Sunday, 30 August 2015

Tips terbaik dari admin . Boleh jugak cenggini yaaa. Nanti kita cuba . .  So kena berani 💪

--------------------------------

Berhati-hati di orientasi.

Sekarang ni semua adik-adik tengah happy-happy nak masuk U. Mak Ayah dah belikan barangan, surat dan dokumen nak masuk U pun dah siap semua. Lalu adik-adik pun pergilah menuju ke U yang adik-adik dah pilih. 

Setibanya di sana, adik diagihkan ke kolej-kolej yang tertentu dan selepas pengagihan tu adik pun mengucap selamat tinggal kepada Mak dan Ayah. Berhuhuhuhu sebentar kemudian bersiap sedia untuk ke orientasi. Biasanya adik akan dapat sehelai baju dan bagi budak agama, baju itu sudah pastilah tidak kena dengan pemakaiannya.

Maka mulalah mimpi ngeri budak agama. Antara sebabnya ialah:

1. Kebanyakaan aktiviti ice breaking bercampur lelaki dan perempuan.
2. Waktu solat tidak dititik beratkan oleh fasilitator yang mengendalikan program.
3. Tiada pengasingan di dalam dewan apabila taklimat.
4. Kakak dan abang fasilitator tidak menjaga batas dalam pergaulan kerana mereka menyangka ia tidak salah.
5. Ada aktiviti sukan yang melibatkan meniarap, merangkak dan melompat.

Adik-adik yang berlatar belakangkan agama pasti merasa, betulkah pilihan aku masuk ke sini? Adakah aku juga akan menjadi seperti itu?

Adik-adik, sebenarnya untuk aktiviti seperti itu, adik-adik boleh je elakkan. Kalau adik ada keberanian ini tipsnya:

1. Buat-buat sakit perut atau sakit kepala.
2. Buat-buat tertinggal barang dalam kolej.
3. Beritahu je yang awak memang tak boleh join aktiviti macam tu sambil menangis. Macam admin pernah buat masa disuruh berlawan silat. Muahaha

Bukan apa. Ada mahasiswa yang menyangka aktiviti seperti ini adalah satu perkara yang biasa, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah salah satu petanda bahawa Islam sudah tiada lagi dalam diri anak muda.

Jangan diikut sangat kata fasilitator tu. Bukannya dia Mak Ayah awak pun, dia manusia. Awak langgar peraturan dia untuk jaga diri awak. 

Sampai bila kita nak semua ini harus terjadi?Jadi adik-adiklah kena mengubahnya.

Tahniah kerana dapat melanjutkan pengajian ke UniAwam. Semoga adik-adik semuanya istiqamah.

Jangan lupa asal usul diri seperti mana admin pernah lakukan.

Tuesday, 11 August 2015

Shoutout birthdayy for my Kakak.  18.8.1994

Happy turning 21 Kakak . Wwuu.. 21 dah kakak aku sorang ni  . Kejap masa berlalu. Tup-tup 21 tahun dah hidup . I love you so much kakak .

Nilah kakak aku yang aku sayang dunia dan akhirat .

Kakak hidap cylibral palsy , lemas masa lahir , jadi disebabkan itu beliau adalah seorang Orang Kurang Upaya , OKU,takleh jalan.

Sudah tentunya ahli syurga right! 

Mungkin ujian untuk kami sekeluarga mempunyai orang istimewa dalam keluarga , tapi kami redha dan pasrah kerana ini ketentuan ilahi .
Anugerah tuhan untuk kami !
Ya , sudah semestinya kami mampu hadapi! 

Kakak pun cam kita jugak perangai , ada mood marah , mood ngada-ngada , mood shopping , buat makan-makan kat rumah ke , mood spoil kan org, n so on kekadang sampai pening kepala melayan . *Tapi sokeyla kan she's special

Kalau bab marah,  duhh , scary gak la , hahaha . Beliau punya melaung and aku sendiri pernah jgk la kena tendang dan ditumbuk oleh beliau *bukan sakit sangat pun . Hahaha . Biasa adik beradik, gaduh-gaduh sayangg gituw. 😘

Hah , kalo nak tahu bukan kita yang normal je feel ukhuwah bersama bestfriend , she also ada kawan rapat sendiri . Kawan kakak ni dah umur 26 dah nama Fairuz , takleh jalan gak , diorang punyaa kontak jiwa (firasat) tu mashaAllah, istimewa sangat ( mungkin Allah hadirkan untuk orang istimewa ) . Time rindu mereka otp . Then jumpa . Biasanya family Fairuz bwk dtg rumah atau kitorang bawak kakak gi rumah depa . Masing-masing selalu bawak hadiah kalau jumpa.

Allah . Terharu sangat persahabatan mereka.

Mereka pun nak jugak kehidupan cam kita pergi sana sini , so selagi kita boleh tunaikan permintaan mereka , kita cuba tunaikan . 😊 .

And u know, masa tunggu result upu haritu pun , beliaulah yang paling cuak sekali . Tunggu dengan penuh debaran . Masa aku nangis ( nangis sebab berdebar sangat ) and she said "hok Allah semo ni , kalu Allah bagi gak , Allah bagi , kalu Allah tak wi gak takpola,sabarla ,ado lah rezeki kut lain "

mean( Ni semua Allah yang punya ,kalau ada rezeki dpt lah , kalau takde rezeki sabar je, ada lah tu rezeki kat lain )

And my tears fall down runningly!
She's the one who always remind me of  Allah . hmm .

