

Saturday, 3 June 2017

Moga Kuat

Assalamualaikum buat sahabat seperjuangan Nur Salsabila.

Ujian sakit yang menimpa itu salah satu tanda kasih sayang Allah pada hambanya. Bukan satu bebanan untuk ditangisi.  Ujian itu adalah satu hadiah yang terbaik untuk kita, untuk menjadi insan yang terbaik disisi Allah.

Allah tahu kamu kuat,
Allah tahu kamu mampu,
Kerana itu Allah uji mengikut kemampuan kamu.

Bila terasa beratnya ujian yang menimpa pada diri ingatlah ayat ini :

"Allah takkan membenani hambanya sesuai dengan kemampuan hambaNya"

Bersabarlah, bertabahlah, seberat mana beban yang dipikul itu pasti akan ada ganjaran di sisi Allah.

Nikmat sakit adalah salah satu kafarah dosa dan medan untuk tarbiah diri.

InshaAllah Sal kuat, Sal tabah. Moga dalam lindungan Allah selalu. Syafakillah.

-irasyahira-

Binnajah InshaAllah


Setiap kali rasaa down mesti call umi. Suruh doakan anak dia kat sini. Allahu. Doa ibu  paling mustajab, doa kakak pun paling mustajab, Doa abah pun sama. Harap dapat buat yang terbaik exam kali ni. Call umi sembang  ngan umii n kakak, cakap takut nak hadap exam ni sebab banyak kena hafal n paham. Umi cakap "mi selalu doakan ngah. Selebihnya ngah sendiri kena usaha, mintak ngan Allah, mintak dipermudahkan urusan, mudakan hafalan mudahkan kefahaman, Solat hajat dhuha n tahajjud jangan lupa, biar kita selalu mintak ngan Allah, baca rabbisyrahli sadri tu" 

Allahu. Umi xpenah lepas dari sebut solatlah hajat, dhuha ngan tahajjud,.. mintak ngan Allah, Nasihat yang sangat berguna untuk aku lakukan. 

Lepas sekian lama sembang ngan kakak, umi n semua aku nak sembang ngan Abah pulak suh doakan tapi segan * yelah, ngan abh xserapat ngan umii. Biasalah, kalau call pun biasa ckp ngan umi ja, ngan abh kurang sikit sebab xtau nak sembang apa, Padahal rindu ja, ttapi tulah.. 

Sebelum ttup  vid call  aku kena gak cakap ngan abah, suh depa bg kat abah phone n sembang la ngan abah. 

aku cakap " abah doakan ngah nak exam minggu depan, takut sebab banyakk kena baca n hafal"

Abah pun cakap...
"bakpe takut, jangan takut. Kita belajar  dah, jadi serah ke Allah, Doa banyak-banyak, Selalu buat apa Allah suruh. Ingat Allah masa belajar. Yakin dengan apa kita belajar. ttak susah pun. Mintak Allah permudahkan urusan. " abah pun bg ni  sebelum abis sembang : 
" لا بد عليك تحفظين الدروس "
"ارجوك باليقين - مهم عليك تحفظين و تفهمين دروسك "
من جد وجد ومن زرع حصد - من طلب الأولى سهر الليال
Abah doakan ngah bboleh jawab periksa dengan baik, peroleh kejayaan. 

ِAllahu, masa mula-mula abah cakap lagi dah sebak. Tapi tahan ja, Takkan nak nangis masa vid call. Mampu cakap hhaaa, okeee abah. InshaAllah.

Dengan abah mudah sangat tersentuh hati sebab abah pentingkan pelajaran. Jadi kalau result aku  rendah takut menghampakan abah, Mak ayah mana taknak tengok anak dia berjaya kaan. Yeah. usaha bersungguh-sungguh pastu tawakkal. inshaAllah Allah bantu.

Selamat berFINAL semua sahabat-sahabat seperjuangan.

-irasyahira-

Sunday, 28 May 2017

Ramadhan Kareem

First day puasa. Rasa cam sedih pun hadee bila berpuasa tanpa family disisi. Orang lain semua balik tapi kita kat sini.

Tapi takpe, alhamdulillah family madori 3G4 masih disini. Mereka teman-teman satu team yang berjuang bersama dalam satu organisasi. Alhamdulillah. Dapat merasai puasa dengan mereka. Seminggu akhir sebelum puasa dengan family tercinta pulak. tak sabar nak makan sedap-sedap air tgn umi :(

First day puasa not so bad, semua pung pang pung pang beli barang n masak sama-sama.  Bahagia dapat sekeluarga camni. Suka makan, suka gelak, suka bahan orang. Ni la keluarga blok3 .3g4 yang takkan sya lupa.

