Thursday, 24 September 2015

My wish for my bestfriend.


Sanah Helwah Siti Aina Mardhiah Bt Azman ..
Allah . Rindu gila ke mg . .
Naaaa. Sorry lambat wish naa . Taksempat nak wish on time .  Nah nurkilan khas buatku untukmu SahabatKu .
----------------------

So sempena hari kelahiran mg yang ke -19 aku nak wish , semoga mg sihat sejahtera sokmo . Then bahagia disamping keluarga tercinta . Hidup dalam keberkatan dan keredhaan Allah selalu , Seiring dengan bertambahnya umur semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan nikmat iman dan islam dalam kehidupan , kurangkan  maksiat dan lebihkan ibadat . Semoga menjadi anak  yang solehah dunnia wal akhirat ! Sayang kamu selalu sayangku siti aina mardhhiah . Moga dalam redha Allah selalu . Sahabat until Jannah , Love you forever .


Naaa . Thanks a lot jadik kawan aku dari darjah 5 hingga sekarang .
Dalam bersahabat ,
mungkin saling pernah terasa hati ,
tapi janganlah simpan dalam hati ,
andai pernah terasa dengan diri ini ,
aku mohon maaf atas kesilapan yang tidak disedari .

Hidup di dunia ,
biasalah terpisah jua ,
jika boleh ingin berdamping hingga tua ,
tapi apakan daya ,
semua mencari jalan hidup masing-masing di atas dunia.

Ya kita tak dapat berhubung setiap masa ,
semua sibuk dengan kehidupan di alam yang sementara ,
demi kelaangsungan hidup di hari seterusnya,
tapi ingatlah diri ini takkan pernah lupa ,
Moga ukhuwah kita akan terus sampai ke syurga :>

9 years and still countingg.....

: sincerely ; irah

Thursday, 17 September 2015

Belajar .

Adat belajar . Kau lelah . Kau penat .

Berkejar situ sini . Siapkan itu ini .

Demi mencari ilmu untuk diri .

--------------------------

Demi hidup kau  perlu berdikari .

Jika kau manusia yang tak mampu berdiri diatas kaki sendiri ,

nescaya kau rebah tanpa ada orang disisi,

Bangkitlah wahai diri kau perlu teguh berdiri .

Ibu bapa tiada disisi , hanya sahabat menemani dikala sepi .

Nescaya itulah kau perlu kuat untuk hadapi setiap masalah yang ada pada diri .

-Sahabatmu- 17.9.2015

Wednesday, 16 September 2015

Birthday girl!

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum . Sobahul Kheir .

14/9/1996 . Hanis Kasim .

Sorry ya sayang wish lambat. Tak sempat nak type panjang-panjang on date .hehe.

Sanah Helwah my bestfriend.  Baru genap umo 19 ye hang . Kami dah 19 tahun 9 bulan dah . Huhu 😂 .

Hanis .

Kami harap hang hidup sentiasa diberkati dan diredhai Allah selalu . Exam Stam nanti buat biar terbaik yaw . Usaha , doa , tawakkal . Hang berjaya inshaAllah . InshaAllah hang akan dapat apa yang hang nak . Mumtazah dan fly ke negara yang hang mau . Allah . Jealous i . hehe . Ikut la negara mana hang pergi yang penting jangan lupa kami!  Sayang hang sangat+sangat+sangat .  Rindu gila kat hang 😭. Bila mau jumpa ntah .

Nanti kalo hang pi mesir ka , pi jordan ka pi turkey ka doakan untuk kami juga ya. Doakan supaya kami boleh ikut jejak hang pi sana . Sambung master kaa .😂haha. angan-angan .

Walau tak jumpa hang , tak dapat contact hang setiap masa , kami tetap rindu tau. Rindu gelak hang . Rindu hang duk tepuk-tepuk meja .Rindu tengok hang merajuk . Rindu malam-malam kita duk borak-borak sambil minum air .hshahahshahhaha. Serious rindu masa kat ALC ngan hang . Kalau di-throwback balik , hmmm . Sumpah Rindu 😭.

Sayang .. take care ya dimana hang berada pun . Stay cute . Dah lupakan si F tu , hahahaha . Biaq pi macam hang kata 😂 . Kami doakan hang jumpa lagi terbaik dan sesuai untuk hang . Macam si S ka  . ☺ hahahahaha!  Just Kidding. Tapi kalo betul pun alhamdullillah . Dapat tengok.hang berdua 😌*kenyit mata*.

