Monday, 26 December 2016

my heart and soul

My heart and my soul . Forever and ever.
Speed recovery umi abah nenek safuan.

Miss so much umi abah,
Bila call umi abah tadi automatik aura lain semacam,
Semua tak sihat,nak je balik rasanya, nak g tolong umi kat rumah.

Bila bagitau umi yang takut nak hadapi exam esok, umi kata, "dah berusaha tawakkal sahaja. Dah belajar jadi takyah takut nak hadapi exam.
Mi doakan yang terbaik dan selalu doakan"

Bila turn out cakap ngan abah, abah pesan "belajar sungguh2.  Abah selalu doakan dah untuk ngah, moga boleh jawab periksa. Kat umah ni abh dh beli jam ngan baju untuk ngah, abah tak leh nak g jenguk ngah sebab takdan, jawab periksa elok2"

bila cakap ngan kakak suh doakan jugak,
kakak pun cakap dah selalu doakan ngah.

hehe. tq my love for being here to me when i need some spirit.

Rindu nak salam ngan peluk 🌸💕.

Rindu serindu-rindunyaaa.

Menghitung hari nak balik

Sunday, 25 December 2016

Tone Excel

*Tone Excel Pasif Income*

👤 Pentingnya handphone masa kini sebab semuanya melibatkan handphone❗️
💃Kalau buat bisnes online memang best sebab handphone salah satu penghubung utama sekarang
◆Tetap guna handphone , tetap keluar duit untuk topup tiap-tiap bulan 😮
◆Sekarang dah ada cara untuk dapatkan balik duit anda yang lebur tu 😄
◆Kenapa tak nak berubah❓
◆Upgrade simkad shj , nombor yg anda sayang boleh kekalkan❗️

Pm saya ; 01117878647

Friday, 9 December 2016

Mabrouk dear pqah. Allahu. Your dreams come true already. 😊 Now, dah jadi bini orang. Sahabat yang selalu keep in touch dari awal kenal sampai sekarang. Sahabat yang selalu call aku bila aku tak menyempat nak bertegur sapa. Sahabat yang selalu saling nasihat menasihati n beri kata semangat. Kekadang kita tak persefahaman dalam sesuatu benda, tapi itulah perjalanan sbg seorang sahabat, tak semua indah. Kekadang terasa sesama sendiri. Hee. Now dh brp tahun kita kawan. Pejam celik pejam celik, awak dah jadi bini orang harini . 9/12/16.

Tahniah. Tahniah. Tahniah. Thanks sebab bagitau sy orang pertama yang awk tunang n kawin. Haritu awk call sy dgn nangis-nangis, sy hanya mampu tenangkan dari jauh. Boleh beri kata semangat je. Masa tu awk nangis tak ingat dunia takut xleh kawin lagi sbb banjir la apa la.  Ingat lagi tak ? Haha.

Kan dah kata, awak kena sabar sat je. Lambat laun tu semua akan jadi jugak.

Kan sekarang awk dah jadi bini Harith dah. Happy senyum sampai telinga dh ke pqah ? Hahaa. Pejam celik ja. Sat g ada anak pulak. OPPS. hahaha

Thanks pqah for our friendship. Hope never ends and doakan my turn pulak yang tak tau bila lg. Hahaa. Doakanlah yg baik-baik nntuk sy pulak.

Sedih xdapat pergi ke majlis awk. Hmmm. Semoga berkekalan hingga ke syurgaaa pqah n harith.



Monday, 5 December 2016

Kita akan jumpa dengan 2 perkara yang paling istimewa dalam hidup kita..

Pertama adalah dia yang berusaha mengubah caramu melihat dirimu dan duniamu..

Kedua adalah dia yang mampu membuatmu kembali percaya dri setelah kamu kehilangan orang pertama...:)

-irasyahira-

Sunday, 13 November 2016

Tak mahu yang sempurna,

Tak mahu yang boleh bagi semua benda,

Tak mahu yang soleh,

Tak mahu yang berharta,

Yang mahu hanya sayangi aku sahaja,

Yang boleh terima aku seadanya,

Yang boleh bimbing aku ke syurga,

Yang boleh hidup bersama sehingga hujung nyawa,

Yang mampu menahan perangai pelik setiap masa,

Aku.

Insan biasa,

Yang banyak dosa,

Yang banyak cacat cela,

Aku bukanlah wanita yang sempurna,

Jika mahu sempurna,
Jangan pilih aku.
Kerana itu bukanlah aku.

- irasyahira -

I am strong because i know my weakness.

I am beautiful because i am aware of my flaws.

I am fearless because i learnt to recognise, illusion from real.

I am wise because i learn from my mistake.

I am a lover because i have felt hate.

And

I can laugh because i have known sadness.

-irasyahira-

Tuesday, 8 November 2016


" eh sya, tak penat ke jadi MMK"

"Sya, nampak letih je kau jadi MMK"

"weyh, mesti banyak kerja kan kau kena buat jadi MMK"

" amboi, dah ada jawatan, MMK pulak tu"

" hebat ah jadi MMK"

and banyak lagi orang tanya dan cakap,

Malas nak type satu persatu.

Cukuplah itu sekadar contoh.



Sahabat,

Jika tanya penat atau tak,

Jawapan aku memang penat,

Tapi.

Aku enjoy and have fun with this organization.

Yes, dari sini aku dapat satu pengalaman dan pengajaran .

Dari sini aku dapat bertemu kawan baru,

Dari sini aku belajar mengurus diri,

dari sini aku kenal dunia lebih luas dan baru bagi aku.

