Friday, 20 March 2015

UKCG

Assalamualaikumm . Hai semuaa..

Hari ni nak cerita sal UKCG.

UKCG tu Ujian Kelayakan Calon Guru


Siapa yang dapat ujian step pertama UKCG ? * Please raise ur hand *

Okey , tak nampak kome angkat , tapi saya ucapkan Tahniah ,
sebab dapat pergi ujian tu . Kalau tak dapat step kedua pun , okey kan . At least ada pengalaman dekat ujian fizikal tu . :D

Ujian fizikal tu , mashaAllah , ponattt sangat-sangat !

Lenguh habis satu badan .
Urat tegangg gila .Nak sujud , nak rukuk time solat pun macam orang tua yang dah tak larat :( haha .


6 ujian yang dikenakan ;

1 ) Pertama ujian bertulis . - Ujian bertulis ni nak uji sejauh mana pemikiran , emosi seseorang guru .

2 ) Ujian kedua kena ukur BMI . - BMI ni ukur berat dan tinggi , Kalau siapa badan ideal , dapat fully
      marks , 20 markah. * Alhamdulillah , aku berat ideal , dapat 20 marks.

3 ) Ujian bangkit tubi bervariasi .- Haa , yang ni ada 4 cara .
* Cara pertama kena baring , then letak tangan di sisi
* Cara kedua kena baring then bangun letak tangan atas lutut
* Cara ketiga baring then bangun letak siku atas lutut .
* Cara keempat baring , tangan dikilas di belakang bahu , then bangun * sini banyak orang fail *

4 ) Ujian lompat kuadran . Yang ni dia bagi 4 petak . kena lompat dalam semua petak tu dalam masa
      1 minit dan dia akan tengok banyak mana lompatan yang awk dapat . *Memang lenguh kaki *

5 ) Ujian Kilas sisi . Ujian kilas sisi ni kena duduk then bangun kilas ke belakang tangan dalam masa
      satu minit dia nak 40 kilas ,Tangan kena betul-betul shoot . Kalau tak markah kena tolak .
*    yang ni nampak senang , bila dah buat , mashaAllah peningg + lenguh dibuatnya , mana tak ,
     macam orang tak betul  bila duk bangun , angkat , bangun angkat tangan ke belakang . Memang           pening lah lepas buat ni *

6 ) Haaa..... ujian ni memanggg mencabar sangat-sangat ! Ujian Bleep test
Ya Allah , Tuhan je tahu macam mana letihnya duk berlari tu , haha.
Nampak senang , duk belari , bila buat sendiri , huh ....
Pitam dibuatnya . * Ramai org cakap ujian askar . haha *

Khulasohnya , semua diatas diuji bila UKCG , Memang penat gila ah , sakit belakang , sakit pinggang , memang semua tu akan  adik-adik rasa . 3 hari lepas tu baru rasa kurang sikit , nak bangun pun susah :(  Mengalahkan org mengandung . kahkah,

Tapi yang penting , sebelum ujian tu pastikan warm up dulu , baru urat tak terkejut .

Okey , tu sajelah , gudluck semua  then tahniah those yang dapat pergi peringkat seterusnya :D










Tuesday, 17 March 2015

Assalamualaikum ..


Okay , kali ni nak share CARA TANGANI MASALAH MALAS !
 Korang semua students kan ? Aku tahu confirm korang cam aku , pemalas tahap gaban ! haha .
Taklah gaban sangat , tapi adalah sifat yang satu tu ( pemalas ) .
So memandangkan kita semua students , kita perlulah ambil tindakan supaya penyakit malas tu dikurangkan !
 Ye , malas ni bertandang tanpa diundang , ni menunjukkan syetan nak hasut supaya bermalas-malasan atau berlewa dalam setiap perkara .Macam mana kita nak tangani masalah malas ni ?
Tambah -tambah malas nak study la , malas untuk berbuat kebaikan la , atau apa-apa saja , memang malas ni satu PENYAKIT  ! So nak move on dari seorang "pemalas" kepada rajin tu macam mana ?

Di sini , kita perlu decide , nak berubah atau tidak ! Atas diri sendiri .

Jadi jom  share sedikit tips nak tangani masalah malas ni ;

1 ) Tentukan matlamat yang ingin dicapai
2 ) Berkawan dengan orang yang rajin menuntut ilmu .
3 ) Renung wajah ibu bapa
4 ) Makan vitamin
5 ) Amalkan diri dalam keadaan berwudhu'
6 ) Fikir , apa kesan masa hadapan sekiranya terus bemalas-malasan.
7 ) Cuba fikir positif ( aku nak dapatkan ilmu , kalau mati , mati syahid )
8 ) Banyak membaca kisah-kisah kejayaan orang lain .
9 ) Azam betul -betul aku ingin berubah !