Okey dah .

Kami doakan hang berjaya dunia dan akhirat . Fi hifzillah .

Sentiasa ingat kami ya . Kalau kami meninggal ke apa ke kami mintak doa dari semua . Maaf salah silap gurau senda yang terguris dihati hang kalo ada.  Ukhuwahh fillah abadan abada .

Salam sayang dari kami untuk kamu Hanis ku sayang   . 😘




Sunday, 13 September 2015

CERPEN : Hijrah
PENULIS : Nur Kasih

Satu gambar terjatuh dari diari lama Sakinah. Diari diletakkan dalam laci kembali. Gambar yang jatuh diambil. Sayu dipandang gambar. Penuh kenangan. Sakit menahan rindu. Namun, ini jalan yang telah dipilih. Tidak mungkin akan berpatah balik.

"Rindu dia?" tiba-tiba, Aliya, rakan sebiliknya menegur. Sakinah menoleh. Tunduk.

Soalan Aliya dibiar tanpa jawapan. Namun air mata deras mengalir. Terasa dirinya dipeluk dari belakang. Dibiarkan. Dibisikkan kata-kata semangat di telinganya. Tapi, biarlah air mata itu keluar. Biarlah. Asalkan rindu ini lega.

2 bulan yang lepas....

"Hai sayang.... Rindunya dekat you..." Alif bersuara gedik.

Sakinah di sebelah dipeluk selamba. Sakinah membiarkan. Rambutnya yang panjang paras pinggang dibiar lepas. Tiada apa yang menutupi. Baju dan seluar yang dipakai ketat. Rambutnya diusap-usap. Sakinah hanya tersenyum manja saat dipeluk Alif.

"You rindu I tak?" tanya Alif.

"Mestilah I rindu boyfriend I yang handsome ni..." Sakinah bersuara manja. Alif tersenyum bangga.

Begitulah rutin Sakinah dan Alif. Berjalan-jalan pada waktu malam. Ke tempat-tempat tak berfaedah. Bahagia dikecapi dalam berbuat maksiat. Namun, hakikatnya kemurkaan Allah menghampiri. Selepas penat berjalan-jalan, Sakinah dihantar pulang ke rumah sewanya.

Namun suatu peristiwa mengubah segalanya. Alif dan Sakinah terlibat dalam kemalangan yang sangat ngeri. Kejadian berlaku akibat kecuaian Alif ketika memandu kereta. Kemalangan yang hampir menyebabkan mereka kehilangan nyawa. Tetapi, Allah itu Maha Pengasih. Walau hamba-Nya telah pun banyak berbuat dosa, masih diberi peluang hidup.
Sakinah koma sebulan. Alif mengalami kecederaan parah. Namun, tidak terlalu kritikal. Sepanjang Sakinah dalam keadaan koma, Alif selalu melawat. Dalam masa yang sama, perlahan-lahan Alif mulai berubah. Dia semakin belajar mendekati Allah. Esak tangisnya di sepertiga malam tak pernah berhenti. Doanya semoga Sakinah juga mampu berhijrah ke arah yang lebih baik saat sedar dari koma nanti.

Tiga minggu selepas itu, Alif dibenarkan keluar dari hospital. Semenjak dari itu, dia tidak pernah lagi datang melawat Sakinah. Tiada siapa yang mengetahui ke mana hilangnya Alif. Hatta rakan baiknya sendiri tidak mengetahui apa-apa berita tentang Alif. Puas dicari, tetap tidak berjumpa.

Seminggu selepas kepergian Alif, Sakinah sedar dari koma. Sungguh, Allah itu benar-benar Maha Berkuasa. Saat doktor-doktor mengatakan bahawa Sakinah sudah tiada peluang untuk hidup, Allah menunjukkan kuasa-Nya. Para doktor yang memeriksa Sakinah sangat takjub. Sedangkan, keadaan jantung Sakinah selama sebulan koma adalah sangat-sangat lemah.