Pengalaman tak dapat dibeli kan ?

yes. aku dapat pengalaman melalui MMK

 Semua organisasi akan memberikan kamu 1001 pengalaman yang berharga.

Penat, tapi berbaloi.

Hebat itu bukan pada diri aku,

Akulah manusia yang paling segan dan pemalu paling teruk.

Nak bercakap depan orang ramai ?

tu bukan aku.

Nak bagi arahan itu ini ?

tu juga bukan aku.

Tapiiii. yes, worth to me by join this.

Aku akan bergelar guru, perlu hadap orang ramai, 

Sampai bila aku nak duduk diam tanpa bergerak memperbaiki diri ?

Sampai masa aku kena bertindak,, ubah diri, yes.i need softskill.

AND.. Now. I get it  . Perlu berurusan dengan orang. Perlu kemahiran bercakap.

At the end, aku akan cakap, aku bukan hebat , but i'm the luckiest person to proud off.


p/s : MMK - Majlis Mahasiswa Kolej 

- irasyahira -











Sunday, 6 November 2016

🌸🌸بسم الله الرحمن الرحيم🌸🌸         
           

Hari ini kita berjalan diatas tanah. Mungkin esok kita terbaring didalamnya.

Hari ini kita mendengar berita mereka yang telah pergi. Mungkin esok, nafas kita yang terhenti.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

🌾❤meniti Cinta Ilahi 🌾❤

-irasyahira-

Kalam cinta

"Kalau cinta mampu berbicara,
Mungkin sulam rindu yang kuberi mampu kau fahami butirnya.

"Kalau cinta mampu bernada, mungkin pedih yang melarat bisa kau sekat dari hadirnya.

"Kalau cinta itu santun kata,maka biarkan kita berpantun dengan madah penuh tanda tanya.

Dan

"Kalau cinta itu adalah luka, maka biar kering segalanya hingga tinggal parut tak tersisa.

"Ya Allah.. Hadirkan cinta yang halal buatku yang bisa membimbingku menerima kekuranganku..

#kalamCinta

Friday, 4 November 2016

Senyum kita masih ada tawa, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan seakan tiada apa-apa berlaku.
Hati menangis tiada sapa tahu, hati meronta dan pedih pendamkan dahulu.
Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini.
Saat itu, kau tak mampu menahan apa yang dirasai, hanya luahan air mata bertakung di kelopak mata dan saat itu kau tahu bahawa kau mula jauh dari ilahi.
Air mata jatuh ke bumi seperti tidak mahu berhenti, mengenangkan dosa semakin menjadi-jadi.
Saat itu, kau berzikir tanpa henti.
Rangkaian kalimat suci membasahi bibir .  Air mata laju membersihkan hati.
Allahu. Allah masih sayang hambanya dan bila-bila masa sahaja Allah akan menjentik hati hambaNYA.
Doa selalu supaya kuatkan diri.
-irasyahira-

Saturday, 29 October 2016

BIDADARI DUNIA

Buat wanita ❤

Labuhnya tudung bukan petanda kau umpama bidadari dunia ..
Singkatnya tudung pula bukan petanda kau jahat sampai masuk api neraka ..

Berstokin kaki bukan petanda kau solehah .
Tidak berstokin pula bukan petanda kau seburuk-buruk muslimah .

Berhandsock warna bagai bukan petanda kau muslimah sejati .
Tidak berhandsock pula bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati .

Kau mencari .
Aku mencari .

Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yang cantik mengurai tapi menjaga gerak geri .

Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yang lasak berjalan tapi melindungi .

Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yang sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri .

Tegur . Bukan cakap 'masing-masing punya kubur' .
Nasihat . Bukan mengumpat

Untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah .

Yang sudah bertudung labuh , berstokin dan berhandsock .
teruskan istiqamahmu . Bantulah mad'u mu .

Yang masih bertudung singkat hingga nampak rantai berbatu , masih tunggang motor hingga nampak kudis dan bulu , masih sinsing lengan baju hingga ke siku .

Marilah berhijrah kerana kita sudah tidak banyak waktu .

Semoga aku dan kau boleh menjadi Bidadari yang tidak memandang dan tidak dipandang ..

Sayang , kau sangatlah berharga seandainya kau menghargai keistimewaan dirimu ....

Aku mencintai kalian kerana ALLAH ,
salam sayang Sahabat 💞

- sumber; fb -

Not Perfect

Sahabat,

Maaf andai diri ini tidak sempurna,

Maaf andai diri ini tak seperti disangka,

Maaf andai diri  ini jahat sedemikian rupa,

Maaf juga andai diri ini buat kamu terluka,

Maaf andai diri ini bukan seperti yang dipinta,

Sahabatku, diri ini banyak kekurangannya,

Sahabatku, andai aku menyakitimu ,

Hatta jiwa ragamu,

Aku memohon, maafkan aku .

Maafkan aku.

Maafkan aku.

And if I die, please forgive me



Tuesday, 27 September 2016

Qawiy

Assalamualaikum . Salam Bulan Merdeka, Rindu gila nak update selalu tak sempat . Busy dengan kerja dunia. Allahu. Moga Allah kuatkan hati, cekalkan hati dalam menghadapi cabaran hidup. Alhamdulillah setakat sebulan berada di UPSI semua okey sahaja.

Pesanan buat sahabat-sahabat dan diri :

Ingatlah,

Jika tiada sesiapapun yang memahamimu..... Allah ada memahamimu.

Jika kita sedih tiada seorang pun yang tahu, ingatlah... Allah ada disampingmu.