Sepanjang jadi penghuni kolej, tak pernah serapat dan seukhuwah macam ni. Masa sem 1 alhamdulillah rapat gak dengan hosmate, sem 2 semua bawa haluan masing2 sebab tak rapat. sem 3&4 alhamdulillah dapat geng masuk ayaq yang suka jadi burung hantu tiap malam.

Takkan lupa family 3G4 yang susah senang sama-sama.

Sayang korang2
Kak asma , ecah , teha , lima , chepah

Selamat menjalani ibadah puasa guysss dan moga segala hajat kita dimakbulkan oleh Allah swt sempena bulan yang penuh barakah.

RamdhanKareem..
#Roadtoexam

Pejam mata. Bukak mata.

Tup-tup dah nak akhir sem. Minggu study week dah pun.

Allahu. Cepatnya berlalu hari-hari sebelumnya. Sem 4 bakal melabuhkan tirai. Minggu depan 5/4 dah exam.

Dikesempatan ini, sya mintak maaf segala salah silap sya sepanjang perkenalan dengan korang. Andai terasa andai buat anda terluka ke apa ke, sya mintak maaf dari hujung rambut sampai ke kaki.

Untuk kawan seperjuangan yang bakal menghadapi exam jugak, sya doakan korang berjaya dunia dan akhirat. Bittaufq wannajah fil imtihan. InshaAllah kullulum mumtazun.

Doakan Nur Syahirah Bt Mat Zain berjaya jugak taw. hee. Kenang daku dalam setiap doamu. :-)

Assalamualaikum.

Thursday, 13 April 2017

Salam Ukhuwah

Assalamualaikum.


Selamat petang gaiss, Suka berblog di wall korang. Cantik je background and susunan dalam blog tu. Waaa. :'( Jatuh hati and at the same time patah hati. haha. Sya nak juugakk edit cam korang, Dah berapa kali try buat, renyuh betul cara dia. haha. Last-last tak buat jugak. Semua benda senang je kalau kita BEBETUL NAK BUAT kan ? 

Tapi tu lah, nak kena hadap lappy berjam kalau nak buat bendalah tu and kena try satu-satu sampai kita boleh buat dan puas hati. Sya taklehh nak buat gitu sebab memang xdan, xsempat nak cubaa satu-satu dan edit. Haritu adalah usha kat blog korang, yaang terer bab edit blog dan berbayar. I loikeee. Tunggu nanti ada duit boleh la i tempah kat u ea. Haha. Sekarang ni takpelah camni dulu. Nanti i upgrade my blog bagi cantik-cantiik sikit okeh, haha Suka ngat terjah blog korang. Simple but nice. hee. Salam ukhuwah buat blogger sekalian alam. 💓😍


Thanks for this experience

Assalamuaaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah almost 8 weeks ada kat UPSI. Pejam celik dah nak habis satu sem dan nak habis jugak pegang jawatan sebagai Exco Ekonomi dan Keusahawanan untuk Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar sidang 2016/2017.

Selalu busy je memanjang, rindu nak post-post kat blog, tapi tak sempat pun nak layan keinginan nak berblog setiap hari. Al maklumlah hectic student life + tak bahagikan masa leklok. haaha. Siyess rindu gila kat blog, sya jelajah je blog korang, berblog walking di blog korang. Yang kita punya terabai, haha. Rasanya lama sangat tak post semenjak ada jawatan nih.

Haaa. lagi baki beberapa bulan nak tamatt dah sidang kami. So, inhaAllah kalau takde aral melintang memang nak aktif di blog. Walaupun post sikit-sikit setiap hari. At least we connected each other kan ? hehe.

Bakal merindui team MMK, setelah satu sidang bersama, Pahit, duka, manis, masin semua ada. Siyes takkan lupa memori bersama. Alhamdulillah ala kullihal, dapat berjuang sampai hujung sidang. Walaupun kekadang rasa susah, perit dalam segala hal, inilah perjuangan yang tak pernah putus.

Bila ada orang suruh sambung sidang, i will be likee, :)
haha. Sya takmboh dahhh. Cukuplah setakat ni, Bagi orang lain yang lebih berkelayakann pada daku,

Kepada yang bakal meneruskan legasi kami, sadokan hati , tebalkan telinga, dalam segala perkara. Yang baik ambil jadikan contoh. Yang buruk tinggalkan dan jadikan pengajaran. Segala pengalaman yang kita dapat sentiasa membuat kita matang dalam setiap perkara. Yes, betullah orang cakap, pengalaman mematangkan kita, bukan usia, And now, i learned everything from here. Start from zero and lack of knowledge until i learn a lot from one organisatiom.

