Tuesday, 30 August 2016

DIAM LEBIH BAIK

Diam bukan bererti tidak pandai berbicara,
Tetapi diam melihat segala yang ada di depan mata,
Melihat telatah dan tindak tanduk semua manusia,
Yang kencang berbicara dan juga gelak ketawa.

Aku bukan seperti kau sangka,
Diam dan tidak bercakap dengan sesiapa,
Aku cuma diam bila tidak tahu apa yang mahu dibicara,
Aku senyap dari berbual perkara yang sia-sia.

Ya, dilabel sombong perkara biasa,
Oleh lelaki-lelaki yang aku tidak biasa,
Digelar olehnya aku pelihara saka,
Tapi tidak mengapa,
Aku hadam apa yang dikata,
Kerana kau tak kenal aku siapa.

Maaf andai aku tidak ringan mulut  berbicara,
Untuk benda yang tidak sepatutnya ditanya,
Kerana aku rela diam dari bercakap perkara yang sia-sia.
Dengan lelaki yang aku tidak kenal dari mana.

Jika kau tak kenal orang itu bagaimana,
Jangan pernah menghakimi seseorang itu berdasarkan luaran sahaja.

Dear Friends. Thanks sahabat, teman dan juga kawan kerana selesa berkawan bersama. BERSAHABAT DAN BERUKHUWAH KERANA ALLAH.

Uhibbukum jiddan jiddan.

Sunday, 21 August 2016

MzD camp

Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum / Welcome to the MZD CAMP



*Kami di MZD Camp Kubang Kerian Kelantan ada menawarkan homestay di tepi sungai yang berkonsepkan persekitaran kampung .


*Homestay ini menawarkan harga yang superb awesome berpatutan dengan wang poket anda .



*Homestay kami berada dalam sebuah Kampung diatas sebuah Pulau yang dikelilingi sungai iaitu dikenali sebagai (Pulau Tengah)


Bagi pengunjung yang ingin merasai suasana nyaman di kampung , anda boleh la mencuba homestay kami , kami pasti dan yakin anda akan berasa nyaman dan selesa dengan layanan kami . 





Ciri-ciri yang mungkin menjadi keistimewaan:


a ) Berada dia atas sebuah Pulau ditepian sungai yang mengalir lesu .

b ) Kemudahan bilik menginap yang luas dan selesa .

c ) Kemudahan Dewan untuk seminar ( 70 org kebawah ) , P.A system , LCD dan lain -
lain.

d ) Kemudahan untuk kem / perkhemahan / family day

e ) Berdekatan dengan ladang ternakan kelulut ( antara yang terbesar di Kelantan )

f ) Suasana segar kampung yang nyaman

g ) Kelipan kunang-kunang waktu malam

h ) Boleh buat family Day atau Reunion

i ) Boleh berkayak , memancing , menaiki bot untuk menyusuri keindahan panorama

j ) Berdekatan dengan Hospital HUSM kubang kerian , Pasaraya Mydin , Pasaraya
Nirwana , Petronas , 7Eleven dan kemudahan pelbagai bank.

k ) Dipinggir Bandar Kota Bharu ( 8km ke Pusat Bandar )

l ) Menyediakan sebarang tempahan makanan ( makan pagi / tengahari / kambing
golek / lokang bakar dan lain-lain )


m
Harga :
1 Bilik ; Rm 80/ malam


Sebarang pertanyaan emailkan atau call kepada kami ;

nuursyahirahmz@gmail.com
013-9539596 - ust mat zain

Tuesday, 16 August 2016

Semangatt

Kata Umii...  Kalau kita takboleh nak hadap orang macam mana kita nak jadi seorang guru. Kita jadilah guru yang serba boleh. Orang letak mana-mana pun kita  boleh survive. Kata Abah... Jadi cikgu b.Arab biar mahir Arab. Walaupun bukan belajar dari negara Arab sekalipun kita boleh setanding atau lebih dari mereka. Kata si fulan... saya yakin awak boleh buat semua ni. Trust yourself. u can do it.

Yang penting ;
Allah takkan membebani seseorang hambanya melainkan dengan kemampuannya. 

Tq semua   I love uolls.  mekasih selalu bg semangat ups and down.  .. love. .... 

Thursday, 4 August 2016

"Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"

Assalamualaikum
hye semuaa, jom join giveway syira buat ni. hee. Mana tahu bertuah . :) Jom meriahkan.

tekan banner ni ;

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

http://syiralokman.blogspot.my/2016/08/giveaway-cash-rm100-by-syira-lokman.html

selamat join semua :) Salam ukhuwah