Jika jatuh rebah tersungkur dan semua tiada disisimu... ingatlah..... Allah ada bersamamu,


Dunia hanya sementara . Akhirat selamanya .

Feel In Love : With Ilahi  :*


Tuesday, 30 August 2016

DIAM LEBIH BAIK

Diam bukan bererti tidak pandai berbicara,
Tetapi diam melihat segala yang ada di depan mata,
Melihat telatah dan tindak tanduk semua manusia,
Yang kencang berbicara dan juga gelak ketawa.

Aku bukan seperti kau sangka,
Diam dan tidak bercakap dengan sesiapa,
Aku cuma diam bila tidak tahu apa yang mahu dibicara,
Aku senyap dari berbual perkara yang sia-sia.

Ya, dilabel sombong perkara biasa,
Oleh lelaki-lelaki yang aku tidak biasa,
Digelar olehnya aku pelihara saka,
Tapi tidak mengapa,
Aku hadam apa yang dikata,
Kerana kau tak kenal aku siapa.

Maaf andai aku tidak ringan mulut  berbicara,
Untuk benda yang tidak sepatutnya ditanya,
Kerana aku rela diam dari bercakap perkara yang sia-sia.
Dengan lelaki yang aku tidak kenal dari mana.

Jika kau tak kenal orang itu bagaimana,
Jangan pernah menghakimi seseorang itu berdasarkan luaran sahaja.

Dear Friends. Thanks sahabat, teman dan juga kawan kerana selesa berkawan bersama. BERSAHABAT DAN BERUKHUWAH KERANA ALLAH.

Uhibbukum jiddan jiddan.

Sunday, 21 August 2016

MzD camp

Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum / Welcome to the MZD CAMP



*Kami di MZD Camp Kubang Kerian Kelantan ada menawarkan homestay di tepi sungai yang berkonsepkan persekitaran kampung .


*Homestay ini menawarkan harga yang superb awesome berpatutan dengan wang poket anda .



*Homestay kami berada dalam sebuah Kampung diatas sebuah Pulau yang dikelilingi sungai iaitu dikenali sebagai (Pulau Tengah)


Bagi pengunjung yang ingin merasai suasana nyaman di kampung , anda boleh la mencuba homestay kami , kami pasti dan yakin anda akan berasa nyaman dan selesa dengan layanan kami . 





Ciri-ciri yang mungkin menjadi keistimewaan:


a ) Berada dia atas sebuah Pulau ditepian sungai yang mengalir lesu .

b ) Kemudahan bilik menginap yang luas dan selesa .

c ) Kemudahan Dewan untuk seminar ( 70 org kebawah ) , P.A system , LCD dan lain -
lain.

d ) Kemudahan untuk kem / perkhemahan / family day

e ) Berdekatan dengan ladang ternakan kelulut ( antara yang terbesar di Kelantan )

f ) Suasana segar kampung yang nyaman

g ) Kelipan kunang-kunang waktu malam

h ) Boleh buat family Day atau Reunion

i ) Boleh berkayak , memancing , menaiki bot untuk menyusuri keindahan panorama

j ) Berdekatan dengan Hospital HUSM kubang kerian , Pasaraya Mydin , Pasaraya
Nirwana , Petronas , 7Eleven dan kemudahan pelbagai bank.

k ) Dipinggir Bandar Kota Bharu ( 8km ke Pusat Bandar )

l ) Menyediakan sebarang tempahan makanan ( makan pagi / tengahari / kambing
golek / lokang bakar dan lain-lain )


m
Harga :
1 Bilik ; Rm 80/ malam


Sebarang pertanyaan emailkan atau call kepada kami ;

nuursyahirahmz@gmail.com
013-9539596 - ust mat zain

Tuesday, 16 August 2016

Semangatt

Kata Umii...  Kalau kita takboleh nak hadap orang macam mana kita nak jadi seorang guru. Kita jadilah guru yang serba boleh. Orang letak mana-mana pun kita  boleh survive. Kata Abah... Jadi cikgu b.Arab biar mahir Arab. Walaupun bukan belajar dari negara Arab sekalipun kita boleh setanding atau lebih dari mereka. Kata si fulan... saya yakin awak boleh buat semua ni. Trust yourself. u can do it.

Yang penting ;
Allah takkan membebani seseorang hambanya melainkan dengan kemampuannya. 

Tq semua   I love uolls.  mekasih selalu bg semangat ups and down.  .. love. .... 

Thursday, 4 August 2016

"Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"

Assalamualaikum
hye semuaa, jom join giveway syira buat ni. hee. Mana tahu bertuah . :) Jom meriahkan.

tekan banner ni ;

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

http://syiralokman.blogspot.my/2016/08/giveaway-cash-rm100-by-syira-lokman.html

selamat join semua :) Salam ukhuwah

Sunday, 31 July 2016

Sah ! Bila Dua Hati Bersatu .

Assalamualaikum . Lama dah kami tak update kan. Rindu gila nak update tapi tak nyempat. Hari ni kami nak luang gak masa untuk update.

Ni gambaq kami bertiga time STAM dulu, selalu dok sekali, satu deskmate, g buat kerja kursus sekali apa semua, pendek kata masa stam dulu kami bertiga selalu dok sekali pi mai pi mai. 
Dulu kami pernah nangis sebab member baik kami dah masuk u apa semua, so depa la yang selalu bagi kata semangat n motivate kami. Terima kasih sahabat atas dorongan dan sokongan. Allahu, rindu  plak  masa STAM dulu, belajar sekali, hafaz sekali dekat masjid, Semua kini dah tinggal kenangan. STAM 2014 in memories,

Wani, irah, zila.