Thanks for this experience,

Will miss
 - Legasi Unggul Kolej Ungku Omar Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar sidang 2016/2017.

Wednesday, 29 March 2017

Jangan mudah menaruh harapan tinggi,
Kelak kau yang rebah sendiri,
Cekalkan hati,
Buat semampu yang diimpi,
Serah semuanya pada ilahi,
Setelah usaha sepenuh hati,
Doa minta restu ibu abi,
Sujud minta pada ilahi.

Jika jauh pada sang pencipta,
Pulang kembali kepada jalan si Dia,
Jangan kau sombong dan buta hati,
Kelak kau akan dikeji oleh ilahi.

Tundukkan hati,
Tundukkan diri,
Bawa hati yang penuh dengan cinta ilahi,
Dakwah dan tarbiyah diri,
InshaAllah selamanya Allah akan lindungi.

-irasyahira-

Saturday, 25 March 2017

Setiap kebaikan akan dibalas kebaikan pula oleh-Nya.
Jika belum mendapatkan kebaikan itu didunia, mungkin diakhirat kelak
Karana,
Akhirat lebih baik bagimu dan lebih berkat daripada dunia. 
Balasan akhirat itu jauh lebih baik, dibandingkan hanya balasan di dunia.
Jangan mengukur amal kita di dunia,  kita akan kecewa. Dunia ini tidak ada nilainya melainkan di syurga  buat selama-lamanya

Sunday, 15 January 2017

Perasaan

Manusia.

Ada perasaan.

Kekadang sakit dengan sekeliling. Lihat orang yang kita sayang tinggalkan kita dan sayang orang lain, hidup dengan orang lain.

Sebab itu, kita jangan letakkan pengharapan kepada manusia. Letakkan pengharapan kepada Allah .
Kalau nak dia doa . doa. doa. Minta dengan Allah.
Kalau ada jodoh adalah.
Kalau takda mungkin ada yang lebih baik Allah aturkan.

Kalau sayang, jangan sayang sangat.
Kalau benci, jangan benci sangat.
Kelak yang benci jadi sayang, yang sayang akan jadi benci .
Tu la sebab kenapa kita kena berada kat tengah-tengah. Tak terlalu sayang dan tk terlalu benci.

Kalau lah kita sayang seseorang tu sangat sangat, kemudian hari, si dia tinggalkan kita begitu je ? sebab ad yang lain ?
Mesti sakit hati kan ?
Nangis siang dan malam .
Makan tak lalu. tido pun fikir benda tu je.
Haa. Parah ni . Membe sya pun banyak jenis camni. bila putus, nangis je sampai bengkak mata. Sayang, kalau nangis sampai keluar air mata darah pun, bila dia dah dengan orang lain, redhakan . lepaskan dan move on.

Ramai lagi yang lain awak. yes. tipulah kata awal2 tak sedih, tapi jangan terlampau bersedih sampai anaiya diri sendiri.Sayang diri tu ye.

Dah lepas, lepaskan. Doakan je dia bahagia. Mungkin awak punya Allah aturkan jauh lebih baik dari yang awak sangkakan.

Dah. takyah sedih2. Gembira selagi bernyawa ni.

Mungkin ayat yang akan keluar "kau apa tau, kau tak rasa"

Ye, dia tak rasa sebab itu masalah awak, tapi kena yakin dan percaya, Allah jauh aturkan yang lebih sempurna. Perancangan Allah lebih hebat dari yang kita aturkan.

Kata-kata dan nasihat kawan tu amat berguna. Apa yang dia pesan semua untuk kita. Kebaikan kita, dia nasihat kawan dia selagi boleh. Nilah teman yang perlu untuk kita.

Didik hati sentiasa redha, inshaAllah Allah permudahkan urusan.
Soal hati serah pada Allah. Kita usaha setakat yang mana boleh . Dah usaha pilih orang yang kita nak, tapi dia memilih orang lain tetiba, serahkan pada Dia . Dia yang membolak balikkan hati sesorang tu. Jadi dengan doa adalah penyelesaian kepada semua permasalahan.

Have faith 😊
Syukur selalu.
Senyum selalu.
Hidup ada tujuan.
Jangan rosakkan harapan.

