Friday, 26 February 2016

Suasana Baru

Sebab dah biasa  bersama,  bila terpisah confirm sedih. 

Yep..Sem baru starting dengan kesedihan. Yang ni menangis, yang tu menangis,  even aku sendiri menangis banyak kali. 




Entah .. Bila tetiba datang perasaan sebak , fikiran melayang-layang,  airmata tak dapat bertahan..

Sedih sebab terpisah ngan roomate,  housemates dan geng yang sekelas dulu. Sedih jugak sebab  yang ni kena campak blok 3 , yang tu blok 4 , hang sana blok 6 .hmm

Yes,  memang aku masih di UPSI,  tapi bila dah terpisah ngan diorang, yang ni kelas lain -yang tu kelas lain so nak jumpa pun susah. Even satu blok pun susah nak jumpa , Apatah lagi mereka yang duk blok lain! 

Aihhh. Sukar nak movee on dari sem lepas. Tolonglah.
Banyak sangat kenangan di sem 1 ngan depa. Sekarang,   nak tak nak aku kena terima,  aku dah tak sekelas ngan tak serumah ngan depa. *ada la yang satu dua sekelas*
hmm.

Yang pasti setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Ok. I must believe it. Kita pisah tak jauh sangat pun , still boleh jumpa right ? 

Moga Allah permudahkan kita semua di sem 2 . Moga sama-sama berjaya dunia dan akhirat.


Maybe awal sem kut, suasana masih baru untuk diterima. Tapi hopefully sem 2 lebih baik dari sem lepas . 

Percaya kat Allah.. Jangan sedih-sedih ..Smile always ☺
#Nanti lepak-lepak minum ajak aku sekali ya #
-Sayangkamusemua-

Tuesday, 23 February 2016

It's His Plan






Pernah tak hati kekadang tak tenteram , rasa sedih tetiba, entah semua perasaan wujud pada masa bersendirian . Fikiran jauh melayang itu dan ini . Kekadang risau benda yang tak perlu difikir .Kekadang rasa diri  tidak diperlukan . Ada ketika kau rasa nak jauh dari semua oarang , Ada ketika kau akan rasa ingin mengalah dan kecewa, Semua rasa nak give up !

Semua benda negatif ketika itu . Tapi tahu tak kenapa Allah datangkan rasa begitu ? Pernah tak terfikir yang sebenarnya Allah rindu kita mengadu pada Dia . Allah tunggu kita sujud lama mengingatinya . Bila perasaan sedih dan kecewa mula menguasai diri , selalulah ingat Allah sentiasa ada disisi .  Mengadu pada Diaa , cerita pada, Dia ,dan hanya kembali pada Dia sahaja hati akan kembali tenang . 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)

Kalau benda  kecik kita tak mampu hadapi , bagaimana sekiranya ujian besar akan kita tempuhi , ?Bersabarlah . Allah uji sesuai dengan kemampuan kita . Allah uji tanda Allah sayang kita . Kekadang susah untuk kita terima , tapi inilah realiti dunia , tak semua indah seperti yang kita sangka , 

Hidup perukan perjungan , perjuangan memerlukan pengorbanan . Teruslah melangkah ! 

Salam sayang .
-IraSyahira-



Tuesday, 16 February 2016

Tahniah Dear

Hyep ! Assalamualaikum :D

Salam pagi dan salam ceria :)

Awak semuaaa dengar la sini , nak habaq ni .
Awak tau tak member kita dah bersalin laaa . !!

Waaaa,, seronoknya dengar Majidah dah bersalin , Heee , Tak shabar nak jenguk baby , Macam mana la rupa baby tu , mesti comel ikut mama n papa dia kan . hehe.

Ibu muda ni kahwin masa umo 19 . Si suami 25 kalau tak silap . Haa, Jodoh Majidah awal la , tahniah yaaw, dapat anak pon awal , kekeke .

Tak macam kita , Kita ni cam budak lagi , tak matured :( patut la takde orang nak . Oppss . haha . *single but not available oke * Phuui, haha . Kalau ada jodoh di dunia , moga Allah percepatkan je lah, kalau takde jodoh kat sini , moga kita jumpa kat sana  yaw jodoh. sobbss.