Hari ni dah 1 August 2016, Dah dua tahun  masa berlalu, kami pon dah nak masuk tahun kedua di UPSI. Pejam celik, pejam celik sahabat kami duorang ni dah bertukar status , dari status single kini  telah dimiliki oleh sang suami. Allahu, cepat sangat-sangat masa berlalu, yang Azila sorang dah ada anak, yang sorang lagi Wani baru je mendirikan rumah tangga 30 Julai 2016, Alhamdulillah, kini beliau sah bergelar isteri. Teringat plak lepas habis STAM dulu, Wani mintak suggestion nak pi mintak kerja kat mana, masa tu kami baru balik dari butik , so kami suh try pi mintak kat sana, n last2 wani call habaq dapat kerja kat sana. Nak dijadikan cerita jodoh beliau kat sana, kini pekerja dan bos sah bergelar suami dan isteri. Dulu wani ad cerita sal laki ( suami Wani), tapi kami tak expect sampai nikah awal. N  masa Wani msg jemput kami kerumah beliau, kami memang ingat tunang je dulu, tapi tekaan kami salah , beliau  kata yang dia nak kahwin, kami pon macam nak percaya tak nak percaya sebab kami rasa umi beliau tak kasi lagi nak nikah, Tapi tulah realiti, dah jodoh sampai seru . hee, Syukur ke hadarat ilahi, kini dah sah bergelar isteri orang, Alhamdulillah, sah dengan satu kali lafaz. 

Wani, Zila, khas untukmu wahai sahabat:

Jadilah isteri solehah kepada sang suami,
inshaAllah kelak tempatmu di syurgawi, 
Didiklah anak-anakmu dengan perintah ilahi,
InshaAllah keluarga yang dibina dapat berkat ilahi,
  Maka terbinalah sebuah keluarga Baiti Jannati.


Sahabat, aku disni diam bukan bererti aku membisu tanpa dengar khabar berita,
tak mampu untuk bertanya khabar setiap masa, 
kerana aku tahu, masing-masing sibuk dengan amanah yang tersedia,
dan juga  tanggungjawab berbeza,
jadi aku hanya  sentiasa salur rindu melalui doa pada setiap masa.
salam rindu salam sayang . LOve uolls forever.  

Untuk next turn, kami tunggu kad member2 kami yang lain dulu, p/s: Doakan kami juga cepat bina mahligai bahagia, muahaha. :P

Untuk renungan :

Hadis ada menyebut :

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu, yang berkemampuan untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri. ( HR Bukhari dan Muslim )


Rasulullah pernah bersabda, : "Seseorang wanita itu dinikahi dengan empat perkara, kerana harta, kerana keturunan, kerana kecantikan dan kerana agama, Maka pilihlah yang terbaik agamanya, nescaya engkau akan beruntung" ( HR Bukhari dan Muslim )




Wani shomell n baik hati, love u so much ! selamat pengantin baru . :)
Tunggu kad jemputan dari depa plak. Next turn...... tutttt..... haha.  beso panjang dah semua. love uolls forever. 

Sunday, 24 July 2016

Kucing oo kucing

HAha. Macam aku jek. Sikit-sikit takut dengan kucing. Bukan takut sangat, just takut kena cakor je. Usap camtu je boleh la. Tapi dukung. Peluk. Cium . Haa, tang tu aku surrender. Takleh buat macam orang len buat. Haha. Teringin gak nak dukung, peluk kucing kucing comel ni, tapi memang tak pernah berani. Sekali kena cukuplah.. tapi aku sayang ko semua kucing-kucing ye.

Teringat lak bila masa exam kat sekolah menengah dulu, time tu exam, so kena dok dekat kantin, time duk khusyuk hafaz ngan member, tetiba kucing lalu kut kaki aku. Apa lagi, menjerit la n kaki aku tersentak meja woi. Waaaa :'( . MALU GILA time tu, hahahaagaha. Takleh blah betoi la. Sep baik meja  aku  dok tu, tak hadap laki , so depa tak tau sapa menjerit .seb baik.Alhamdulillah.. Kaki pun sakit sat.padan muka hang, geli tak bertempat.  Hahahaa. Kenangan takleh lupa, padahal kena bulu n badan kucing  je pun -,-

Adakah aku tergolong dalam orang fobia kucing walaupun aku boleh usap kucing ? Hahaa.
Bagi aku laaaa..  aku tak fobia pun. just segan silu ja main ngan kucing.  Muahaa. :P
Kucing kesayangan Nabi , please be nice to me. Saya pun teringin nak pegang awok. Tapi  takut awok kasor ngat ngan sy. Sy takut awok cakor sy. =-=

Saturday, 18 June 2016

Bittaufiq Wannajah

Bersusahan dalam perjuangan itu hanya sementara,
Mungkin hanya sehari, seminggu, sebulan dan setahun,
Tetapi fikirlah jika kita menyerah sekarang,
Rasa kesakitan kepayahan akan kita rasai selama-lamanya.

Pilihlah yang terbaik buat diri sendiri.

Peganglah kata imam syafie :
jadi ayuh sahabat , kita sebenarnya pandai . Tidak ada yang cerdik atau bodoh melainkan kita berusaha.


Masih belum terlambat untuk sya ucapkan selamat menempuhi final exam buat semua sahabat-sahabat.
Bittaufiq wannajah.

Kita usaha semampu yang boleh, yang lain serah pada Allah ok ?

Salam Ramadhan Penuh Barakah
Mintak maaf kalau ada salah silap.