Aliya yang menjaga Sakinah selama Sakinah di hospital terus melakukan sujud syukur. Alhamdulillah. Sahabatnya sudah sedar. Sahabatnya sudah kembali. Ibu bapa Sakinah turut berayukur saat mendapat tahu perkembangan anak perempuan tunggal mereka. Majlis kesyukuran dirancang untuk diadakan selepas Sakinah dibenarkan keluar dari hospital.

Paling terharu sekali adalah, saat Sakinah sedar. Kalimah agung terus terpacul dari bibirnya. Hanya kalimah itu diulang-ulang. Aliya di sebelah juga tidak langsung dipandang. Hanya kalimah Allah... Allah... Allah... Saat itulah Aliya menangis. Saat dapat memahami sahabatnya bakal berubah. Dan Aliya mempersiapkan diri membantu Sakinah.

"Aliya, nak pinjam tudung boleh?" ayat itu membuatkan Aliya sangat gembira.

Dibuka almari pakaiannya. Tudung labuh berwarna merah jambu dihulurkan kepada Sakinah. Padan dengan baju kurungnya yang berwarna merah jambu. Sakinah menyambut tudung dari Aliya. Serkup dipakai dan tudung disarung. Setelah itu, dia terus menghadap cermin. Rasa sebak menyelubungi hati.

"Allah..." zikirnya tak henti.

"Subhanallah... Cantiknya Sakinah.... Moga istiqamah dalam perubahan, sahabat..." ucap Aliya.

"InsyaAllah..." dilazimi lidah dengan mengingati Allah. Satu cara melupakan manusia yang tak penting. Selesai bersiap, Aliya dan Sakinah bergerak ke kelas mereka.

Jalan perubahan memang tak mudah. Bukan dibentangkan karpet merah. Tetapi penuh duri yang membawa luka. Dari pelbagai arah. Dilempari kata hinaan, cacian dan cercaan adalah ujian menuju keredhaan Tuhan. Di kiri orang mengata, di kanan orang menghina. Apa yang dilakukan semua salah belaka. Seolah tiada yang benar kecuali dia.

Hari pertama Sakinah datang ke kuliah dengan imej yang baru. Sakinah agak gentar dengan penampilannya. Wajahnya gelisah. Gusar memikirkan pandangan orang lain. Aliya memahami. Hijrah bukan mudah. Bukan semua orang boleh menerima. Bukan juga semua menolak. Saat berubah, ada yang menfitnah. Itu mehnah.

"Sakinah... Aliya tahu Sakinah kuat! Jangan risau pandangan manusia. Ambil kira pandangan Allah. Allah dah tunjuk jalan, Sakinah hanya tinggal ikut... Jangan sia-siakan peluang... Ingatlah, Allah masih sayang..." ujar Aliya cuba menenangkan.

Sakinah tersenyum. Hatinya kembali tenang dan kuat. Sahabat sejati setia menemani membuatkan dia bertambah tabah. Bibir dibasahkan dengan zikrullah. Andai dulu sumpah seranah, mencarut yang menjadi rutin, kali ini Sakinah bermujahadah menukar rutinnya.

Seperti yang dijangka, hampir kesemua pelajar terkejut melihat perubahan drastik Sakinah. Ada yang memandang sinis, pandangan mengejek, kata-kata yang hampir menjatuhkan. Namun, Aliya tak pernah putus asa menaikkan semangat. Mereka terus ke kelas bersama-sama. Dipandang segala penghinaan sebagai satu kata positif pembangkit semangat.

"Sakinah, jangan lemah... Ini ujian dari Allah... Ujian ni pandanglah dengan positif... Jadikan segala kata-kata mereka sebagai satu pembakar semangat. Jangan putus asa... Ingat, Allah uji mengikut kemampuan hamba-Nya. Kalau Sakinah diuji sebegini, itu bermakna Sakinah mampu menghadapi. Kuatlah kerana Allah..." kata-kata motivasi dari Aliya masih diingati. Terngiang-ngiang di telinganya.

Masuk sahaja ke kelas, seisi kelas terkejut. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki. Sakinah terasa malu. Kepalanya menunduk memandang lantai. Malu menebal dalam diri. Malu dengan dirinya yang dulu. Malu di hadapan Allah. Hampir air mata menitis, namun terus ditahan.