( ngada je lebih tu :P) Takyah nak boo sangat key  . haaha !

Haritu baru jumpa Majidah dengan perut memboyot , tanya bila nak beranak , beliau cakap 3.3 . Aku pon oohh je lah , tapi dalam hati *aloo , tak  sempat la  nak tengok fresh baby ,aku balik upsi 20.2 ni *

Selang berapa hari lepas tu , tup tup adik aku bagitau , yang Majidah dah lahirkan baby boyy . waahhh .  Due date 3.3 , tapi baby lahir awal la, Tahniah-tahniah Majidah , mesti shuka ttu.
*ok aku ad baki 3 hari lagi nak pi melawat , harap sempat * sobss , nak tengok baby . Nak dukung , nak peluk nak cium  , haha  . Nak ambik berkat sekali . muahaha:P .

P/s : Aku cakap la kat umi , yang Majidah kata 3.3 dia nak beranak , tapi kenapa baby lahir awal , umi pon bagitau , tu due date je, biasalah tuu , org bersalin 1 minggu /2 minggu lebih awal . ok , angguk paham .. haha

Berkawan sejak kecik lagi , al-maklumlah tepi rumah nenek je , hehe. Berapa tahun dah  kita kenal ?
emmm , tk ingat kita kawan sejak kecik umo berapa , sokeylah , still countings our friendship .





















Last but not least , tahniah dah jadi ibu usia muda . Moga hidup berkeluarga aman bahagia dan sejahtera sentosa dunia dan akhirat . Moga baby membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh , hikss, Muah  my dear .


hee. Tahniah Majidah yaw, Doakan saya follow awak jugok . Haha  . 





Sunday, 14 February 2016

Short Vacation -Pulau Pangkor

hyep . Assalamualaikum . haa, 

Haritu tak sempat lagi update sal short vacation kat Pulau Pangkor . 
Kali ni meh nak share , tau tak , kitorang pergi Pulau Pangkor berapa 
ratus jek ?? Hanya RM 102 ! Wuuu , Super duper murah an ?  

Kitorang pi trip satu bas , 44 orang , RM 102 tu termasuk bas , feri , tempat tinggal . 
Makan , minum , main kat sana , bas kat pangkor lain kira.  Keluar belanja sendiri , tapi sokeylah , kira memadai la  RM102  tu  untuk 3 hari 2 malam kan ..  

Ni resort kitorang menetap selama 3 hari 2malam tu, Hornbill resort . Nilah tempat paling murah yang diservey , Tapi sesuai la kan dengan harga , tempat pun tak seberapa  . hehe. Sokeylah asal boleh berteduh darii panas dan hujan , haha. 

Tengah tu kak Amal , dia lah yang sponser satu lagi bilik , so dia ajak la kitorang duk dengan diia . 6 orang je sebilik ngan kak amal . Kalau bilik lain kena berhimpit . Thanks yaw kak Amal 4sponser bilik tu . hehe !



First day , tak banyak benda pun buat , petang tu  just pergi tempat burung kenyalang . Cari pengalaman bagi burung kenyalang makan . hee . Suka tengok depa bg makan, tapi aku nak buat takut . kahkah . so hasrat nak merasai pengalaman burung kenyalang makan hinggap kat tangan tu terbantut . jadi sokeylah , tengok depa pun dah memadai ,ahaha. 

nah . Nilah tempatnya , kitorang jalan kaki . Dekat je . Huhu



Malam hari - food hunting .





Day 2

Pukul 6.30 pagi dh ada kat depan pantai , berkumpul untuk menyelesaikan misi hari kedua .

 Bawah ni  dengan ahli kumpulan 5 .
( iqbal , syahmi , bella , pekjah ,aisyah , bram ,sya , cuna, wanz, dan fakri )  dekat depan pantai . Masa ni tengah tunggu boat ambik nak pi pulau seberang sana. Nak pi snorkeling , jungle trekking . 



haa, daah pakai jacket life . So pi naik boat dulu yaw.