-irasyahira- 19.6.2016

Friday, 6 May 2016

RINDU .

Kekadang banyak benda yang ingin dikongsi,
kekadang banyak benda yang ingin diluahi,
Kekadang hati meratapi sendiri.

SEDIH !

Ya saat itu, kau mahu bersendiri,
Saat itu kau mencari masa bersama ilahi.

MUNGKIN.
Kau makin jauh dengan ilahi,
Makin lupa tanggungjawabmu di muka bumi,
Mungkin kau lagha dengan duniawi.

Sebab itu Allah hadirkan ujian mahupun musibah supaya kau tidak lalai dengan dunia ini.

Saat itu, Allah yang kau bersujud. Saat itu semua luahan hati kau cerita pada ilahi. Saatt itu kau akan menangis tanpa henti.

Ya,  rindu pada ilahi, mungkin sudah lama tidak sujud meminta itu ini.

ALLAH. Mungkin aku lalai dan leka. Terima kasih kerana mengingatkan aku kembali .

-ira syahira ; 6mei 2016-

Monday, 2 May 2016

Aku Kau Kita







Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita. Memang kita akan terluka. Memang kita akan terasa. Hati akan sakit dan menderita.
Tapi sampai bila awak ingin mengata dan asyik melihat salah orang lain erk?


Tapi tak mengapa, aku kau juga manusia.
Manusia hamba Allah. Kau aku kita tak sempurna, melainkan Baginda SAW. Jadi aku tak kisah dengan kata-kata penipuan dusta yang kau sebarkan, asal kau bahagia. Terima kasih kerana dermakan kepadaku pahalamu.


Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi, Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu, Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya, Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang.


Manusia ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak disedari. disengajakan atau tidak. Dan setiap manusia itu memang ada kekurangan dan kelemahan.Tapi, kekurangan itu perlu dibaiki. Kelebihan itu perlu disyukuri. Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu kita terima. Kerana apa? Kerana kita manusia. Kita semua adalah sama. Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa. Terima kekurangan itu. Jalan terbaik adalah berdiam diri. Dan doakan mereka-mereka itu. Semoga Allah melimpahi nur dan hidayahNya untuk mengupgrade kekurangan tersebut ke arah kebaikan.

Itu kisah 'mereka yang lain.' Kisah kita? Cuba kita refleksi kembali pada diri, mungkin kita juga buat dosa yang sama sehingga orang membuat perkara yang sama. Muhasabah diri kembali dan buatlah perkara yang Allah redha sentiasa. Allahu Allah. Jom kita raih mardhatillah ! Bahagia hingga ke syurga. :D


Aku sayang semua,, dulu kini dan selamanya :D

Tuesday, 12 April 2016

Mid Sem. sem 2

Assalamualaikum !

Alhamdulillah . Pejam celim pejam celik dah pertengahan bulan 4. Ya Allah cepatnya masa berlalu . Sem 2 dah nak habis ! . Allahu . Sekarang cuti midsem tu yang rajin nak menulis . Biasa duk kat sana memang tak sempat nak hadap blog , sebab tu blog sya tak aktif. Memang busy sangat-sangat . Sem 2 memang mencabar fizikal dan mental. Pagi petang siang malam penuh dengan aktiviti. Tak macam sem 1 , sem 1 banyak rilek . hahha . amik kau . Sem2 semua kena pulun habis . takde rilek-rilek dah .Tapi takpalah , selagi hayat dikandung badan , kita berjuang jihad menuntut ilmu.

Sekarang cuti midsem ( 8.4.2016-16.4.2016 ) . Seminggu cuti tapi sya balik kat kelantan sat ja . Dalam 5 hari ja duk rumah . :'( . Huhu . Takpelah , at least sya balik jenguk family sat. Lepaskan rindu . hiks

Sebelum sya bertolak balik kkelantan , kami selesaikan misi kami dekat johor dulu . Kami kena buat program dekat sekolah , so dua hari berkelana kat sana . 9.4.2016 handle program dekat SMADU, johor . Then petang tu lepas selesai program Kak Timah bawak kitorang pi jejalan sekitar Melaka . Perghh . Penat tu penat , tapi masih ada tenaga kalau bab gi jejalan . ahaha.

Semua eksited lebih bila nak g jejalan . Dari ptg sampai le malam g meround dekat Melaka . Pagi esoknya kak timah bawak kitorang pi A Famosa water park. Bayar RM50 masuk , so pagi  tu kitorang memang have fun je lah . haha.

Serius best ,main gelongsor gergasi kat sana, perghh. Memang thorbaek la, Sekali naik ja , then pening . hukhuk

Then kul 3 balik , pi Taman Seribu Bunga , then pi jelajah 3D art pulak, Kak Timah memang betul-betul bawak kitorang pi jelajah sana sini . Memang lepas tension sungguh . haha . Duit pun banyak habis , tapi sokeylah kekadang ja dapat enjoy camtu .Tengkiyu sebab ssudi layan kitorang ya !

Mid sem done! eh , tak done lagi , assignment berlambak lagi . haha. Ok bye . Nak pi sambung buat assignment . ehehe,, salam sayang sya untuk korang . :*


Memory Created 9/10.4.2016

adik-adik SMADU , Johor . Moga dapat jumpa lagi :D

barisan Fasilitator 

 A Famosa water Park







Klebang


So misi tamat bersama mereka , hehe.

