Friday, 6 May 2016

RINDU .

Kekadang banyak benda yang ingin dikongsi,
kekadang banyak benda yang ingin diluahi,
Kekadang hati meratapi sendiri.

SEDIH !

Ya saat itu, kau mahu bersendiri,
Saat itu kau mencari masa bersama ilahi.

MUNGKIN.
Kau makin jauh dengan ilahi,
Makin lupa tanggungjawabmu di muka bumi,
Mungkin kau lagha dengan duniawi.

Sebab itu Allah hadirkan ujian mahupun musibah supaya kau tidak lalai dengan dunia ini.

Saat itu, Allah yang kau bersujud. Saat itu semua luahan hati kau cerita pada ilahi. Saatt itu kau akan menangis tanpa henti.

Ya,  rindu pada ilahi, mungkin sudah lama tidak sujud meminta itu ini.

ALLAH. Mungkin aku lalai dan leka. Terima kasih kerana mengingatkan aku kembali .

-ira syahira ; 6mei 2016-

Monday, 2 May 2016

Aku Kau Kita







Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita. Memang kita akan terluka. Memang kita akan terasa. Hati akan sakit dan menderita.
Tapi sampai bila awak ingin mengata dan asyik melihat salah orang lain erk?


Tapi tak mengapa, aku kau juga manusia.
Manusia hamba Allah. Kau aku kita tak sempurna, melainkan Baginda SAW. Jadi aku tak kisah dengan kata-kata penipuan dusta yang kau sebarkan, asal kau bahagia. Terima kasih kerana dermakan kepadaku pahalamu.


Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi, Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu, Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya, Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang.


Manusia ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak disedari. disengajakan atau tidak. Dan setiap manusia itu memang ada kekurangan dan kelemahan.Tapi, kekurangan itu perlu dibaiki. Kelebihan itu perlu disyukuri. Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu kita terima. Kerana apa? Kerana kita manusia. Kita semua adalah sama. Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa. Terima kekurangan itu. Jalan terbaik adalah berdiam diri. Dan doakan mereka-mereka itu. Semoga Allah melimpahi nur dan hidayahNya untuk mengupgrade kekurangan tersebut ke arah kebaikan.

Itu kisah 'mereka yang lain.' Kisah kita? Cuba kita refleksi kembali pada diri, mungkin kita juga buat dosa yang sama sehingga orang membuat perkara yang sama. Muhasabah diri kembali dan buatlah perkara yang Allah redha sentiasa. Allahu Allah. Jom kita raih mardhatillah ! Bahagia hingga ke syurga. :D


Aku sayang semua,, dulu kini dan selamanya :D