Tq Allah hadirkan kakak .
Tempat kitorang kumpul pahala banyak-banyak .

Moga kakak dalam lindungan Allah selalu . Sihat always . Panjang umor . Murah rezeki .
And .. the last one , nanti kat akhirat , kakak tariklah keluarga kakak sekali masuk syurga ya . 😘 sayang kakak sangat-sangat-sangat .

Allah  . Ujian yang kau berikan kepada kami hanya sedikit jika ingin dibandingkan dengan insan yang lain .
Ya , kau bungkusnya dengan masalah tetapi didalamnya terselit seribu satu hikmah dan barakah .

-------------------------------------

Alhamdulillah . Done tumbangkan dua ekor kambing celebrate birthday kakak n solat hajat aku nak pi belajar ..

Tq Guys yang datang kat homestay celebrate birthday kakak . .

Sayang semuaaaa . 😘 

Tahniah! Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim .
Alhamdulillahh . Bakal Mahasiswi Upsi ambilan September 2015/2016 .
Bersyukur sangat-sangat . Doa termakbul sudah . Berkat doa ibu bapa , keluarga guru-guru dan berkat doa rakan-rakan , akhirnya penantian selama ini berakhir sudah . Syukran ala kullihal 
Dapat jurusan Bahasa Arab dan pendidikan , Allah , gentar nak hadap rasanya , sebab diri bukan mahir mana dalam bahasa arab , tapi inshaAllah akan ku kuatkan semangat menuntut ilmu dalam bidang ni  dan berkat doa semua inshaAllah akan ku terus melangkah dengan yakin dan boleh membawa kebaikan dan manfaat kepada ummah suatu hari nanti . 
----------------------------------
خير الناس ما انفعهم لناس
Sebaik-baik manusia adalah orang yang dapat membawa manfaat kepada orang lain .
Yeah!  So we fight!  #BerjasaUntukUmmah !
----------------------------------
Walaupun terasa kurang yakin dalam pilihan ini , moga Allah hadirkan rasa cinta yang mendalam untuk mendalami kalam Allah . 
قوي يا قلب!
InshaAllah boleh! 
Doakan aku sentiasa ya .
-----------------------------------
Kepada sahabat seperjuangan ;
Doaku kepadamu sentiasa mengiringi wahai sahabat .
Walau jauh terpisah , hati ini akan tetap merindui .
Kepada yang bersedih , La Tahzan sayang  , mungkin kamu tak dapat apa yang kamu mahu , mungkin Allah mahu gantikan apa yang kamu tidak sangka-sangkakan . Allah is the best planner .
Mana mungkin hati ini terlalu bergembira sedangkan teman aku berdukacita  . InshaAllah  ada tempat dan ruang untuk kamu . Qawiy ya sayang. InshaAllah dipermudahkan untuk menuntut ilmu.Doaku sentiasa mengiringimu .
Salam sayang untukmu sahabat . 

Monday, 10 August 2015

Result upu

Esok, 11/8/2015 pukul 12tghari .
Rezeki di manakah yg bakal kami lanjuti..?
Resah, gelisah, berdebar semua bercampur aduk .
Allah . Allah .
.
Tabahkan hati kami menerima sedaanya ketentuan darimu.
Jika rezeki kami tiada, jgn biarkan kami mengeluh atas usaha kami . Menyalahkan takdirmu .
.
Sungguh, engkau adalah sebaik perancang.
Sejujurnya hati kami masih memikirkan tntg hari esok .
Engkau tentulah dimana tmpt sesuai utk kami mencari ilmu .
.
Sepantas masa berlalu .
Qawiyyun ya qalbi   
-Penerokailmu-


Saturday, 8 August 2015

Jom Join !

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:

http://simplehijab.co/?id=xlaf
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate kami ini adalah:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.
Apa yang lebih menarik lagi?
1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.


BE OUR AGENT NOW & GRAB YOUR CHANCE TO EARN MONTHLY COMMISSION.

Free registration.
You don't need to keep stocks.
You don't need to handle orders.
All you do is just sharing URLs and earn comission.


Apa tunggu lagi ? JANA WANG DENGAN PROGRAM AFFILATE SIMPLEHIJAB :D

KLIK LINK INI :
http://simplehijab.co/?id=xlaf

Monday, 3 August 2015

Bertuah seorang ibu

Bismillahirrahmanirrahim .

Allahu . Baca certain tweet Aiman Banna rasa macam sebak semacam . Nak terkeluar je ayaq mata ni . Haih .

Baru umur 19 dah ada syarikat sendiri , dah ada kereta sendiri , dah ada zaujah . Allah . Terkesima sat bila tahu umur 19 tapi dah ada kehidupan yang serba indah .

Part yang aku baca sampai sebak tu bila dulu ummi Aiman bagitau dia nak pergi umrah tapi takde duit , so sekarang Aiman yang dapat bawak ummi dia pergi umrah . Guna duit hasil titik peluh sendiri . Ni awesome .

Allah . Terharunya .

Moga aku juga dapat jadi macam tu .
Doakan yaa. 😊