----------------------------------------

Ramai antara kita mengeluh bila disapa ujian Tuhan .
Rasa berat, bukan?
I’m going to tell you this;
Bahagia atau duka—
Kuncinya kau yang pegang .
Jika kau benarkan kesedihan bersarang dalam jasad dan dada,
Maka duka lah yang kau bakal hadap.
Tapi jika bahagia yang kau pilih,
Maka tenang lah yang kau akan rasa .
So,
Choose the way you live, right now.
Because no one can decide it for you.
But you,
Yourself.
Being happy or not is our choice .

- irasyahira-

Haa. Assalamualaikum pembaca setia blog saya. Tengok sikit sapa suka terjah blog saya ni. hahaha.

Salam perkenalan .

Sekarang dah cuti semester 3 . Akan naik ni semester 4. Allahu. kejap je rasanya.

Pejam celik pejam celik. Dah nak masuk sem 4 . ☺ Tak sempat nak menaip bila kat Upsi. Balik kelas pastu rehat, malam ad je keje nak kena buat, hadap nset bukak fb, ig , pastu xdan nak toreh idea nak masukkan lam blog. Xdan fikir. haha. Sebbab tu blog x aktif sangat.

Tapi tahun ni cuba jugak nak update at least seminggu sekali. Kekadang blog ni tempat personal kita yang boleh kita luahkan, yeah. Apa yang kita rasa boleh share kita share. Benda baik haruslah dikongsi. hee.

19/1/2017 dah nak kena masuk balik Upsi. Sebab ada tanggungjawab menanti kat sana. Orang len balik sebulan kita balik seminggu. Allahu. Terseksa jiwa dan raga sat. haha.

Tapi sebab ini pilihan yang kita pilih kita kena hadaplah. Kekadang mengeluh, yea. salah diri sendiri. Benda yang kita dah buat, dah langkah sejauh mana pun, jangan sekali mengeluh. Hadap hadap hadap. dan bersabar. Ada ganjaran di sebalik tu. Kekadang kita tak nampak benda baik ada menanti kat depan. Kalau mengeluh ,spirit down. Jadi fikir postif hidup akan optimis . hehe.

Well. Raya cina pun dah nak dekat, maknanya result sem3 pun dah nak keluar.  Allah . Sem 3 ni subjek sukar sikit. Harap dapat baik-baik je walaupun xgempak. Doakan Nur Syahirah Mat Zain berjaya dunia dan akhirat 😊.

hee.

Selamat bercuti guys. Enjoy duk ngan family.

Haa. sebelum terlupa . nk wish Selamat Pengantin Baru kepada Tasnim 27/1/2017 akan melangsungkan perkahwinan, kak Ogy 28/1 dan Da'a(syuhada tarmizi) 29/1. Eden tak dapat porgi haa.

Hajat dihati nak balik 27.28.29 tu , tp sebab ad kem yang wajib pergi, terpaksa  batalkan hasrat nak balik jap. hmmm.

Ape pun. Semoga bahagia hingga ke syurga bersama insan yang tersayang....
Selamat bertukar status ya awak2.
Moga baik2 sahaja dan majlis berjalan lancar.

selamat bercuti sekali lagi guys.
bbye.
assalamualaikum.

Friday, 13 January 2017

Innamal a'malu binniyat

innamal a'malu binniyat.

Semua amal bermula dengan niat seseorang.

Jika baik niatnya,inshaAllah Allah permudahkan segalanya.

Jika lain niatnya, betulkanlah niat dengan baik balik.

Kita berniat untuk berniaga, kita sudah usaha, tapi niat kita ingin kaya sahaja, Allah akan beri sebab kita usaha, kalau kita niat ingin sedekah rezeki lebihan, Allah akan tambahkan lagi sekiranya kita bersyukur. 

Begitu juga dengan amalan kita yang lain, hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.

Yang paling dekat dengan kita as student, exam. Kita niat untuk exam sahaja atau for gain knowledge for future?
Hanya semata-mata untuk exam ke ? haa. tu balik pada niat seseorang. Kalau kita niat nak dapat ilmu, ilmu tu yang kita akan bawa sampai bila-bila. Kalau semata untuk exam, hanya sekadar atas kertas, kejap terus hilang. Jadi, sentiasa betulkan niat kita. Belajar untuk dapatkan ilmu.