Dalam setiap tips diatas , kita jangan lupa , terus berdoa kepada Allah supaya memudahkan setiap urusan yang dibuat , baik belajar , bekerja atau apa sahaja .  Jika kita tidak ingin malas menguasai diri , jadi , kita yang perlu bertindak ! Kesimpulannya , berdoalah kepada Allah   !

Jazakallahu khairan kathira ! :D

^_^








PMGK

Assalamualaikum ,

Yeaaayyy ! Alhamdulillah . Tahun ni berpeluang gi Perkampungan Menara Gading peringkat Kebangsaan


Hanya 40 orang yang dapat  pergi  mewakili setiap negeri . Penyertaan daripada 13 buah negeri  menunjukkan  penyertaan sangat memberangsangkan .

Program ni diadakan di Unisel selama 4 hari 3 malam .

Kitorang dari Kelantan bergerak pukul 11 malam  supaya   sampai di Unisel  sebelum  pukul 9 pagi .
Perjalanan lebih kurang 7 /8 jam . Pukul 8 am lebih ,akhirnya sampaii ke destinasi .

________________________________________________________________

Mula –mula sampai rasa hambar . Seriously hambar . Haha . Aku nampak kosong je , takde orang ! Tempat pun ,tak menarik bila mula-mula sampai! hahahaha . Hanya dari Kelantan yang dah sampai . Negeri yang lain tak muncul-muncul. Lepas siap diberi bimbingan oleh Kak Nida dan Abang Saif tentang niat utama nak datang , *haaa (niat lagi)  baru rasa up balik semangat J

*Apa-apa pun niat yang penting ! Ala kullihal semua perkara kena niat betul-betul*

--------------------------------beberapa  jam kemudian ------------------------------------------

Start lah datang rombongan tu , rombongan ni dari negeri masing-masing . Pendaftaran dibuka .
Sambil-sambil mendaftar , maka bersuai kenal lah dengan mereka  . Haaa . Mula-mula nak kenal tu hmm, al-maklumlah semua malu-malu kucing . Bila dah start borak , huh. Paham-paham sendiri .

Serious suka dapat kenal-kenal dengan mereka  . Kebanyakan adik-adik la . Lepasan SPM yang ramai join . Kenal dengan orang Sarawak , sabah , maka sesi bertukar  loghat terjadi! haha ..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas daftar , dapat bilik masing-masing. Berpecah lah kami semua . Satu bilik lain-lain negeri , mula-mula agak akward lah .
Aku dapat adik Dayang (negeri Johor) , adik Fatini ( Kedah ) , adik Rania (Perlis ).

Alhamdulillah , depa baik-baik , juruh-juruh je macam aku J ahaha .
Memang kena rush , tak nyempat nak kenal sangat . Lepas letak beg , kenal-kenal nama dan negeri , kitorang pun gerak terus .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diberi briefing sikit oleh akak-akak fasilitator ,

Lepas briefing , gerak gi dewan .
*jauh gila dewan dengan penginapan . Memang penat berjalan *

Duk dalam dewann , dengar  abang  bagi atucara program ,

tetiba…..

OMG … Kena duduk dalam dewan sampai malam !
* yang dari Kelantan semua tak mandi lagi . ahahahaha .  *
Nak buat camne kan , kena lah ikut program tu sampai malam .
*Semua orang Kelantan bau wangi-wangi , tak mandi pun bau wangi . ahaha :P


Lepas diberi sedikit briefing tentang atucara , maka pembahagian kumpulan dimulakann…

_____________________________________________________________________

Masuk dalam kumpulan tetiba …………………

Ehhhh ,, Kimi se grup dengan aku ! .
Yang lain semua negeri  berlainan .

Grup aku dikendalikan oleh kak Azzahra , maka kitorang pun mulakan sesi bertaaruf .

Group aku group ICL – Imperiale Collage London .
Mahasiswa/I  ICL ialah ;
- Irfan ( abang Long )
- Kimi  ( abang Ngah )
- Aku ( Kak Yong )
- Syida ( Kak Ngah )
- Aisyah ( kak lang )
- Huda ( Kak Chik )
- Ain ( adik )
- Nora ( kak su )

Okey , depa ni semua grup ngan aku , semua lepasan SPM . Aku sorang je lepasan STAM . huh . Sadis L
ahaha . Apa-apa pun aku enjoy duk ngan diorang . adik-ll yang sporting :)
*Ukhuwah bersama takkan putus walaupun dah habis PMGK okey ? * :*.

Rindu gila dengan depa  semua . Salam Rindu :*

Banyak yang aku belajar daripada modul-modul yang diadakan .

 Yang paling sedih ,part bersama kumpulan untuk malam terakhir ! Serius , sedih gila , bila akak Azzahra suruh buat surat /kad yang tecantik untuk kali terakhir pada kumpulan .  Malam tu semua tidur lewat kes nak bbuat bendalah ni .  Akak bagi setengah jam untuk buat , tapi ada yang tak siap , so akak bagi sejam.