___________THE END___________

Saturday, 12 March 2016

" Segmen Blogwalking By Seindahcerita "

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Syarat-syarat Penyertaan
  1. Sila Follow Blog SEINDAHCERITA
  2. Sila Like Page SEINDAHCERITA  
  3. Sila Follow Twitter @nieylanadia
  4. Sila Follow Instagram @nieylanadia
  5. Buat entri bertajuk " Segmen Blogwalking By Seindahcerita "
  6. Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini. 
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

    atau
  8.  Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)

Bonus!
  • Sempena bulan Birthday Nieyl bulan nie, nieyl akan pilih 5 Blog yang bertuah melalui perkhidmatan random.org untuk menjadi bloglist nieyl :)

Blogwalking Segment by kasihjuju.com





Syarat-syarat penyertaan:

1/ Sila follow blog saya ye.
2/ Like fanpage saya -->
3/ Buat entri bertajuk " Blogwalking Segment by kasihjuju.com "
4/ Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini.


Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikkan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.


Jom join ramai-ramai . 

GIVEAWAY by RosNordin




1.Follow Blog  RosNordin ( Yang ini WAJIB ) dan Follow Instagram ( Yang ini Kalau SUDI ) 
2.Buat entry tajuk "GIVEAWAY by RosNordin" Copy banner diatas dan backlink ke entry ini.
3.Dah siap sila letak link korang di ruangan komen entry ini dan tulis sekali hadiah pilihan.


Cepat-cepat ! Jom Join , Rugi tak join tau , mana tau rezeki anda menang . :D hadiah lumayan tau , hehe

Friday, 26 February 2016

Suasana Baru

Sebab dah biasa  bersama,  bila terpisah confirm sedih. 

Yep..Sem baru starting dengan kesedihan. Yang ni menangis, yang tu menangis,  even aku sendiri menangis banyak kali. 




Entah .. Bila tetiba datang perasaan sebak , fikiran melayang-layang,  airmata tak dapat bertahan..

Sedih sebab terpisah ngan roomate,  housemates dan geng yang sekelas dulu. Sedih jugak sebab  yang ni kena campak blok 3 , yang tu blok 4 , hang sana blok 6 .hmm

Yes,  memang aku masih di UPSI,  tapi bila dah terpisah ngan diorang, yang ni kelas lain -yang tu kelas lain so nak jumpa pun susah. Even satu blok pun susah nak jumpa , Apatah lagi mereka yang duk blok lain! 

Aihhh. Sukar nak movee on dari sem lepas. Tolonglah.
Banyak sangat kenangan di sem 1 ngan depa. Sekarang,   nak tak nak aku kena terima,  aku dah tak sekelas ngan tak serumah ngan depa. *ada la yang satu dua sekelas*
hmm.

Yang pasti setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Ok. I must believe it. Kita pisah tak jauh sangat pun , still boleh jumpa right ? 

Moga Allah permudahkan kita semua di sem 2 . Moga sama-sama berjaya dunia dan akhirat.


Maybe awal sem kut, suasana masih baru untuk diterima. Tapi hopefully sem 2 lebih baik dari sem lepas . 

Percaya kat Allah.. Jangan sedih-sedih ..Smile always ☺
#Nanti lepak-lepak minum ajak aku sekali ya #
-Sayangkamusemua-

Tuesday, 23 February 2016

It's His Plan






Pernah tak hati kekadang tak tenteram , rasa sedih tetiba, entah semua perasaan wujud pada masa bersendirian . Fikiran jauh melayang itu dan ini . Kekadang risau benda yang tak perlu difikir .Kekadang rasa diri  tidak diperlukan . Ada ketika kau rasa nak jauh dari semua oarang , Ada ketika kau akan rasa ingin mengalah dan kecewa, Semua rasa nak give up !

Semua benda negatif ketika itu . Tapi tahu tak kenapa Allah datangkan rasa begitu ? Pernah tak terfikir yang sebenarnya Allah rindu kita mengadu pada Dia . Allah tunggu kita sujud lama mengingatinya . Bila perasaan sedih dan kecewa mula menguasai diri , selalulah ingat Allah sentiasa ada disisi .  Mengadu pada Diaa , cerita pada, Dia ,dan hanya kembali pada Dia sahaja hati akan kembali tenang . 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)

Kalau benda  kecik kita tak mampu hadapi , bagaimana sekiranya ujian besar akan kita tempuhi , ?Bersabarlah . Allah uji sesuai dengan kemampuan kita . Allah uji tanda Allah sayang kita . Kekadang susah untuk kita terima , tapi inilah realiti dunia , tak semua indah seperti yang kita sangka , 

Hidup perukan perjungan , perjuangan memerlukan pengorbanan . Teruslah melangkah ! 

Salam sayang .
-IraSyahira-



Tuesday, 16 February 2016

Tahniah Dear

Hyep ! Assalamualaikum :D

Salam pagi dan salam ceria :)

Awak semuaaa dengar la sini , nak habaq ni .
Awak tau tak member kita dah bersalin laaa . !!

Waaaa,, seronoknya dengar Majidah dah bersalin , Heee , Tak shabar nak jenguk baby , Macam mana la rupa baby tu , mesti comel ikut mama n papa dia kan . hehe.

Ibu muda ni kahwin masa umo 19 . Si suami 25 kalau tak silap . Haa, Jodoh Majidah awal la , tahniah yaaw, dapat anak pon awal , kekeke .

Tak macam kita , Kita ni cam budak lagi , tak matured :( patut la takde orang nak . Oppss . haha . *single but not available oke * Phuui, haha . Kalau ada jodoh di dunia , moga Allah percepatkan je lah, kalau takde jodoh kat sini , moga kita jumpa kat sana  yaw jodoh. sobbss.

