Wednesday, 31 December 2014





PART 2 . CAMP FORM 4.



Buat Rakit sendiri dan naik atas rakit masing-masing , kalau tak kukuh rakit sendiri , jatuh lah bersama rakit tersebut ,
kalau rakit tu buat dengan kukuh , maka teruskanlah perjalanan sampai ke garisan penamat !
Part best sebab kena berpadu tenaga dan idea bersama kawan-kawan !

Ni dalam perjalanan nak meneroka dalam gua . 
Dalam gua . merasai airr sejukk, setelah penat berjalan  :D
penerangan tentang kegunaan pokok2 alam sekitar .
--
mendaki puncak 




rehat sat sebelum teruskan perjalanan

Diberi taklimat keselamatan 

ni lah abseiling
memang masa ni tak tahu nak ungkap camna , rasa cam nak tercabut nyawa , ingat mati je ,. ahaha ,
tinggi sangat , sampai gayat . ramai yang tak nak buat benda ni sebab takut , tapi apakan daya , kalau tak cuba takde pengalaman camni . tu apa-apa pun mesti cuba ! dah cuba memang sumpah tak nak try dah , ahaha ,










Monday, 27 October 2014

<------------Throwback kem masa tingkatan 4 .

Nilah camp yang paling awesome !

Suka sangat-sangat .

Thank you teacher Sazila  sebab bawak kami kelas 5 Ibnu Sina 1 dan 2 batch 96 gi camp ni .

Memang lama dah menantikan camp yang uji stamina mental dan fizikal ni , Tup-tup teacher nak bawak pergi , memang semua eksited ! pergi ni sambil-sambil nak buat kerja kursus ,

Okay , first datang sini , tak tahu nak cakap camna , tempat ni  taklah dalam hutan sangat ,
tapi nampak cam tak best lah , sebab tak nampak pun aktiviti apa yang boleh buat kat sini ,

 Nama tempat ni tak ingat dah , hehe :D

Okay , bila dah pasang khemah and so on , tengok rimba disekeliling , baru rasa aura sikit ,
Bila malam tu , aktiviti bermula !

Malam pertama .. junggle trekking . 
* ok , mula-mula ni eksited sangat sebab jungle trekking kan, aku tak pernah pun merasai sebelum ni , tu yang eksited nak try . Dalam eksited nak try ni pun , aku gabra sebenarnya . haha. al-maklumlah , ramai yang keluar  dari hutan dengan keadaan "lemah " . haa ,

Macam -macam terpikir sebelum mulakan benda ni ;
- Macam mana kalau aku nampak benda pelik-pelik .
- Macam mana kalau aku terjatuh dari tali
- Macam mana kalau aku diambil bunian
- Macam mana kalau tetiba aku ............. haaaha , macam-macam .

Coach pun ada bagitau , kalau sape-sape yang takleh masuk hutan jangan cuba masuk , menyusahkan orang nanti .

So aku pun kuatkan semangat , apa-apa pun aku nak try masuk .

Dibahagikan kepada beberapa kumpulan , kalau tak silap dalam 10 orang camtu ,

Pastu masuklah dalam hutan , seorang demi seorang , kena pegang tali . Jarak antara kawan-kawan jauh , tak boleh jalan bergeng ;'( haha .

Bila masuk tu , masyaAllah , hati berdebar hanya Allah yang tahu , dahla sorang-sorang.

Aku jalan tutup mata je .

Jauh jugak lah berjalan , sepanjang tu ada bunyi pelik-pelik , so aku jalan laju-laju ,
"prakkk" bunyi . Jatuh dalam lampur . Haha, nasib baik satu tangan sempat pegang tali .
Sepanjang berjalan tu memang kaw-kaw kotor,  Masa jatuh tu bukak mata , tengok duk atas lumpur , pastu bangun jalan dengan tutp mata balik ,, jalan punya jalan , tetiba terpegang  benda ,

Menjerit lah apa lagi! ahaha .

Dua-dua terkejut . Rupanya tangan kawan aku ,

Okey , alang-alang dah jumpa geng , aku bukaklah mata .
Jalan dengan dalila je . aku duk belakang dia. Nak toleh belakang , coach kata jangan pandang belakang , tu yang takut .

Dah sampai ke tempat kumpul reramai , tengok semua keletihan , Duk bergelap dalam hutan , tungggu geng yang lain sampai ,

Ok then , nilah first time junggle trekking malam2 . Apa-apa pun memang best la , sebab first time kan , :D


------------------------------------habis part 1 ----------------------------------------



Sunday, 16 March 2014

Wahai umi  abah , 
aku bangga menjadi anakmu ,
terima kasih kerana telah mendidikku ,
kau tak pernah jemu ,
melayan pelbagai kerenah anakmu .


Dulu semasa aku masih bayi ,
aku sering menangis  diminta menyusui ,
kau sanggup bersengkang mata untuk menjaga anakmu ini ,
aku bersyukur kerana diberi ibu bapa yang menyayangi .


Ketika aku menginjak usia ,
kau tersenyum riang melihat aku bahagia ,
Bermain dengan penuh suka ,
kau juga riang ketawa .


ketika aku sakit ,
kau mengubatiku tanpa perit ,
kau buat apa sahaja supaya aku terus sihat ,
kau mengahadapinya dengan tabah dan kuat .