Bila semua dah siap buat kad paling cantikk, akak pun kutip .

Then ,dengan rakusnya , kak Azzahra pun ……zaaaappppp……….KOYAK !

Ya Allahhh .. semua keluuuuuuuu .. tak tahu nak cakap apa . Kenapa tetiba akak KOYAK ? tadi akak suruh design cantik-cantik , tetiba akak koyakkan . Memang  semua  pelikkk dan tak mampu bersuara .

Akak Azzahra : kenapa akak koyakkan  kad adik-adik ?

Kitorang hanya diam membisu . Hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya buat kad tu dengan penuh rasa semangat , cinta , tetiba kena koyak gitu je . Siap ada yang lukis lagi .

Lepas akak cakap itu ini , maka sesi menangis  bermula :’(
Serius sedih gila .

Soo , daripada modul ni , aku boleh katakan yang ;
- Kita kawan jangan setakat ni je , Kalau kawan kena keep and touch berterusan . Ukhuwah tu tak terputus dek jarak , jika ukhuwah main-main , akan jadi cam kertas tu , senang untuk dikoyakkan . Jika berkawan lillahitaala , inshaAllah ukhuwah terus kukuh . jangan jadi cam kertas , hanya ada pada tulisan , tapi tak simpan dalam hati.

Salam Sayang dari  Kak Sheyra untuk adik-adik ICL , serius rinduu korangg . :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIDANG PARLIMEN .
haaa..  yang ni pun termasuk modul yang mantap J. Hehe

Malas nak hurai , tapi apa yang dapat kat sini lebih daripada PMGKEL 5-7 mei ari tu . Yang ni ramai-ramai jadi ahli parlimen , bantah hujah , berdebat , bagi idea . Memang best ahh
 .* Semua berkelayakkan menjadi ahli dewaN Nampak J .
Siapa yang bercita-cita nak jadi ahli Parlimen tu confirm suka gila-gila buat pendedahan camni .

______________________________________________________________________________

KEMBARA IPT

Kembara IPT dibahagikan kepada 2 grup .

Group pertama  budak agama aliran Sains ,
Group kedua selain budak agama aliran sains .

Bila dah dibahagikan kepada group , dibahagikan pulak kepada  2 bas aliran sains .
Yang lain 3 bas .

2 bas Yang aliran sains gi melawat Universiti Malaya ( UM ) dan  HELP university .

2 bas Bukan sekolah agama dan bukan aliran sains gi melawat Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) , UNIKL BMI  dan Kolej Darul Hikmah .

1 bas gi melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) . * Satu tempat kes jauh sikit *

Okey , aku masuk lam group UM dan Help . Memang torbbaaiiikk lahh aku kata . First time jejak kat sana kann , so dapat lah pelbagai experience . Gi sana diorang bawak gi jalan-jalan kenal-kenal library , Akedemi Pengajian and so on . 

Grup  yang lain pun cakap best tempat yang diorang pergi .

Yang aku boleh cakap , kalau belajar kat mana-mana pun , tak kisah , asal niat nak belajar sungguh-sungguh dan nak berguna kepada masyarakat !

________________________________________________________________________

Sooooooo,, khulasohnyaa ……..
Thank you untuk semua penggerak-penggerak program , Abang –abang , kakak-kakak yang  berusaha sehabis keringat dan tenaga untuk memuaskan hati-hati kami. Walaupun ada kekurangan , its okey .

Yang penting  alhamdulillah , pengisian program sangat menarik. 

#Mahasiswa Bitara Melestari Citra Kepimpinan Islam !
#Hidup Biar Berjasa

Nak Video yang nyanyi lagu PMGK  ramai-ramai time last tu :(
Dalam utube takde .  Nanti masukkan eh

Akhirnya  habis sudah Perkampungan Menara Gading Kebangsaan untuk tahun ni .*nah lanje gambo sikit :D







Wallahualam..



| NUR SYAHIRAH MAT ZAIN |




Monday, 16 March 2015

PMGKEL'15

Assalamualaikum .

Hai stalker :D

Alhamdulillah . 5-7 Mac 2015 dapat  gak aku join program Perkampungan Menara Gading Kelantan  2015 bertempat di Wisma Al-Hikmah .

Tahun lepas aku nak join dah sebenarnya program ni , tapi disebabkan kekangan masa  so aku postponed dulu .

I don’t know nak describe macam mana  feeling join program ni .
Memang Havoc habis !
Suka , teruja semua ada .

Walaupun tak ramai , Alhamdulillah , program ni tetap berjalan dengan jaya .