"Dah jadi ustazah pulak ke? Selama ni selamba badak je dedah aurat, pakai baju tak cukup kain, macam ape je.... Eh, kau tak layak la pakai semua ni... Kau tu banyak dosa.... Neraka je nak terima kau..." seorang pelajar lelaki bersuara lantang. Suasana gamat dengan gelak tawa dari pelajar-pelajar dalam kelas.

"Kau Tuhan ke?" Entah dari mana datang keberanian, Sakinah membalas dengan sebuah persoalan. Kelas terus sunyi. Sakinah dan Aliya tenang mengambil tempat duduk. Pelajar lelaki yang tadi berani bersuara terus senyap tanpa suara. Malu barangkali.

"Awak boleh, Sakinah..." bisik Aliya. Sakinah tersenyu. Ya. Dia pasti boleh.

Sejak mula berubah, Sakinah semakin kerap mengikuti majlis-majlis ilmu bersama Aliya. Perubahan Sakinah waktu itu masih belum diketahui oleh ibu bapanya. Sengaja dia merahsiakan. Biarlah saat pulang ke kampung, menjadi kejutan buat mereka. Hadiah terindah buat mereka. Sakinah mulai melupakan Alif. Sejak sedar dari koma, dia langsung tidak pernah menyebut nama Alif lagi.

"Aliya... Aliya..." Sakinah memanggil.

Aliya yang pada mulanya membaca buku, terus memandang Sakinah. Meluangkan masa bersama sahabat tercinta. Sahabat yang sedang cuba berhijrah. Yang masih perlu terua disokong dan dikuatkan. Memandangkan hari ini hari ahad, dan bulan puasa, mereka tidak ke mana-mana. Hari ini sudah masuk hari ke-5 Ramadhan.

"Ye?" Sahut Aliya.

"Kita tak ke mana-mana ke hari ni? Sakinah bosanlah duduk rumah...." tanya Sakinah.

Aliya kelihatan diam dan berfikir. Kemudian, dia memandang Sakinah dan tersenyum penuh makna. Ada sesuatu yang belum dia kenalkan pada Sakinah. Yang pasti, Sakinah akan sukakan perkara itu. Aliya mencapai telefonnya dan menghantar whatsapp kepada satu group. Setelah 5 minit berbincang di whatsapp, Aliya menumpukan semula pada soalan Sakinah.

"Ada.... Kita pergi Masjid.... Ada usrah..." Aliya tersenyum lebar.

Sakinah memandang. Berkerut dahinya memikir sesuatu. Seolah memikirkan suatu masalah yang sangat besar. Seketika, terdengar tawa kecil Aliya. Bukan mentertawakan Sakinah. Tetapi, mentertawakan diri sendiri yang leka dari menerangkan apa itu usrah kepada sahabatnya yang seorang itu.

'Cuainya aku Ya Allah....' bisik hati Aliya. Kesal dengan diri sendiri.

"Usrah? Apa tu?" Tanya Sakinah. Sungguh, dia benar-benar tidak mengetahui apa itu usrah. Malah, inilah pertama kali dia mendengar perkataan usrah itu.

"Usrah ni adalah perkataan arab yang bermaksud keluarga. Jadi, kita ni akan berkumpul ramai-ramai umpama sebuah keluarga. Banyak isu yang dibincangkan. Semuanya adalah untuk membina kembali hati dan semangat para syabab dan fatayat yang semakin hilang dari diri mereka. Semangat jihad yang tinggi dan pembinaan hati yang bersih dan kuat disertakan akhlak yang mulia di samping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan." Jelas Aliya. Sakinah mengangguk faham.

"Sakinah.... Dalam usrah ni, ada tiga rukun..." sambung Aliya.

"Usrah pun ada rukun? Wah... Macam solat..." teruja Sakinah mendengarnya.

"Ya Sakinah... bezanya, usrah ada 3 rukun tapi solat ada 13 rukun... Baiklah, rukun yang pertama adalah ta'aruf... Ta'aruf ni maksudnya berkenalan. Berkenalah bukan setakat tahu nama, umur, tempat tinggal, dah... Bukan... Tapi, ta'aruf dalam usrah tu, lebih lagi..."

"Lebih macam mana tu?" Tanya Sakinah.

