Tuesday, 30 June 2015

Allah. Sebak dan kagum rasanya tengok sahabat-sahabat membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke negara pilihan masing-masing  .

Tengok nama orang yang pi Mesir ,indon ,  teman yang aku kenal . Kenal di sekolah ,kenal di tuisyen, kenal dalam whatsapp , kenal dalam facebook.

Apa-apa pun kita berkawan .

Kagum .
Sebak .

Itulah perjuangan mereka .
Perjuangan mereka jihad mencari ilmu di negara orang.

Cemburu dengan mereka .
Cemburu melihat mereka dapat merantau ke tanah para anbia'.
Tapi aku tahu ilahi lebih mengetahui .
Apa yang terbaik untuk diri

Jadi ,
aku belajar disini ,
di negara sendiri ,
tapi apa yang pasti,
terselit impian ingin kesana nanti.

-------------------------------------------
Kawan .
Aku doakan korang selamat pergi .
Semoga dipermudahkan segalanya .
Mohon doakan untuk aku juga yea. 😊
Doakan aku disini supaya kita berjaya sama-sama nanti 🙆

Belajar elok-elok , jangan lupa kawan kat sini . Ingat!!  Jangan pernah lupa Nur Syahirah Mat Zain . ahahaha .

Moga ukhuwah terus terbina dengan ikatan yang kukuh .
Moga dalam Mardhatillah selalu .
Salam rindu untuk semua

Maaf kalau pernah ada salah silap ngan korang .

Akhir kalam .
Selamat pergi dan selamat pulang .
Sama-sama kita berjaya dengan ilmu penuh didada . Barakkallahufikum .

Selamat tinggal. Qawiy ya duk kat sana  😊

Monday, 29 June 2015

Ujian Hidup Seorang Hamba

Angin sepoi-sepoi meniup . Aku yang sedang termenung di jendela merasakan kedinginan pagi  . Di luar jendela penuh dengan tanaman hijau - hijauan . Membuatkan aku rasa tenang  dan termenung buat seketika.

Aku termenung . Memikirkan nasib diri yang tidak keruan .

Aku sakit .
Sakit dengan ujian yang diberi dari ilahi .
Tapi inilah sebuah perjuangan .
Melawan penyakit yang ada dalam diri .

Kekadang aku terfikir ,
kenapa aku sakit ,
ya . jawapanya mungkin ini sebuah kafarah dosa .
Supaya aku ingat pada-Nya pada setiap masa dan ketika .

Kerana pada masa itu aku hanya mampu mengadu pada Dia .
Saat ini bukan dunia yang kucari .
Saat ini hanya mati yang ku ingati .
Saat ini hanya  ilahi yang aku rindui.

Sakit . Perit .

Tapi inilah yang perlu ku lalui.

Yaa .Aku tahu . Ujian ini kerana Dia sayang pada hamba-Nya .
Dan aku bersyukur kerana aku salah satu  dari orang yang diuji  .

Aku redha . Redha dengan ujian ini .
Kerana ini satu kafarah dosa , yang boleh menguggurkan dosa yang ada pada diri .

Ya  . Mungkin .
Dulu aku lupa pada ilahi .
Sibuk kejar duniawi .
Sibuk memikirkan kehidupan sementara ini.
Tapi aku lupa Dia yang memberi .

Saat ini aku mengaku . 

Dia yang memberi dan Dia yang menarik kembali.

Aku pasrah ..
Kerana ini yang terbaik untuk diri .

Air mata menitis tanpa aku sedari .

Terima Kasih Tuhan atas peringatan ini .

----------------------------------------

Sahabat . Aku tau kau mampu hadapi .
Kamu hanya diuji oleh ilahi untuk mengetahui kemampuan diri .

Salam Sayang . Qawiy 🌹
-CikTinggi-





H.i.j.r.a.h

Hebat perancangan Allah. siapa sangka yang dulunya hidup dalam kegelapan kini sudah menemui cahaya. Malah penghijrahannya kini ke arah lebih baik.
.
hinaan dan cacian yang diterima memberi seribu kekuatan dalam diri. Allah uji tanda Dia sayang. Dia mahu hambaNya kembali padaNya.
.
cantikk kan. di sebalik sesuatu ada sesuatu. redha. sangka baik. rebah kerana manusia dan dosa2,bangkitlah demi Dia. tabah sayang :')

Mengeluh

: MENGELUH :
Sedikit perkongsian tazkirah:

Ketika kita mengeluh
" isshh . aku penat  sangat "

ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)
------------------------------------
Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.

" ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.”
(Al Baqarah : 286)
---------------------------------------
  Ketika kita mengeluh :

“Serabutnyaa.

" ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)
-----------------------------------------
Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia sia.

" ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)
-------------------------------------
Ketika kita mengeluh:
“ takde sorang pun yang nak tolong aku."

ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)
-------------------------------------
Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedih sangat.”

ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)
-------------------------------------

Jangan banyak mengeluh. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.
Semoga berjaya.

Al -Quran

Kenapa kita perlu baca Quran dalam bahasa Arab meskipun kita tak memahaminya....

Ini adalah sebuah cerita yang indah.

Ada seorang lelaki Muslim yang telah tua 👴 tinggal di sebuah ladang di pinggiran sebuah bukit bersama seorang cucu lelakinya yang masih belum baligh 👦. Setiap pagi selepas solat subuh 🌄 datuk ini akan duduk di meja dapurnya sambil membaca Al-Qur'an 📖. Cucunya yang gemar meniru perbuatan datuknya dalam banyak perkara juga membaca Al-Qur'an yang telah dihadiahkan dan diajar kepadanya. Suatu hari si cucu bertanya, "Atok! Adik cuba baca Qur'an macam Atok tapi Adik tak faham dan apa yang adik tak faham Adik cepat lupa. Adik lupa  sebaik saja tutup buku Qur'an ni. Apa gunanya baca Qur'an macam tu? "

Datuknya tanpa menjawab sepatah pun soalan cucunya itu bangun dengan perlahan untuk mencapai sebuah bakul rotan yang terkait rapi 👜, guna untuk menyimpan arang dapur. "Nah, ambil bakul arang ni ke sungai dan bawa balik air sebakul ke sini."

Cucunya segera ke anak sungai  berhampiran  dan menceduk air sungai dengan bakul arang tersebut. Malangnya semua air cedokan tadi meresap keluar 💦 sebaik dia sampai ke rumah. Datuknya tertawa 😄 dan berkata, "Adik kena cepat sikit lain kali," dan menyuruhnya kembali  ke sungai untuk cubaan kedua. Kali ini si cucu berlari laju 🏃, tetapi bakulnya kosong juga tanpa air sebaik dia sampai ke rumah. Dengan termengah-mengah, dia memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil 😰 untuk bawa air dengan bakul  dan dia terus pergi untuk mengambil baldi. Datuknya berkata, "Atok tak nak air dalam baldi, Atok nak dalam bakul ni juga. Adik belum usaha sedaya upaya lagi," dan dia pun bergegas ke pintu untuk melihat cucu kesayangannya mencuba sekali lagi.

Tatkala ini, cucunya sudah dapat merasakan bahawa itu adalah pekerjaan yang sia sia 😡, tetapi dia masih mahu membuktikan kepada datuknya, walau dia berlari sekencang mana pun, airnya pasti meresap keluar dan bakulnya tetap  kosong sebaik dia sampai ke rumah. Dia pun mencedok air sungai dan berlari sekuat hatinya, tetapi sebaik dia sampai di hadapan datuknya bakulnya sudah kosong tanpa air. Dengan termengah-mengah dia berkata, "Tengok ni Tok, apa gunanya!?"

"Oh Adik ingat tak berguna ya?". Datuknya berkata lagi, "Tengok bakul tu."

Cucunya melihat pada bakul dan buat pertama kalinya dia perasan bahawa bakulnya nampak kelainan. Bakul tersebut sudah bertukar dari bakul arang yang hitam kotor kepada sebuah bakul yang bersih, luar dan dalam.

"Cu, itulah yang terjadi bila kita baca  Qur'an. Kita mungkin tak faham dan tak ingat apa yang kita baca, tapi bila kita baca, kita akan dibersihkan, luar dan dalam. Itu adalah urusan Allah dalam mengatur kehidupan kita."

Cucunya terkebil-kebil menganguk. Hebat kisah ini.

Kalau ceritanya membuat anda juga terkesan maka kongsilah dengan kawan /sahabat / saudara-mara.