Tahun ni yang paling sikit join , yang daftar 80 orang yang pergi hanya 30 , huh !
So sad L

Tapi walaupun sikit , dengan semangat fasilitator abang Rafiz , Kak Ana , Kak Ain , Abang saif , kak Nida , Kak Atika , abang Syah, abang Huzaifah dan semua penggerak-penggerak PPIK ( Persatuan Pelajar Islam Kelantan ), program ni tetap terbaik . Modul semua mantap . Tahniah penggerak-penggerak semua !

Memang mula-mula datang rasa tak masuk dengan jiwa , no feeling pun  sebab  tak ramai tapi lepas follow program , tajdid niat , Alhamdulillah , semangat  datang kembali .

Paling suka part Dewan Parlimen .
 Dekat sini boleh gain Keyakinan untuk berhujah  !
Mematikan pendapat pembangkang  dengan idea yang mantap !
* Mula –mula nak start semua hambar , ye la kan , first time nak debate , lepas akak-akak dan abang-abang fesi tunjukkan caranya , baru la start riuh seperti  dalam dewan parlimen. Haha . tak sempat nak berhujah dengan panjang . Masa mencemburui . So sad L ( lenkali buat la lama sikit J )
Banyak modul yang ada seperti Belon War Game , Universiti  Idaman , Radio Rosak , Kerjasama dalam pasukan and so on .

Yang pasti semua berkait rapat untuk kita sebagai  bakal mahasiswa untuk
- membina Keyakinan ,
- membina Ukhuwah ,
- Membina Kekuatan jati diri ,
- bersifat mahasiswa bitara ,
- hidup biar  berjasa  dan lain-lain.

Alhamdulillah , tak sia-sia join PMGKEL’15 tahun ni . Dapat bina ukhuwah dengan semua , dapat bina keyakinan ! Yang penting , akan berjasa keepada masyarakat suatu  hari nanti ! INSHAALLAH
J

Ok lah , tu saja dari Sheyra . Team PMGKEL  memang AWESOME ! 














Saturday, 14 March 2015

HAPPY BIRTHDAY BURHANUDDIN HILMI BIN HASBELAH .

16.12.1996 .


Birthday ni tetiba je rancang , budak dalam bilik bagitau yang 16.12 tu birthday ust hilmi .
so , kitorang pun , rancang lah serba sedikit percaturan nak buat prank kat ust .


Aku , pqah , Hanis , Kak Marhaini fikir camne nak buat suprise kat ust .

Fikir punya fikir , nak sambut birthday pukul 12 tu , so kitorang mintak ust ajar sampai pukul 1 pagi . ahaha .
Ust dengan rela cakap "ok "

acah -acah nak study sampai pukul 1. ! Kesian kak marhaini mata tahan mengantuk .
Yang lain biasa tidur lewat , tu nampak ok je sampai pukul 12 ,

Detik 12 malam , sambutlah birthday ust Hilmi.

So , Sanah Helwah Ust Hilmi ..
*Moga hidup bahagia dunia akhirat ,
*Diberikan  kishataan yang baik
* Jadi anak yang soleh 
*Jadi hamba yang taat pada perintah Allah .
* Belajar rajin-rajin .
* Semoga cita-cita tercapai :D
* Semoga panjang umur selalu.

Last for ustaz Hilmi . Nanti kalau dah kawin jangan lupa ajak saya dan kawan-kawan ! haaha .




____________________________________________________________________________________________




SANAH HELWAH TO
 NUR SYAFIQAH BINTI CHE MAT
--------------------------------------------------------------------
22.12.1996









 Qahhhh ,



*Sayang qah ketat-ketat , 
*Thanks for be my friend, Ukhuwah kita bukan setakat sini , tapi sampai syurga! 
*Sorry bagi hadiah tak seberapa  masa ur birthday kat Arab Mikro hari tu :'( 


Tak nyempat nak beli . Nanti sya bagi hadiah yang gempak kalau qah kawin nanti , heee :D 
*Sorry kalau ada terasa dengan saya :( 


Qah , sorry sangat sebab tak grand sambut ur birthday ! Lenkali kita sambut lagi ye . :D

Untuk awak ;

=gudluck in ur life
=semoga menjadi anak yang solehah
=Semoga dapat encik suami yang penyayang mcm qah nak :)
=belajar elok-elok
=Semoga dipanjangkan umur
=Semoga dalam keadaan sihat selalu
= Jangan lupa sya :(
=Ukhuwah fillah abadan abada .




lots of love : Syerah 
_______________________________________________________________________________











Thursday, 12 March 2015

okey . back to the story . PART 3

Cara Belajar di Arab Mikro.