"Macam, kita tahu apa cita-cita dia... Kita tahu cara nak bagi dia semangat macam mana... Kita tahu nak redakan kemarahan dia macam mana... Kalau semua tu kita tahu, setiap terperinci kita tahu, barulah sempurna rukun usrah kita yang pertama..." jawab Aliya...

"Ohhh.... Yang kedua pulak?" Azan zohor berkumandang saat Sakinah bertanya.

"Lepas zohor ok?" Aliya mengenyit mata. Comel. Tergelak Sakinah melihatnya. Dalam hati tak sabar mengetahui lebih lagi tentang usrah.

Usai solat zohor berjemaah, Aliya dan Sakinah membaca al-Quran. Selesai sahaja, mereka kembali menyambung perbualan yang terhenti. Aliya terus menerangkan dengan penuh sabar. Sakinah mendengar dengan penuh minat. Aliya juga menyambut setiap persoalan dari Sakinah dengan tenang.

"Kita usrah pukul berapa, Aliya?" Tanya Sakinah sambil mata ditalakan ke arah jam di dinding.

"6 petang. Lepas tu, kita berbuka puasa sama-sama." Jawab Aliya.

"Wah... Mesti seronok... Tak dapat berbuka bersama keluarga di kampung, dengan rakan usrah pun jadilah..." sambut Sakinah sambil terkenang ibu dan abah di kampung.

Aliya kelihatan agak sedih mendengar ayat luahan Sakinah. Berat untuknya memberitahu apa yang telah diberitahukan oleh Ibunya semalam. Mungkin, inilah masa yang tepat. Sakinah perasan akan riak kesedihan Aliya.

"Kenapa Aliya macam sedih?" Tanya Sakinah.

"Err... Err... Sebelum Aliya cakap, Aliya nak mintak maaf banyak-banyak sebab lambat beritahu. Aliya tak nak Sakinah sedih..." Aliya berjeda.

"Kenapa ni?" Desak Sakinah bila melihat Aliya mula menitiskan air mata.

"Semalam ibu call Aliya... Ibu kata, abah dan ibu Sakinah... Diorang..." ayat Aliya tergantung. Terlalu sebak. Tak sanggup untuk meneruskan.

"Kenapa dengan ibu dan abah Sakinah? Kenapa?" Sakinah bertanya. Wajahnya berkerut. Risau. Hati berdebar hebat. Rentaknya bercelaru.

"Ibu dan abah Sakinah kemalangan..." senafas Aliya menutur kata.

Bagai ada batu besar menghempap kepalanya. Terasa berat sekali. Mata kabur digenangi air mata. Bila-bila masa sahaja boleh terhambur keluar. Dada sesak menahan sebak. Sungguh, beratnya ujian ini.

'Allah... beratnya ujian-Mu... Aku redha Ya Allah... Aku redha...' bisik hati Sakinah.

Air mata mula mengalir deras. Esak tangis kedengaran. Di mana harus dicari kekuatan? Saat ini kesedihan, kepedihan, kerisauan dan kegelisahan menguasai diri. Sakinah dipeluk oleh Aliya. Tangis mereka kedengaran. Aliya cuba memujuk. Dia perlu kuat untuk mengembalikan semangat Sakinah.

"La tahzan...." bisiknya hiba. Setelah reda dari tangisan, barulah Sakinah kuat sedikit untuk bertanya.

"Macam mana keadaan ibu dan abah Sakinah?"

"Ibu Aliya beritahu, mereka kritikal. Nak pergi balik kampung ke?" Tanya Aliya.

"Ya, maaf tak dapat join first usrah..." Sakinah terus mengemas pakaiannya.

"Aliya hantar Sakinah sampai kampung. Aliya risau kalau Sakinah memandu dalam keadaan macam ni. Aliya ikut ye?" Sakinah akur.

Sepanjang perjalanan, hanya suara radio yang kedengaran. Seperti tiada orang langsung di dalam kereta. Sepi. Aliya menumpukan pada pemanduannya. Sakinah melayan perasaannya sendiri. Bibirnya tak henti berzikir memohon agar Allah menyelamatkan ibu dan abahnya. Belum sempat lagi dia membahagiakan ibu dan abahnya. Selama ini, dia banyak mengecewakan mereka.

Tiba-tiba, azan asar berkumandang dari corong radio. Aliya memandang Sakinah sekejap kemudian mengalihkan pandangan ke depan semula. Dia perlu katakan juga. Sakinah mungkin tak sedar.