Tak kira pasal apa, pasal solat ke kerana Allah atau ibu bapa, kahwin ke kerana rupa atau hatinya dan ikhlas terima seadanya, pasal  travel ke kerana untuk menunjuk-nunjuk atau  ingin mengaggumi ciptaan si Pencipta atau apa sahaja la, balik pada niat asal kita. Niatlah yang baik-baik. InshaAllah akan dapat yang baik-baik.
Kita takkan rasa menyesal apabila kita betulkan niat kita. Kita akan dapat apa mengikut apa yang kita niatkan.

Jika kita niat sudah baik tapi Allah masih belum beri, jangan berhenti berdoa,  terus berdoa, minta lagi, lagi dan lagi. Allah takkan hampakan hambanya .

usaha , doa , tawakkal.

inshaAllah dimakbulkan. 
Salam Jumaat penuh barakah .
- irasyahira-

Birthday Girl


12/1/2017 alhamdulillah, im already 21 .

Thanks to those who wish for my birthday.
Appreciate it a lot. Terima kasih sebab ingat kita lagi. terima kasih sebab masih ad disamping kita lagi.

4/1/2017
di *prank* oleh member kelas, awal pulak buat prank, jd tak syak pape lah . haha. mula-mula kata nak belajar sesama malam tu, so malam tu pakai bju tshirt tudung makcik2 g la bilik dyorg, sampai kat bilik pastu gelap. aish. kata nk belajar sesama tp orgnya katne. Gi bilik kak mai, lepak situ jap, pastu dy aajak g bilik naemi, ajak naemi belajar sekali, naemi tgh tdo, kak mai paksa gak naemi bangun g belajar sekali. haha. Last2 naemi kata sat g dy bngun g belajar sekali, ngan sy ni duk bawak buku situ sini, g bilik kak timah n umi sekali lagi, gelap lg.

G bilik kak mai lg, duk situ jap, tetiba mimi muncul kat bilik tu . haha. mimi kata nak g belajar sekali jgk, tapi xnampak bwak buku pun. Duk dalam 5 minit, mimi ajak g bilik naemi, pastu g bilik timah n umi.

Last2 g bilik umi n k.timah , ttiba bukak pintu, depa nyanyi happy birthday n kek berlilin ngan mercun pup pap tu . haha. Sya blur sat, xsyak pape, Sya tengok naemi, ucap happy birthday kat dia😂. depa pun kata sambut birthday sya ngan naemi lah. haha .

well. pelakon pelakon menjadi 😂 tak sangka plak sempat buat birthday in advance. haha.

Ape apa pun tq korang, yana, mimi, kak mai, kak timah , umi sebab serve makanan spaggeti yang sedap2  😘

n happy birthday to naemi yang ke 22 😉

Love uolss sangat-sangat .maaf ada salah silap sepanjang perkenalan .

12/1/2017
Celebrate birthday makan-makan dengan si mok dot dot...... haha. tq belanja naah. Malu sebenaqnya sebab tu banyak tersashurrrrr bila cakap mula2. hahaha. *kalau awk baca ni jgn gelak* ape pun, tq for the treat , jubah n for everythings. Sayang selalu. 😃

13/1/2017
Celebrate birthday with family. hehe. tq umi abah sebab membesarkan ngah n adik beradik dari kecil sampai besaq ssekarang, dah umo 21 dah anak umi abah, boleh la kut slow2 .... haha. tq for the watches n jubah, lots of love for dinner n everythings u have done to me 💕 Moga dapat balas jasa umi abah one day.

Sayang sangat-sangat semua semua semua lah. Bestfriend sy pun, tq wish ayat2 yang selalu bg spirit kat saya.

Ala kullihal, arrigato sayonara .

Umor semakin menaik, amal pun biar semakin menaik seiring dengan usia. Bila-bila Allah akan jemput jumpa Dia. Ajal dan maut semua di tangan Dia, sihat sakit, jodoh , kententuan Dia. Meninggal tak kira usia, bila Allah sayang Allah akan ambil makhluknya kembali. Perbaiki mana patut, doa yang baik-baik dan  moga Allah panjangkan usia untuk terus hidup , menambahkan amalan dan menjaga semua yang kita sayang.

Maaf segala salah silap dari saya.
Maaf kalau awak pernah terasa dengan saya.
Maaf andai pernah mengguriskan hati sesiapa.
Jangan kecil hati dengan saya, maaf . maaf. maaf segala perbuatan saya andai ada yang tidak kena di mata awak sahabat-sahabat.
0-0 mintak halalkan semuanya

Salam saayang . sayang awak semua. Tak pernah simpan hasad untuk sesiapa. mOga Allah redha.

ana uhibukkum lillah.

-irasyahira-
15/1/2017