Cara pembelajaran tak tetap lah , sebab semua ikut atas mood Ust Rosdi .
Kalau kebiasaan pagi tu , pukul 8 perlu masuk dewan , ustaz Rosdi mengajar semua level
( kecuali darjah 6 ) , yang PMR ,SPM , STAM , semua dikurung dalam dewan tu sampai pukul 10.30.
Kiranya dalam dewan ni Ustaz Rosdi ajar yang asas Bahasa Arab lah . Contohnya , ( Hua , Huma, Hum ) tu :D

Pagi dalam dewan Ustaz Rosdi yang mengajar .

Lepas sudah mengajar dalam dewan , semua pelajar  masuk dalam kelas masing-masing , belajar dalam kelas bersama Ustaz Muda masing-masing . *Kadang2 Ust Ros yang masuk mengajar ,atas mood dan masa  terluang Ustaz lah*

Pukul 11.00- 12,30 kebiasaannya  Ustaz buka laptop , kitorang sami' (mendengar) dan takallam ( bercakap ) asas Bahasa Arab . Masa ni perlu mengingat asas-asas percakapan Bahasa Arab untuk di -test tengahari nanti.Memang asas , tapi nilah masa untuk memperkemaskan lagi Bahasa Arab anda .

Tengahari kelas start dalam pukul 2.30 - 5.00.  Nilah masa untuk membuat latihan dalam buku . Di'test' apa yang dihafal . Pastu tasmik depan Ustaz . Ustaz akan test bila-bila masa je. So memang tiap-tiap hari tu kena flashback balik lah apa yang dihafal .

Kelas malam tu , belajar i'rab , vocab , ayat 10, buat isyak dan sebagainya . Banyak Nahu Sorof  lah yang diajar .

Masa mula-mula belajar ni semua aku boleh ikut dengan baik . Tapi satu je yang kurang => ayat 10 .
Ayat 10 ni aku memang pening lalat . Sebab kat sekolah belajar cara lain , datang sini diperkenalkan cara lain , tu yang ambik masa sikit nak memahami ayat 10 dengan baik .*Tapi alhamdulillah... seminggu sebelum nak habis kelas tu dah boleh paham* haha,

Kalau isyak tu idk lah kenapa takleh keluarkan apa yang aku hafal selama ni , aku rasa limited masa nak buat ayat , banyak aku rasa kekurangan bila buat isyak . Huh.

Haaa,, banyak lagi yang nak diceritakan , tapii ,..,., sokeylah , atas tu pun korang penat nak baca dah kan , so yang lain aku simpan dalam bank memori otak aku dulu . Ada masa lagi aku cerita . :)














Wednesday, 11 March 2015

PART 2

Bersambung cerita di Arab Mikro ~


Okey , duk kat sana aku ingat kan ramai je geng Stam sebab semua nampak matured.
Tanya orang tu ,tanya orang ni , umur beraapa , rupanya huh ,  semuanya junior . Yang aku ingat form 6,  rupanya form1 , tapi seriously memang  semua matured .

 Tapi bila tahu perangai sorang-sorang , ahaha , ok baiklah beliau masih keanak-anakan . kihkih , * gelak jahat *

Duk sana 2-3 hari kenal gitu-gitu je , cakap pun tak banyak , sebab tak kenal sangat kan . =.=

Bila nak masuk minggu 2 tu baru rasa  ukhuwah bersama mereka . Serious memang happy dapat adik-adik yang gila-gila , kawan yang sporting ni . Masa ni baru start rapat dengan Hanis , Pqah n adik-adik .Baru  nak mix .katakan  aha.

( cerita berkenalan dengan mereka )

______________________________________________________________________

( Cerita dalam kelas )


Kelas Stam ada berapa orang je
( BANAT )
- Aku
-Hanis
-Syafiqah
-Kak Marhaini

( BANIN )
- Ardi
- Syahril
- Salam
- Fitri

Minggu pertama hari pertama , kedua , ketiga gitu  Ust Ros yang mengajar . Kami semua ikutilah pembelajaran bersama ust Rosdi dalam kelas , Pada satu hari tu , Ust Ros suruh sorang ni mengajar , nak kata ustaz nampak tak ustaz  sbb nampak still  muda, tapi kitorang yang perempuan terpaksa akui beliau Ustaz , sebab boleh mengajar kitorang , so perlu yakin beliau ada pangkat Ustaz . Kitorang anggarkan dalam 20an lah . Nak tanya umur masa tu tak tergamak , malu -malu semua , aha. Nama pun tak kenal, masa  mula-mula ustaz ni mengajar , lepas pada tu baru tahu nama Ust ni, Hilmi .

So , ingatkan hari tu je Ustaz Hilmi mengajar , keesokkan hari tu , bila masuk kelas Ustaz Hilmi yang mengajar kitorang , maka mulalah menuntut ilmu dengan beliau . Sepanjang duk sana memang kebanyakan kelas Ustaz Hilmi lah yang mengajar .