Sharing is caring 😊

Monday, 22 June 2015

Pesanan Seorang Abah Untuk Semua

Puteri abah sukakan seseorang? Abah ok. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu annakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri. Puteri abah, kasih sayang abah.
.
Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan.
.
Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan mengangkatnya. Untuk puteri abah, apalah sangat duit yang abah beri untuk belanja diuniversiti. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, abah tak akan kata apa kerana bagi abah, nilai anak abah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.
.
Kadang puteri abah ini telefon nombor abah tapi nak cakap dengan mak. Kata rindu sangat pada mak. Abah tak kisah sebab abah tahu betapa peritnya mak kamu mengandungkan dan melahirkan kamu. Tapi sekali, abah ingin juga dengar puteri abah ini kata " rindu abah ". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri abah ini dah rasa rindu kat abah pun dah cukup. Abah gembira dah.
.
Anak abah, puteri abah, kasih sayang abah, anugerah abah,
.
Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Abah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok abah masuk neraka? Walaupun abah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan abah bersama di syurga.
.
Puteri abah sukakan seseorang? Abah ok. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu annakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri.
.
Ajal abah entah bila akan sampai. Abah dah tua. Lama sudah abah hidup. Dari kamu tak boleh cakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah abah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi abah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang abah. Kalau abah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang abah sampai bila-bila ada buat puteri abah.
.
Abah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik. Tapi janganlah pulak kamu menangis banyak sangat bila abah tidur panjang. Sebab yang pergi ialah abah, bukan kasih sayang abah. Abah tinggalkan kasih sayang abah buat puteri abah yang manis ini.
.
Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya abah nak cakap. Tapi abah takut, tiba-tiba ajal abah sampai, tak sempat pula abah nak send pesanan abah ini. Sudahlah ye. Abah pergi dulu. Assalamualaikum wahai puteri abah, kasih sayang abah. Abah sayangkan kamu.

- Allahu .😭

السلام عليكم .

--------sedikit renungan bersama --------

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.

Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.

Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.

Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
---------------------
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
الله اكبر 😊

Tuesday, 16 June 2015

Interview di Upsi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah , Hari ni 16 / 6 / 2015 selesai sudah interview dekat UPSI untuk course Bahasa Arab dan Pendidikan..

Sebelum ni takdelah rasa nervous sangat , biasa-biasa je la , then bila sampai je dekat UPSI, Ya Allah , tengok ramai manusia , tetiba rasa dup dap dup dap . Nak tercabut je jantung masa tu , Haha .

Semua duk tunggu panggilan depan bilik interview masing-masing , Aku yang ke 16 so sokeyla , tak awal dan tak lambat sangat . Nasib baik gak penemuduga tu panggil 2 orang sekali masuk , so cepatlah giliran sikit  untuk masuk . Cuak kut duk tunggu lama-lama .

Then ... Nama dipanggil .

So anyone yang nak interview tu , entry lepas aku ada post dh antara soalan -soalan yang bakal ditanya ,

Tapi :

Ni  yang aku kena interview hari ni ;

1 ) Latar belakang .
2 ) Gi depan , ambik kertas , baca teks arab dan terjemahkan
3 ) One day , if you have a son , how you want to treat them to be Soleh .
4 ) Kenapa saya perlu memilih awak .

Haa,. ezyyy kannn soklan , Alhamdulillah , Takdelah susah sangat .

So awak semua doakan saya dan kawan-kawan supaya terpilih okey : > Aminn . :D




Perempuan , perempuan .

Please ah bace benda nieh .
Kalau kau tak bace percayalah kau akan menyesal gila. And , pls take note keyh .

First, drpd pemerhatian aku la girl sekarang mudah nak diperbodohkan oleh lelaki. Tak bukan ape tau  , aku sedih tgk kaum aku sendiri mcm ni .. Bukan semua lelaki berperwatakkan sebenar dgn siapa diorang dlm chat korang ..

Tak faham ?

Okay , mcm ni . Dia chat kau macam nie 'aku setia dgn kau , tak pandang perempuan lain .. ' well . contoh ni ayat kau , then kau pun 'aww okay janji tau tau' bagai ..

Hey, wake up girls .. . korang tau kan diorang ada nafsu . walau macamana dia jaga mata dia sekali pun  , diorang tetap akan pandang perempuan lain . yeah, mungkin yg lebih lawa dari kau . And, apa yg lagi teruk .. ? Mungkin dia akan bayangkan macam mcm dgn girl yg dia pandang . yeah aku dah cakap , dia lelaki . Okay . Tu first  . em, lagi satu aku selalu tgk girl .. sekarang terlalu bagi perasaan  100% dkt lelaki ..
exmple macam kau update pasal dia hari ² but dia tak pernah nak heboh2 pasal kau .. . kau selalu upload gambar dia letak caption takleh go sweet sangat katanya . dia dlm hati  mungkin 'alahai betina ni' .. tapi dia akan comment juga la , taknak kau perasan dia dah fed up dgn kau so dia comment .. 'wah thanks syg' .. bla bla bla .. . then kau pun terharu gile ..