Ok , dah sampai pulau seberang ,  kat sini kitorang berendam dulu dekat pantai, Abang boat tinggalkan kittorang dekat sini sebelum pi snorkeling dan jungle trekking dekat tempat lain pulak .




Lama gak la duk main kat sini . Kitorang pergi awal , balik paling lambat  sebab abang drive boat tu lambat ambik kitorang . Tapi sokey je , pengalaman tu penting ,  hee .

Tengah tunggu boat yang tak sampai-sampai tu , kitorang bergambar kenangan reramai . Ada pakcik tawarkan diri ambik gambar kitorang , so apa lagi , jom snap gambar ! 


ok . Done , Tengah kelaparan sambil goyang kaki makan roti , beberapa minnit lepas tu bot sampai , Ok , kali ni tak shabar nak snorkeling . 

haaa. gambaar atas ni selepas snorkeling , First time snorkeling best gak , tapi takleh blah kaki tak berpijak kat tanah , walauupun pakai life jacket rasa cam nak mati lemas dalam tu , jacket tak ketat. Tapi serius seronok sangat dapat bagi ikan makan . ( *kena bawak roti ) 
Masa snorkeling tu bg ikan makan roti , so nampak la ikan banyak-banyak datang kat kita ,

Ok , ni nak pesan , kalau nak snorkeling tu better bawak kasut crock , masuk dalam air , baru kaki tak rasa sakit . Sebab dalam tu banyak benda tajam-tajam , So berhati-hati ya ! Batu kat sana jugak banyak licin .

Huh . Selesai snorkeling , jom pi jungle trekking pulak ! 