Tertanya-tanya jugak , kenapa kelas lain pun semua ustaz muda-muda . Nthen , persoalan tu terjawab bila si Aisyah ( si kecik ) bgtau yang Ustaz Rosdi ambil dak-dak kelas tahun lepas , yang 10 bulan belajar kat sana . Ust Ros ambik training diorang mengajar, So , baru aku paham kenapa semua muda . Tapi muda -muda pun , anggaran aku sekitar 20 an lah .

Tapi ..... persepsi aku salah . Memang muda betul-betul semua . ahaha ,Rupanya kebanyakan junior yang mengajar ! Fuhh , aku respect lah diorang dapat mengajar dengan baik .
 Ada yang umur 16/ 17/18/20 . Dah jadi mudarris dah , dah boleh mengajar orang len dengan baik , Aku RESPECT !


So , tak ingat masa bila n siapa tanya , rupa-rupanya , Ustaz yang mengajar kelas kitorang pun memang muda !  SAMA  UMUR !  wahh , ni terkejut , aha . Semua unexpected yang ustaz Hilmi sama umur je .

Bila ada orang bertanya ustaz hilmi, yeke beliau umur 18 , Beliau jawab "ya " , pastu beliau tanya kitorang balik , " semua ni umur berapa "

Start lah sesi  bertaaruf sikit , ahaha . 

Maka berkenal-kenal lah dengan  Ustaz Hilmi dan geng Kelas Stam .:D




Nak belanja gambar sikit 



Tuesday, 10 March 2015

Bismillahirrahmaniiraahim ..


Alhamdulillah dapat menaip lagi  sebab Tangan gatal nak menaip . :D

Bila aku tengok post-post aku yang lepas , rasa macam keanak-anakkan . ahaha.

Lucu / pelik / mengarut / ayat takleh blah / tulis singkatan  buruk / and so on .
Bila tengok balik , rasa menyampah a.k.a gedik pun ada !   .ye lah  zaman nak membesar . Tulis pun main hentam saja , :P

Dulu time tak matang ,  memang camtu , tapi sekarang alhamdulillah  rasa dah tahap kematangan aku . Cerita apa kebenda aku share dulu tu ,, rasa nak  delete je  , tapi sayang bahh ,, tu step pertama aku  ketika ber"blog" doo . So , aku kena simpan lah /

Hmm ....





AraB MikRo :D

Permulaan  cerita di Arab Mikro - Tempat asing bagi aku -


Sebelum menjejak kaki ke sana ,aku memang tak nak langsung pergi tempat ni , belajar Bahasa Arab ! Bukan sebab apa , baru lepas habis exam STAM, tetiba abah suruh masuk kelas , huh .Memang jiwa memberontak lahh . Masa tu aku nak freedom lagi , ye lah kan , baru habis exam , tetiba suruh masuk kelas , lagi lah jiwa meronta tak nak pergi . Dahla takde geng , so aku memang tak setuju betul , tambah -tambah stay kat sana sebulan , huh .Lagi aku rasa tak mau pergi . Sebulan lama tu bagi aku , dahlah tak pernah renggang dengan family , tetiba sebulan kena duk sana . haihh ,.

Pada satu hari tu , aku terpikir , ada baik juga aku turut kata abah , maybe kat sekolah aku dah belajar banyak Bahasa Arab , tapi belum tentu yang banyak tu dah melekat di dada . Umi pun bagi kata semangat , kata gi je kat sana , belajar niat kerana Allah , inshaAllah ada lah tu kelebihan kat sana .

So , apabila waktu tu tiba , aku melangkah turun dari rumah ,niat aku still salah masa tu ,,aku pergi sebab abah suruh . Harapan abah suh aku pergi sana , so aku perlu pergi .


Apabila dah sampai kat Arab Mikro .Lahh , ni je Arab Mikro, . Sebuah bangunan di tepi jalan berhadapan dengan UM . So , aku masuk lah bersama umi kat dalam tu . Aku daftar pagi , orang len daftar malam . Saja aku pergi pagi , supaya aku yang last datang mendaftar ,Haha ,

Pagi pukul 8 lebih tu , semua diminta masuk dalam dewan , so aku pun pergi lah dengan Syafiqah . *Syafiqah ni kenal dekat whatsapp only , takpernah jumpa pun .
Pastu dalam dewan tu borak-borak dengan syafiqah , aku tanya lah
" eh , kita dua je ke pelajar Stam ?  "
Syafiqah : " ada lagi rasanya , tunggulah kita tengok nanti "

Pastu perbualan terhenti seketika bila YB Ustaz Rosdi masuk dalam dewan ~


Masa tu tazkirah ringkas diberi oleh beliau . Katanya
" awak semua perlu tajdid niat datang sini , Sini dah lah yuran mahal, jadi awak semua perlu ambil peluang dengan sebaiknya . Datang sini, *bukan sebab  Mak Ayah suruh, tapi awak yang nak belajar"

lebih kurang gitu lah ayat Ust Ros , Jadi sentap kejap , *Datang bukan kerana mak ayah suruh*
ahaha ,  so aku pun perbetulkanlah niat balikk .. Niat datang kerana nak mencari *jodoh :P .ahaha .
 Gurau-gurau , seja je , aku gi sana nak tuntut  (ILMU) .

