Friday, 20 November 2015

Jom perbaiki diri

Memang .

Pakaian tidak pernah melambangkan identiti seseorang . Tidak semestinya yang tertutup itu baik sepenuhnya , dan tak semestinya yang terbuka itu jahil semuanya . Tak semestinya yang berpurdah itu takde jahilnya , tak semestinya yang bertudung litup itu tahu semuanya.


Tapi mereka tahu , itu adalah kewajipan menutup aurat. !


Bicara tentang perilaku si bertudung itu ini , 
memang tak sampai sudah ada salah silapnya.

Tapi mahukah kita pakai pakaian akhirul zaman ?
Yang terbuka aurat sana sini , yang jelas dicatitkan dosanya setiap masa ?

Allah . Istighfarlah , aku dia dan yang bertudung labuh mahupun berpurdah bukan baik mana , masih jahil , masih ada salah silapnya , tak semuanya betul , tapi ini suruhan Allah, perintah Allah . Wajib kita turuti. Janganlah mengutuk jika dia ada kekurangan dan salah silap, kerana kita semua pendosa .

Awak , saya tak mampu nak tegur secara depan kerana saya tahu saya tak layak untuk menegur . Tapi fahamkanlah , tangan terdedah itu aurat , rambut tu aurat , kaki tu pun aurat , seluar ketat macam berbungkus tu pun balut aurat .

Maaf , saya tak tuju kat sesiapa , andai terasa mohon sesama kita perbaiki diri . Jom sama-sama muhasabah diri , dari ilahi kita datang , dan kepada ilahi juga kita akan pergi . Jadi turutilah perintah ilahi , inshaAllah syurga akan menanti. 

Kita semua pendosa yang ingin ke syurga right ? Jadi jom sesama perbetulkan diri , 
Salam sayang untuk awak semua  . Doakan saya berjaya dunia dan akhirat juga ya
Lots of love ;irasyahira ☺

Wednesday, 11 November 2015

Stop Crying

Manusia . Senang diperbodoh dan memperbodohkan diri sendiri dan orang lain . Kekadang hanya suka-suka untuk mempermainkan manusia , sampai ada hati yang terluka  . Suka percaya kata manusia , tanpa tahu personaliti yang realiti . Hah .

Percaya kepada jodoh ikutan hati. Bila putus menangis tanpa henti , sampai menyeksa diri sendiri , sampai tak makan tak tidur hanya kerana ingat si dia yang telah pergi. Perghh .

Manusia . Memang lumrahnya sedih jika terluka . Tapi  mengapa pada orang yang salah .Tak perlu menangisi , tak perlu sampai anaiya diri . Cukuplah perbaiki diri . Jaga diri . Sampai masa sampailah buah hati kamu sayang .

Dah kesat air mata tu , jangan percaya sangat kata-kata lelaki , jika benar dia yang kamu cari , dia akan buktikan sendiri . Tak mahu dah tengok awak bersedih . Cukuplah menangis kerana lelaki! 

Move on sayang , jom perbaiki diri , dekat dengan ilahi sampai menangis itu baru dinamakan cinta sejati  .😘 💖
-irasyahira-