"Sakinah, kita stop kat masjid depan sana dulu ye? Solat asar, then kita sambung perjalanan... Ok?" Tanya Aliya.

Sakinah yang tadinya leka memandang ke luar terus berpaling memandang sahabatnya. Senyuman dihadiahkan. Hambar. Sangat hambar. Kemudian mengangguk lemah. Walau hatinya meronta untuk bertemu ibu dan abah, tetapi perintah Allah wajib dilaksana.

Aliya membelok ke kiri. Masuk ke perkarangan sebuah masjid. Aliya memapah Sakinah yang tampaknya sangat lemah. Dengan rasa kasih dan sayang, atas nama cintakan sahabat, sewaktu mengambil wudhuk juga dibantu. Hati Aliya benar-benar merisaukan keadaan Sakinah. Semoga Allah memberinya kekuatan kembali. Doa Aliya dalam hati.

Selesai berwudhuk, dipapah masuk ke ruangan solat muslimat. Dibetulkan tudung, di pin belakangnya agar tidak terbang dek terkena angin kipas yang kuat. Sakinah juga berbuat yang sama. Satu pinta Sakinah memeranjatkan Aliya. Hampir sahaja air matanya gugur. Sungguh. Permintaannya sangat menyayat hati.

Mereka memulakan solat Asar berjemaah dengan penuh khusyuk. Sampailah di rakaat keempat, di sujud terakhir, imam sudah lama bangun. Tetapi, Sakinah masih bersujud. Aliya hanya terfikir bahawa Sakinah sedang berdoa. Mungkin meminta kesembuhan dan keselamatan buat ibu bapanya. Aliya hanya fikir positif.

Namun, sehingga habis bacaan doa, Sakinah masih dalam sujud. Aliya mulai berdebar. Terngiang-ngiang pesanan Sakinah sebelum solat tadi. Aliya cuba mengejutkan Sakinah. Mungkin tertidur fikirnya. Namun, belum sempat disentuh, badannya sudah jatuh. Aliya memegang erat tangan Sakinah. Allahu. Sejuk. Diperiksa nadinya.

"Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un..." ucap Aliya dalam tangisan. Dipeluk sahabatnya buat kali terakhir. Para jemaah muslima yang menyaksikan juga mengucapkan ayat yang sama.

Dalam kesedihan, tiba-tiba telefon bimbit Aliya berdering. Dikesat air matanya. Panggilan dari ibunya dijawab. Ada dua kemungkinan di sebalik panggilan itu. Pertama, kegembiraan buat yang hidup. Kedua, kesedihan buat yang hidup. Aliya cuba menahan tangisan.

"Assalamu'alaikum...." sapanya.

"Wa'alaikumussalam... Aliya dengan Sakinah dekat mana?" Tanya ibunya di talian.

"Dekat masjid dekat dah dengan kampung...." jawab Aliya menahan sebak.

"Cepat sikit sayang...."

"Kenapa, buuu...."

"Tuuuttt... tuuutttt..." talian terputus. Aliya mulai risau. Sahabat terkulai di pangkuan. Panggilan di sana terputus tanpa jawapan.

Aliya cuba mendail semula. Alhamdulillah. Dapat. Namun, di sana terdengar suara tangisan. Aliya menggagahkan diri bertanya.

"Kenapa, bu?"

"Ibu dan abah Sakinah.... Mereka... Mereka... Allah lebih sayangkan mereka..." jawab ibu Aliya dalam sendu.

"Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un..." terpacul lagi lafaz itu dari bibirnya.

"Ibu, di sini juga berita sedih. Sakinah meninggal dalam sujud Asar yang terakhir tadi...." terus air mata mengalir deras. Memandang sahabat di pangkuan.

Setelah berbincang serba sedikit tentang pengurisan jenazah, mereka menamatkan perbualan. Aliya memandang jemaah lain yang cuba menenangkan. Dia cuba tersenyum. Lesu. Aliya berbincang pula dengan jemaah di situ bagi membantunya membawa Sakinah pulang ke kampung.