Dah seharian duk sana , baru boleh kenal-kenal dengan geng bilik...

Bersambungg~~~~~~~~

Assalamualaikumm ..


Wahai sahabat yang aku hormati sekalian , semoga semua dalam lindungan Allah selalu .

Okay , aku nak cakap something ni , insyaAllah aku akan share kisah-kisah yang pernah hadir dalam hidup aku , so aku decide kalau aku free aku akan throwback kisah-kisah lama , and aku akan submit ceghita tu dalam blog ni 

Sebab ghindu , nanti  aku nak update serba sedikit kisah lama, dan sebab utama aku masukkan ceghita  @ throwback dalam blog ni ;


1 ) Nanti kalau aku rindu kisah lama , aku boleh buka blog and tersenyum tengok kisah lama .

2 ) Sebab memori dalam otak bertimbun-timbun , nanti tak ingat , so aku decide aku cerita dalam ni  sedikit sebanyak supaya tak hilang . .

3 ) Sebabnya lagi adalah , kalau aku mati , korang boleh tengok blog aku ni sebagai kenangan :D

4 ) Lagi sebab adalah , nanti kalau dah tua a.k.a , nak nyanyuk tu ,, aku boleh tengok nama-nama  siapa yang pernah hadir dalam hidup aku :)

5 ) Lagi satu ,, sambil -sambil korang blogwalking dekat blog aku , baca-baca lah jugak entry islamik  aku tu , hehe , boleh aku gain pahala jugak 


Banyak lagi sebab tapi sekarang , ni je yang mampu aku tulis , yang terlintas . Hahaha.

So , aku nak cakap satu je ...


Thanks to those yang pernah hadir dalam hidup aku , yang membawa sejuta kenangan ,akan kuselitkan rindu dalam bank memori , Thanks sebab sudi jadi kawan aku and yang ni paling penting !!


  I LOVE ALL OF YOU 

Selitkan namaku dalam doamu sahabat 
Takat ni jelah , nanti korang malas baca kalau panjang-panjang :P

Wahai Hawa

Assalamualaikum :))

Khas untuk Hawa .

 Nak tanya ,  suka ke pakai baju ketat , ketat , seluar ketat ?
berjubah tapi kain melekat ?
kaki terdedah tanpa tahu itu adalah aurat ?

Cuba tengok pakaian yang kita pakai seharian dalam hidup kita . Adakah dah menepati syariat ?
Atau berlagak nak tunjuk diri itu hebat ?

Pernah tak terfikir ,
kelak akan menerima padah ?

Ya , memang suka dapat berpakaian macam tu , terdedah sana sini ,
tapi ingat ! SUKA tu dapat membawa ke SYURGA ke , atau ke NERAKA  !

Sebelum mengenakan pakaian tu fikir , pakaian aku ni bawa aku jalan ke Neraka ke atau keSyurga .

Sekiranaya rasa pakaian tak menepati syariat , cuba tukar dengan yang lebih elok. Semua ni memerlukan tahap kesedaran kita , kan semua dah besor gedabak , dah belajor dah pun mana yang baik mana yang betul , takkan lah tak boleh nak tentukan yang mana baik yang mana tak .


  Semakin besar , semakin lupa diri ,
  semaakin rasa diri itu megah ,
  berpakaian ikut suka ,
  bertabarruj nak tunjuk diri itu hebat
  sampai lupa dosa dan pahala .
  Semakin besar semakin ikut arus dosa !


Sampai bila nak raih dosa ?
_____________________________________________________________________
Korang mesti  cakap " ramai  je yang pakai camtu "
malah aku sendiri cakap camtu .

 syetan kat dalam hati kita ni selalu menghasut " weyh , dia pakai ok je , cuba kau try "

Dah rasa hint yang diri dah dienject oleh syaitonnirrajim , lekas-lekas istighfar !
___________________________________________________________________
Ya , memang nowdays yang berpakaian ... tapi telanjang !

Nak ke kau dilabel gitu ? ( err , MasyaAllah )

Tu sebab , kita jangan ikut orang .  Yee , ! yang " ramai " tu lah yang tak memberi manfaat kepada kita . !                          
So pegang pada prinsip diri .
 Aku nak ikut orang , atau
 AKU NAK JADI DIRI SENDIRI !