Semua dah penat , tapi hati banyak gembira woo . Haa, Muka pun dah burn terok . haha .

~~~~ sambil syok duk jalan ~~ 
tetiba nampak satu lagi pulau . 
Hoorey ! Penat lelah berbaloi dapat tengok keindahan alam lagi . 

Ok , ni tempatnya .

Masa ni duduk n  mampu tengok je . Tak larat nak terjun dalam pantai tu lagi . haha.
Selang dalam beberapa minit , bot pun dah sampai nak bawak kitorang balik . 


-Perut pun dah lapar , badan pun dah penat, so rest kejap dekat resort sebelum  mulakan misi yang seterusnya -

Yeah . Jam menunjukkan puukul 4.3o, so kitorang siap-siap nak pi shopping n melawat tempat menarik pulak ! 

Jom kita ke pekann ,shopping !- Bayar satu van RM 20 . Naik dalam 8  orang gitu so share la ya duit tu . 

Lepas duk syok shopping , sudah tiiba masa untuk serang kubu Belanda . Haa  .. pergi ke sana hanya jalan kaki tau dari pekan ke Kubu Belanda . lama gak ah . Aasyikk duk tanya je dalam hati , 
"lama lagi ke nak sampai ", haha. sebab skru kat lutut dah nak tercabut . 

jalan punya jalan , akhirnya ! 

berbaloi la jalan jauh tengok-tengok tempatnya menarik untuk diambil gmbar kenangan .

So apa lagi , kat sini lah paling banyak ambil gambar . kekeke.  Phone memory penuh dalam sekelip mata !

Nah belanja gambar sikit . hehe


Kitorang paling awal sampai , so group first yang menguasai tempat ni
( sebelum depa datang , kita bergambo dulu , kalau tak sat lagi malu nak posing ) haha !






 bergambo reramai sebelum balik , harii pon dah gelap .

Misi berjaya untuk pagi dan petang !
( call pakcik van suruh ambik kat sana , keluarkan Rm20 share la 
untuk 8 orang )
- sampai kat resort , tunggu detik malam pulak untuk misi seterusnya -

Malam hari - Kita Bbq , Halaqah depan pantai menggunakan unggun api sampai detik 4 pagi ! 

Yeke sampai pukul 4 pagi ? haha . Tak pun , sampai pukul 2 pagi je mampu bertahan , then yang perempuan semua masuk bilik masing-masing . 

Ok , nak cerita kat sini , malam last ni lah yang sedih . Keluaq ayaq mata. Ada yang menangis , yang  bagi nasihat , yang  komen begini begitu . Allah sebak sangat malam ni . Dengar pengorbanan kak Amal bawak kitorang pi sana banyak halangan memang mata masuk habuk .

 Then dengar pulak sorang-sorang bagi nasihat , Allah terharu ! Then , ada part aku nangis , kes aku terasa , cuba bayangkan lelaki tegur pasal aurat wanita , ( tuju dekat semua wanita ) ni aku memang  nangis , sebab ad dalam satu  gambo aurat aku nampak ,  tak sengaja :'( Moga Allah tutup hijab mereka.. 

Lepas duk lepakk makan , minum green tea , introduce apa semua tu , sebelum ke bilik untuk lena , kitorang salam-salam dulu , meminta maaf sesama sendiri . ye la kan , mana tahu ada yang tak berpuas hati, so nilah masa untuk bermaaf-maafan , hukhuk ,  

Air laut  dah pasang , ombak pun dah membadai , badan pun sudah terasa penat , mata pun kian kuyu , last penutup malam tu , geng lelaki pun menyanyi sambil zakwan memetik guitar . oyeah, ( semua boleh masuk bintang mencari bintang  , ) haha . gurau2 .  Selesai depa menyanyi , yang puan ni pi masuk resort ,  tinggalkan depa bersihkan kawasan . huhu . 


Lastt daa ...

Day 3

Hari last , confirm nak buat benda yang kita tak pernah cuba lagi kan . pergi ke Pangkor tak lengkap kalau tak  cuba main aktiviti dalam ayaq . Lama dah nak try main benda tu semua , last-last termakbul gak  . haha . seronok ! Awesome !  Main benda extreme . perghh . thorbaek .

Tengah tunggu makanan 

Taklimat sebelum mulakan aktiviti 

Haa ,Aktiviiti airhead ni paling kaw-kaw , syok sangat ( *kena meniarap atas pelampung tu and tangan kena pegang kuat-kuat tempat memgang . Ingat boleh la tahan sampai last , tup-tup jatuh gak lam laut . Sorang terbang sana , sorang terbang ke sini , sorang lagi terbang ke situ . ingatkan dalam n lemas dah , rupanya tak seperti yang disangka . ALhamdulillah . haha

 Ni aktiviti kedua , Naik Marble boat . uhhuuu . Best gak ni . Senang cerita semua best la . Rugi kalau tak cuba ! Asyik menjerit je *sebab takut * haha..


Satu lagi tak tertunai nak main , iaitu banana boat ! haha . Kena postponed dulu haritu sebab barang takde . Tapi sokeylah . Dapat main tu pun alhamdulillah dah. Haa . Harga main 2 aktiviti tu RM30 je ,


Hoorey ! Misi 3 hari 2 malam selesai di Pulau Pangkor . Short Vacation - Sem 1 - Upsians