( ngada je lebih tu :P) Takyah nak boo sangat key  . haaha !

Haritu baru jumpa Majidah dengan perut memboyot , tanya bila nak beranak , beliau cakap 3.3 . Aku pon oohh je lah , tapi dalam hati *aloo , tak  sempat la  nak tengok fresh baby ,aku balik upsi 20.2 ni *

Selang berapa hari lepas tu , tup tup adik aku bagitau , yang Majidah dah lahirkan baby boyy . waahhh .  Due date 3.3 , tapi baby lahir awal la, Tahniah-tahniah Majidah , mesti shuka ttu.
*ok aku ad baki 3 hari lagi nak pi melawat , harap sempat * sobss , nak tengok baby . Nak dukung , nak peluk nak cium  , haha  . Nak ambik berkat sekali . muahaha:P .

P/s : Aku cakap la kat umi , yang Majidah kata 3.3 dia nak beranak , tapi kenapa baby lahir awal , umi pon bagitau , tu due date je, biasalah tuu , org bersalin 1 minggu /2 minggu lebih awal . ok , angguk paham .. haha

Berkawan sejak kecik lagi , al-maklumlah tepi rumah nenek je , hehe. Berapa tahun dah  kita kenal ?
emmm , tk ingat kita kawan sejak kecik umo berapa , sokeylah , still countings our friendship .





















Last but not least , tahniah dah jadi ibu usia muda . Moga hidup berkeluarga aman bahagia dan sejahtera sentosa dunia dan akhirat . Moga baby membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh , hikss, Muah  my dear .


hee. Tahniah Majidah yaw, Doakan saya follow awak jugok . Haha  . 





Sunday, 14 February 2016

Short Vacation -Pulau Pangkor

hyep . Assalamualaikum . haa, 

Haritu tak sempat lagi update sal short vacation kat Pulau Pangkor . 
Kali ni meh nak share , tau tak , kitorang pergi Pulau Pangkor berapa 
ratus jek ?? Hanya RM 102 ! Wuuu , Super duper murah an ?  

Kitorang pi trip satu bas , 44 orang , RM 102 tu termasuk bas , feri , tempat tinggal . 
Makan , minum , main kat sana , bas kat pangkor lain kira.  Keluar belanja sendiri , tapi sokeylah , kira memadai la  RM102  tu  untuk 3 hari 2 malam kan ..  

Ni resort kitorang menetap selama 3 hari 2malam tu, Hornbill resort . Nilah tempat paling murah yang diservey , Tapi sesuai la kan dengan harga , tempat pun tak seberapa  . hehe. Sokeylah asal boleh berteduh darii panas dan hujan , haha. 

Tengah tu kak Amal , dia lah yang sponser satu lagi bilik , so dia ajak la kitorang duk dengan diia . 6 orang je sebilik ngan kak amal . Kalau bilik lain kena berhimpit . Thanks yaw kak Amal 4sponser bilik tu . hehe !



First day , tak banyak benda pun buat , petang tu  just pergi tempat burung kenyalang . Cari pengalaman bagi burung kenyalang makan . hee . Suka tengok depa bg makan, tapi aku nak buat takut . kahkah . so hasrat nak merasai pengalaman burung kenyalang makan hinggap kat tangan tu terbantut . jadi sokeylah , tengok depa pun dah memadai ,ahaha. 

nah . Nilah tempatnya , kitorang jalan kaki . Dekat je . Huhu



Malam hari - food hunting .





Day 2

Pukul 6.30 pagi dh ada kat depan pantai , berkumpul untuk menyelesaikan misi hari kedua .

 Bawah ni  dengan ahli kumpulan 5 .
( iqbal , syahmi , bella , pekjah ,aisyah , bram ,sya , cuna, wanz, dan fakri )  dekat depan pantai . Masa ni tengah tunggu boat ambik nak pi pulau seberang sana. Nak pi snorkeling , jungle trekking . 



haa, daah pakai jacket life . So pi naik boat dulu yaw.


Ok , dah sampai pulau seberang ,  kat sini kitorang berendam dulu dekat pantai, Abang boat tinggalkan kittorang dekat sini sebelum pi snorkeling dan jungle trekking dekat tempat lain pulak .




Lama gak la duk main kat sini . Kitorang pergi awal , balik paling lambat  sebab abang drive boat tu lambat ambik kitorang . Tapi sokey je , pengalaman tu penting ,  hee .

Tengah tunggu boat yang tak sampai-sampai tu , kitorang bergambar kenangan reramai . Ada pakcik tawarkan diri ambik gambar kitorang , so apa lagi , jom snap gambar ! 


ok . Done , Tengah kelaparan sambil goyang kaki makan roti , beberapa minnit lepas tu bot sampai , Ok , kali ni tak shabar nak snorkeling . 

haaa. gambaar atas ni selepas snorkeling , First time snorkeling best gak , tapi takleh blah kaki tak berpijak kat tanah , walauupun pakai life jacket rasa cam nak mati lemas dalam tu , jacket tak ketat. Tapi serius seronok sangat dapat bagi ikan makan . ( *kena bawak roti ) 
Masa snorkeling tu bg ikan makan roti , so nampak la ikan banyak-banyak datang kat kita ,

Ok , ni nak pesan , kalau nak snorkeling tu better bawak kasut crock , masuk dalam air , baru kaki tak rasa sakit . Sebab dalam tu banyak benda tajam-tajam , So berhati-hati ya ! Batu kat sana jugak banyak licin .

Huh . Selesai snorkeling , jom pi jungle trekking pulak ! 