girlssss , wake up lha . sometimes, kau kena faham . kau kena letak maruah diri kau tinggi sikit , atas sikit , and , mahal sikit kalau boleyh mahal gile lha . kita takboleh asyik nak fikir pasal dia sampai kan makan .. , mandi .. , tidur .. semua pasal dia .. . tak boleh ... mcm nie lha , if lelaki tu mmg dah betul bosan dgn kau .. . contohnya like this la , one day  . kau ada gaduh sikit dgn dia .. maybe pasal kau buat apa yg dia tak suka .. like on account instagram dye tanpa pengetahuan dia .. then kau block girls followers .. dia and dia tak suka .. . then dia marah² kau .. . kau tahan sbb kau syg .. dia then kau mintak maaf .. melutut bagai dlm whatsapp mintak maaf dkt dia ayat kau kemain kalah titanic punya scriptn .. . then dia dlm hati 'kimak nya lah perempuan ni bila nak blah sial .. ' tapi dia balas ws kau 'hm yela i maaf kan jgn buat dah .. '. then kau pun 'ah syg juga dia kat aku' .. bla bla kau fikir mcm mcm yg dia tu syg cinta sgt kat kau pdhal dia tgh ws dgn girls lain stalker ig girl girl lagi lawa dr kau .. . kau pulak ? .. siang malam berangan nak kahwin dgn dia .. . hmm. okay. kau sekarang kena bangun  . tak boleh mcm ni doh .. . serious aku ckp .. . kalau tak, ramai kaum kita akan teruk .. . hati mmg banyak yg kena main nnt .

girls, lelaki nowadays banyak dah yg perangai syaitan  . so get your maruah sikit mahal okay . biar diorang pulak akan rasa susah nak dkt dgn kita .. . Ok girls .. . take care tauuu lelaki kalau x suka bole blahhh ..

#copypasta

Sunday, 14 June 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Bukak web UPSI tadi then masukkan number ic ,tengok nama ada dalam list. Alhamdulillah .

16/6 aku kena temuduga . So i need to prepare all question that they may ask .

survey , survey . antaranya yang bakal ditanya :

Antara interview upsi:
🐬speaking BA & dalil hk ada kaitan nga pendidikan(wajib hafal)
🐬cari isi2  umum yg bleh kaitkan dgn pendidikan.
🐬kelebihan diri dlm BA
🐬perkenalkan diri dengan BA
🐬teknik set induksi dlm BA
🐬terjemahan surah2 pendek dlm muqaddam
🐬promosikan diri kita
🐬hafal falsafah pendidikan malaysia& falsafah pendidikan islam

🐳yg penting,jawab!jgn diam!biar salah pn,asalkan ada isi.
🐳sediakan soalan tntg pendidikan kpd ahli panel bila mrk tnyo,"awk ada soalan??" (Bonus marks)
🐳"kamu akn diterima ambik kos ni jika kamu jd isteri sy,mcm mna?"
=bisa aja..Tp dgn syarat.bg sy 3 buah banglo,2 buah kereta mewah ,10 ekar tanah.😎(Nk uji bagaimana Nk handle msalah)
🐳soalan biasa di tanya:kenapa Nk Jd guru?
Jwpn yg pertama adalah,
1.minat
2, ikut je nak jwb pape pun ☺.

Sekian..dr seorg kawan kpd ahli panel upsi.sbg persiapan n persediaan..😰
Semoga Allah permudahkan.amin.😊

Allahu . Doakan kami . 😊
Sekian .

Thursday, 11 June 2015

Macam mimpi


Bila duduk bersama dengan big family, cakap-cakap,  gelak-gelak,  sambil mak sedara duk usha gambar lam lappy,  then tetiba mak sedara bersuara ( habaq ) kat cek, 

" ngah ni photogenic,  pandai senyum depan camera,  saiz badan dengan tinggi pun ok,  boleh  jadi model,  jadi model cik nak, ? " 

Aku masa tu nak tergelak pun ada . hHAhhaha. jadi model untuk iklan kut , tak pernah terfikir dek akal fikirkan. kehkehkeh.

Cik tanya lagi,  " nak famous tak ?" Beliau cakap nak buat apa ntah, kiranya muka aku terpampang kat iklan.

Aku pun sengeh je cam kera busuk  .haha. nak tergelak aih . Aku dahla low self-confidence. Dalam hati berbunga jugak la nak terpampang kat iklan,  hahahaha  .... tapi-tapi.....aku fikir balik,  Sokeyla  aku tak fames pun,  orang tak kenal aku pun,  asal aku senang hidup atas muka bumi Allah ni. hehe . Better aku duk rumah,  orang tak kenal .


Selamat dunia akhirat .  hehe  .