walaupun  ada yang berlainan course  dan kelas , 
ukhuwah kita bina bukan hanya di duniawi,
ukhuwah kita bukan setakat ini ,
diam bukan bereti tidak mengingati ,
dalam hati dan doa sentiasa mengiringi .



















Thursday, 11 February 2016

Cara Buat Blog

Assalamualaikum , Meh nak tanya. Siapa yang teringin nak buat blog tapi tak reti ?

Ramai nak buat blog tapi tak tahu cara . Setengah pelajar universiti kena buat blog sebab markah untuk subjek tertentu . Kat upsi ada kena ambik subjek teknologi maklumat n kena buat blog , aku dah ada blog senang sikit , tahu dah cara-cara . Ada yang memang buta i.t tak tahu langsung buat , so aku tolong la , buatkan untuknya , Tak kenal pun tuannya , kenal kut whatsapp jek , tapi niat aku nak tolong kan , jadi aku tolong le sehabis baik . hehe .

Haha, Ok , Maaf atas tu tiada kaitan , saja nak cerita .

Meh sis nak habaq .Senaang je nak buat blog ni , tapi tang nak decorate blog tu baru kena ambik masa sikit . So korang belajar yang basic dulu key .

Hmm.. sedih gila sebab dulu pernah  buat entry " cara nak buat blog" tapi sayang sekali , entry tu sis delete atas sebab tertentu . huh , Rasa rugi pulak delete entry tu . hahaha . sokeylah . Benda yang lepas jangan dikenang en.

Disebabkan malas nak type , awak bukaklah link ni ye , http://www.rossaimi.com/2015/05/cara-buat-blogspot-sendiri.html  Cuba hadam elok-elok , Lepastu try buat. Cuba dan cuba inshaAllah jadi punya , Jaangan give up keyh . Tak paham apa-apa tanya je , Takpun cuba guna Mr.Google . Semua garenti ada. :D

OK . Love u , Maaf salah silap . :*






Tuesday, 9 February 2016

S.E.N.Y.A.P

Hidup kat atas muka bumi Allah ni biasalah kita kena hadapi pelbagai ragam dan jenis manusia.  Normal lah kan . Tak semua satu kepala dengan kita . Perwatakan kita semua berbeza .

Dia ni perangai begini,  dia tu begitu,  jadi hidup ni janganlah selalu ambil hati .. Bak kata umi "kalau kita selalu makan hati ngan kata orang sampai bila pun tak sudah" . So,  bila dah dewasa ni, pandailah otak fikir. Takyah nak ambil hati sangat dengan kata orang.

Kekadang kita  buat benda tak salah pun,  tapi di mata orang lain kita nampak salah , benda baik pun nampak buruk,  normal lah tu,  sudut pandangan berbeza.

Tapi apa yang penting, benda kita buat tu tak salah disisi islam. So apadehal. Buat tak kisah saja . Kalau benda baik,  ambillah . Kalau benda tu buruk,  kita tegah dengan hati .

Oyeahh .Apa yang penting semua yang kita buat tu dapat keredhaan Allah . Better senyap jekk kalau ad orang mengata kat kita . Buat doono. Bila dah puas,  berhentilah tu. Takyah nak berdendam sangat keyh ..

Keep it smile . 😊

Silent is better . 😌

Tuesday, 2 February 2016

M.F.e.R - My First exam Result -Upsian

Assalamualaikum stalker abadi sekalian .

Alhamdulillah . Result untuk sem 1 dah dapat.  Cukup makan ja. haha  . Sikit lagi nk dekan . Tapi aku tak kisah pun dekan tak dekan,  ilmu yang kita dapat tu penting .Sikit je lagi haa  nak dapat,  tapi masih bukan rezeki aku . Yeah. Kita redha,  sebab kita tahu yang kita tak buat yang terbaik haritu. hehe.

Jealous ngat tengok membe yang  dapat tinggi. Rasa cam kerdil je aku ni . Tapi sokeylah,  haritu aku pun  study last minit and hafal bagai nak rak . Memang patut pun . huhu .

Benda yang aku menyesal sikit part assignment tu . uwaaa 😩 . aku score sikit ja kat assignment @quiz. haha . Dulu masa ustaz cakap nanti nak buat "quiz ", so dalam otak haku ada terkeluar " kuiz je pun ". haaa . ni aku menyesal gila,  tak study leklok . ingatkan kuiz ni sesaja ja 😂 . Tu yang main-main sikit. So setimpal lah kan,  " kau usaha banyak dapat banyak,  kau usaha sikit dapat sikit ".

Kalau cerita pasal azam baru ni , aku harap aku dapat buat yang lebih baik la dari sebelum ni  . InshaAllah. Kita semua pandai,  takde yang bodoh . Cuma usaha dengan tak je. haaa . ayat tu selalu hans bagi kat aku,  bila aku cakap aku tak pandai .kekeke

So guys, ayuh,  sahut cabaran kita juga boleh!  Buktikan jomm. Postif always oke  . Usaha,  doa . tawakkal . InshaAllah kita juga juara . 😊

Jangan nak down sangat ye . Moga kita semua berjaya dunia dan akhirat .
p/s : jangan lupa doa kat sya jugak ye     😘 . oke . tq . Loveuolls .hehe.