Dah tahu itu perbuatan baik ,
lekas-lekas buat ,,
jangan tangguh ,,

Pegang kata ni

 " Yang terbuka itu memang indah bila lihat didunia tetapi merana disana, yang tertutup litup itu lebih indah bila diakhirat sana "

Okeyh ?
Last but not least , Pakailah pakain ahli syurga wahai hawa-hawa sekalian :D

Wallahualam...,







Sunday, 8 March 2015

K- e - l - i - r - u

Assalamualaikum ..

Haii , Apa khabar saudara saudari semua . Semoga sejahtera selalu disamping keluarga tercinta .

Result SPM dah keluar kan ? So korang pun tak tahu nak decide nak gi uni mana , kos apa , dekat mana and so on . Mesti banyak yang korang tengah fikir sekarang ni  . Sebelum akak further perkongsian ni , akak nak ucap Tahniah kepada yang lulus cemerlang dalam SPM 2014 . dan kepada yang tak tu its okey , ni baru permulaan untuk korang pergi jauh . Banyak lagi peluang yang korang boleh grab . InshaAllah semua ada rezeki masing -masing . Percayalah , result tinggi pun tidak menjamin kejayaan mereka pada masa akan datang , dan result yang RENDAH SEKARANG tak menjamin tak dapat mencapai kejayaan pada masa akan datang . So dont be sad okeyh .

Senyummm :)


Okeyh , berbalik pasal korang tak tahu nak decide nak pilih kos apa and so on tu , korang tahu tak yang korang boleh check kelayakan dengan result korang ?? Korang akan tahu kos apa and IPTA mana yang layak  untuk dimohon .  Korang pergi dekat pak cik google and korang taip " Imascu " atau
 Tekan link ni :
http://semaksyarat.info/

So korang kena survey la dekat situ apa yang korang layak mohon and uni mana .

Pilih yanng sesuai dengan minat .  Contohnya korang tak minat account tapi ambik akaun last-last dapat kos account , bila dah masuk nanti , korang da lah tak minat math tapi ambik account memang lah akan jatuh mendadaa-dak-dak , Ye , ada juga yang mula-mula tak minat tapi bila further tu jadi selesa  a.k.a jatuh MINAT . Ni atas diri sendiri , sejauh mana rasa kemampuan  boleh pergi . So decide yang terbaik ,
Okeyhh sayang -sayang -sayanng semua. Nasihat terakhir ;


Jangan ikut orang , jadi diri kita , Kita minat bidang tu , so pilih seangkatan dengan bidang yang nak .
Bila ibu bapa suruh ambik apa yang kita tak minat , cuba softtalk dengan mereka cakap and bagitau mereka dengan yakin apa yang kita minat . Kita yang nak belajar bukan mereka . Then nak cakap satu lagi , jangan ikut kawan . Kawan ambik yang tu , korang ambik yang tu , memang korang akan cari nahas kalau buat camtu .

So penentu hidup adalah diri sendiri ! 

Dah , akaq dah share apa yang akaq tahu , So all the best uolls ,


Yang jatuh teruskan melangkah ,
kerana peluang di hadapan masih cerah :)


SukaSukiSuko :D

Assalamualaikum uolls

Alhamdulillah .. setelah sekian lama duk tercari-cari duk ingat balik apa password blog . Akhirnya dapat jumpa gak password . Dah setahun lebih dah takleh bukak blog sebab tak ingat password . :'(
Ye lah kan aku tak ingat password tu kes berlambak sangat email aku ada . Kejap buat yang baru kalau tak ingat email tu , tu yang jadi jem sikit tak ingat password ni .haha . Ada tulis di buku pun macam hampeh buku tu hilang . Maybe aku dah bakar kut ,sebab sampai sekarang tak jumpa . Ni pun tergerak hati jumpa password balik bila duk sembang-sembang dengan adik , tanya diorang cuba bagi hint apa-apa takut aku boleh ingat password yang aku letak , last-last diorang bagi macam-macam and aku try an error lah

. Lepastu buat satu ni , tiba-tiba sign in masuk !!
MasyaAllah suka tak terkata , lama dah aku nak tahu password yang aku letak ni . At the end dapat jugak ! Alhamdulillah .

Sebelum ni masa tak boleh sign in aku ada tergerak nak buat blog baru , tapi aku sayang sangat-sangat blog yang lama ni , so aku tunggu selama satu tahun kalau-kalau boleh ingat balik dan akhirnya penantian selama ni dah tercapai . haha . ye lah kann, takkan nak buat blog baru , blog ni
aku join sejak kanak-kanak ribena lagi , kata-kata , tulisan macam kanak-kanak ribena tu yanng aku sayang . :)
Tangan ni dah lama gatal nak menaip dekat blog so sebelum aku masuk kolej aku pulun dulu menaip dulu lah . ^_^


Thanks my sis sebab tolong aku dapatkan password aku balik .
Jazakallahu khairah kathira .