Tepat jam 9.30 malam, jenazah Sakinah, Ibu dan Abahnya selamat dikebumikan. Adik-adik Sakinah berjumlah dua orang dijaga oleh keluarga Aliya sebagai keluarga angkat. Aliya bangkit dari duduk. Berjalan setapak demi setapak meninggalkan tempat bersemadinya jasad seorang sahabat. Ditoleh buat kali terakhir. Air mata yang telah kering, mulai menitis kembali.

'Selamat tinggal, sahabat....' bisik hatinya.

******************************************

Terdengar esakan dari anak-anak usrahnya. Sebak mendengar cerita naqibah mereka, Aliya. Aliya turut menyeka air mata. Sungguh, dia masih terasa kehilangan sahabat. Kerinduannya takkan mungkin pernah hilang. Rindunya tak terubat melalui kata-kata dan kenangan yang dibina. Rindu ini cuma akan terubat saat dapat bertemu kembali di akhirat sana.

Setelah semuanya reda dari tangisan, Aliya meneruskan bicara. Tidak dapat digambarkan perasaan sebaknya.

"Al-fatihah..." al-Fatihah dibaca untuk disedekahkan pada sahabatnya.

"Akak... Apa pesanan terakhir arwah?" Tanya salah seorang anak usrahnya.

"Pesan arwah, 'Aliya, kalau umur Sakinah tak panjang, tolong doakan Sakinah agar dapat ke syurga ya? Doakan moga Allah ampunkan Sakinah? Jagakan adik-adik Sakinah. Dan yang paling penting, kalau Aliya tak jumpa Sakinah di syurga nanti, tanyakan tentang Sakinah pada Allah ye... Sahabat till Jannah...' Itulah pesanan terakhir arwah yang tak mungkin akak lupakan. Dengan izin Allah jua...."

"Adik-adik akak, andai adik-adik tak jumpa akak di syurga, tanyakan tentang akak pada Allah ye sayang-sayang semua? Kita sekeluarga kan?" Pinta Aliya pula. Air mata kembali deras. Mereka berpelukan. Ukhwah ini manis sekali.

'Tenanglah dikau wahai sahabat. Damailah kau bersama ibu dan abah. Terubat sudah kerinduanmu pada mereka. Kau berpuasa di dunia dan kau berbuka di syurgaNya. InsyaAllah.... Tunggu Aliya, ya...' bisik hati Aliya penuh kerinduan.

******************************************

Hijrah tak mudah...
Istiqamah lebih susah...
Namun aku takkan berputus asa...
Tetap cuba menjadi solehah...
Sehingga saat ditarik nyawa...
-Sakinah-
-17/4/2013-

Diari Sakinah ditutup semula. Itulah catatan terakhirnya, pada hari terakhirnya di dunia. Sekarang, semuanya tinggal kenangan. Setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Tidak lambat walau sesaat, tidak cepat walau sedetik. Yang pasti, saat itu semua bakal merasa. Dalam sibuk menyiapkan diri sebagai isteri atau suami, jangan lupa ajal boleh mendahului.

------------------------------------------

TAMAT

Thursday, 3 September 2015

2/09/2015

Start masuk universiti pendidikan sultan idris . Mula-mula tu rasa okey lagi , hati tak lah rasa sedih sangat , tapi bila 2-3 hari duk sini macam tak tahan . Akhirnya nangis gak . hmm .

Aku takde pun geng sekolah dapat kat sini tu yang cam sedih sikit . Memang aku boleh cari kawan , memang aku kawan ngan org sekeliling tapi bila tengok depa ada geng aku cam ........ sedih aihh . aku sorang jaa kat sini   . Menyendiri . Orang yg ada geng sejak sekolah aku nak menyelit cam ... hmmm...

Allah . Tetiba ayaq mata mengalir . Nak balik!!!  Nak duk ngan umi n abah! rindu kakak.  hmm . First time aku jauh ngan family . Tetiba sebakk sangat-sangat. Tak nak masuk u! 

Kata hati sado , tapi bila pikir punya pikir benda tak patut dipikir tetiba nangis . hmm  . Yeah . Husnuzon . Maybe sekarang tak dapat lagi geng tapi inshaAllah nanti belajar ada . InshaAllah .

Msg mambe , membe cakap nanti kat kelas ada la . Memang mula-mula masuk u camtu . So sabar je . Semua akan merasa .

Allah . baru oke sikit . hmm ..

Baru tahu camna rasa kosong . hahhsha