Semua dah penat , tapi hati banyak gembira woo . Haa, Muka pun dah burn terok . haha .

~~~~ sambil syok duk jalan ~~ 
tetiba nampak satu lagi pulau . 
Hoorey ! Penat lelah berbaloi dapat tengok keindahan alam lagi . 

Ok , ni tempatnya .

Masa ni duduk n  mampu tengok je . Tak larat nak terjun dalam pantai tu lagi . haha.
Selang dalam beberapa minit , bot pun dah sampai nak bawak kitorang balik . 


-Perut pun dah lapar , badan pun dah penat, so rest kejap dekat resort sebelum  mulakan misi yang seterusnya -

Yeah . Jam menunjukkan puukul 4.3o, so kitorang siap-siap nak pi shopping n melawat tempat menarik pulak ! 

Jom kita ke pekann ,shopping !- Bayar satu van RM 20 . Naik dalam 8  orang gitu so share la ya duit tu . 

Lepas duk syok shopping , sudah tiiba masa untuk serang kubu Belanda . Haa  .. pergi ke sana hanya jalan kaki tau dari pekan ke Kubu Belanda . lama gak ah . Aasyikk duk tanya je dalam hati , 
"lama lagi ke nak sampai ", haha. sebab skru kat lutut dah nak tercabut . 

jalan punya jalan , akhirnya ! 

berbaloi la jalan jauh tengok-tengok tempatnya menarik untuk diambil gmbar kenangan .

So apa lagi , kat sini lah paling banyak ambil gambar . kekeke.  Phone memory penuh dalam sekelip mata !

Nah belanja gambar sikit . hehe


Kitorang paling awal sampai , so group first yang menguasai tempat ni
( sebelum depa datang , kita bergambo dulu , kalau tak sat lagi malu nak posing ) haha !






 bergambo reramai sebelum balik , harii pon dah gelap .

Misi berjaya untuk pagi dan petang !
( call pakcik van suruh ambik kat sana , keluarkan Rm20 share la 
untuk 8 orang )
- sampai kat resort , tunggu detik malam pulak untuk misi seterusnya -

Malam hari - Kita Bbq , Halaqah depan pantai menggunakan unggun api sampai detik 4 pagi ! 

Yeke sampai pukul 4 pagi ? haha . Tak pun , sampai pukul 2 pagi je mampu bertahan , then yang perempuan semua masuk bilik masing-masing . 

Ok , nak cerita kat sini , malam last ni lah yang sedih . Keluaq ayaq mata. Ada yang menangis , yang  bagi nasihat , yang  komen begini begitu . Allah sebak sangat malam ni . Dengar pengorbanan kak Amal bawak kitorang pi sana banyak halangan memang mata masuk habuk .

 Then dengar pulak sorang-sorang bagi nasihat , Allah terharu ! Then , ada part aku nangis , kes aku terasa , cuba bayangkan lelaki tegur pasal aurat wanita , ( tuju dekat semua wanita ) ni aku memang  nangis , sebab ad dalam satu  gambo aurat aku nampak ,  tak sengaja :'( Moga Allah tutup hijab mereka.. 

Lepas duk lepakk makan , minum green tea , introduce apa semua tu , sebelum ke bilik untuk lena , kitorang salam-salam dulu , meminta maaf sesama sendiri . ye la kan , mana tahu ada yang tak berpuas hati, so nilah masa untuk bermaaf-maafan , hukhuk ,  

Air laut  dah pasang , ombak pun dah membadai , badan pun sudah terasa penat , mata pun kian kuyu , last penutup malam tu , geng lelaki pun menyanyi sambil zakwan memetik guitar . oyeah, ( semua boleh masuk bintang mencari bintang  , ) haha . gurau2 .  Selesai depa menyanyi , yang puan ni pi masuk resort ,  tinggalkan depa bersihkan kawasan . huhu . 


Lastt daa ...

Day 3

Hari last , confirm nak buat benda yang kita tak pernah cuba lagi kan . pergi ke Pangkor tak lengkap kalau tak  cuba main aktiviti dalam ayaq . Lama dah nak try main benda tu semua , last-last termakbul gak  . haha . seronok ! Awesome !  Main benda extreme . perghh . thorbaek .

Tengah tunggu makanan 

Taklimat sebelum mulakan aktiviti 

Haa ,Aktiviiti airhead ni paling kaw-kaw , syok sangat ( *kena meniarap atas pelampung tu and tangan kena pegang kuat-kuat tempat memgang . Ingat boleh la tahan sampai last , tup-tup jatuh gak lam laut . Sorang terbang sana , sorang terbang ke sini , sorang lagi terbang ke situ . ingatkan dalam n lemas dah , rupanya tak seperti yang disangka . ALhamdulillah . haha

 Ni aktiviti kedua , Naik Marble boat . uhhuuu . Best gak ni . Senang cerita semua best la . Rugi kalau tak cuba ! Asyik menjerit je *sebab takut * haha..


Satu lagi tak tertunai nak main , iaitu banana boat ! haha . Kena postponed dulu haritu sebab barang takde . Tapi sokeylah . Dapat main tu pun alhamdulillah dah. Haa . Harga main 2 aktiviti tu RM30 je ,


Hoorey ! Misi 3 hari 2 malam selesai di Pulau Pangkor . Short Vacation - Sem 1 - Upsians

walaupun  ada yang berlainan course  dan kelas , 
ukhuwah kita bina bukan hanya di duniawi,
ukhuwah kita bukan setakat ini ,
diam bukan bereti tidak mengingati ,
dalam hati dan doa sentiasa mengiringi .