Seiring dengan masa ,
aku melangkah kearah remaja ,
kau curahkan sepenuh kasih cinta ,
supaya aku menjadi insan yang berguna .

Tapi semasa aku remaja ,
aku ada mengguriskan perasaanmu tanpa aku duga ,

mungkin ketika itu jiwaku penuh dengan dunia ,
sehingga aku terlupa yang kau menanggung duka .


Tidak pernah berniat dihati ,
supaya hatimu disakiti ,

tapi apakan daya aku juga insani ,
maafkan anakmu ini .

Kau tak pernah jemu ,
mendoakan kebaikan untuk anakmu ,
aku juga begitu ,
dalam doaku aku selitkan namamu . 


Masa dan umurku terus berlalu ,
aku melangkah ke dunia yang baru ,
jarak antara kita juga sering cemburu ,
tapi ingatlah aku sering merinduimu .


Jika ditakdirkan aku pergi mendahului ,
ingin kau ketahui ,
bahawa sayangku kepadamu ,
hingga ke syurga yang abadi . 


Aku bahagia ,
berada di samping keluarga tercinta ,
Cukuplah  mereka ada sentiasa ,
ketika aku buntu menjadi mangsa dunia .
Umi , abah . 
Kaulah ratu hatiku dunia dan akhirat ,
maafkan segala kesalahan anakmu ,
jika aku ada menyakiti hatimu tanpa aku sedari .

Ana Uhibbuki fillah abadan abada .
Jazakallahu khairan sebab dah mendidik anakmu ini dengan baik ,
Tidak dapatku ungkapkan dengan kata -kata ,
hanya hati yang mampu berbicara .

Tulus dari Anakmu ;
 
Nur Syahirah Binti Mat Zain 



















Monday, 20 January 2014

Gembira

Tirai 2014 dibuka .

Aku masih keliru , samaada ingin mengambil STAM atau tidak .

Semua dalam dua , Fikiran kata tak nak ambil STAM sebab ramai cakap susah . Then , aku fikir kalau aku tak dapat upu , STAM adalah back up aku , so nak tak nak aku teruskan juga .

Abah pun suruh ambik STAM , so aku onn .

Bila belajar kearah ni ,Tabarakallah , banyak ilmu yan\g aku dapat !
SERONOK !

Dapat belajar hadis lebih mendalam , dapat belajar tafsir , dan yang paling aku suka belajar FARAID , FEQAH dan ULUM !

Rupanya taklah susah mana .

Cuma perlukan kekuatan pada hafalan untuk jawab dalam peperiksaan , Kalau tak hafal , memang satu pun takleh jawab , Hafal dan Faham berkait rapat kalau nak ambik STAM ni .

So adik-adik kat luar sana , kalau nak ambik STAM , fikir elok-elok .
Ni masa depan adik-adik , kalau malas nak menghafal better takyah ambik .!

SERIOUS TALK !
Jangan sesekali ambik kalau malas hafal .
Nanti kalau dapat result Rasib , memang susah nak masuk Universiti .
Kena ulang balik , confirm perit ,

Tu akak sarankan , kalau nak main-main , dari awal akak nasihatkan takyah ambik ,
Kalau untuk dapatkan ilmu , akak on . Sebab memang banyak ilmu yang akan dapat kalau amik STAM ni .

Fully in arabic ,.

Kekadang memang penat .
Tapi inilah satu jihad !

Jihad menuntut ilmu agama !
Perjuangan dalam kehidupan !


Imam Syafie ;
" Kalau kau tak tahan penatnya menuntut ilmu , kau akan perit merasai kebodohan selama-lamanya "

Wallahualam.

Wednesday, 1 January 2014

CINTA  ??

Angkat tangan siapa yang bercinta !

Okey Nampak dah , ada orang yang bercinta , ada orang yang tak .

Ni , saya nak share sikit pasal percintaan . Al-maklumlah kan , sekarang zaman canggih , semua ada gadjet smartphone masing-masing kan, so senang je lah korang nak bercrush-crush kan ....

eh ,, jap .. crush tu apa sebenarnya ? aku ada terbaca lah , meaning crush ni;
bercinta hanya untuk suka-suka , sekejap dalam seminggu pun okey dah , pastu tukar pasangan lain .

yeke camtu ? haa . saya tak tahu , orang cakap camtu ..
Kejapp ….  Nak Tanya , suka ke tukar-tukar pasangan ? means , kejap berkongsi kasih dengan orang tu , kejap berkongsi kasih dengan orang ni , apa yang awak nak sebenarnya ?

Nak diri disayangi ?
Nak suka-suka ?
Nak tunjuk yang kau ni dah berpunya ?
Ye lah kan , dah ada crush ni boleh keluar date  ,gi tonton wayang sesame , pegang tangan sesuka , bertepuk tampar dengan gembira , makan orang belanja , kongsi  aurat sesama .  Ke macam mana ?

Kekadang aku terfikir gak , apa yang korang nak sebenarnya ,
Senang –senang  buat  maksiat  tanpa segan , siap show lagi kat orang yang awak duk berpeluk , berpegang tangan , duk post gambar berdua-duaan.


Apa semua tu?
Hanya nak suruh orang tengok yang awak sekarang dah bahagia ?
Okey , sini saya nak cakap , tak salah kalau nak bercinta, cikgu saya pun ada cakap ,

“ kalau awak nak bercinta  ianya tak salah , tapi pastikan cinta yang ada pada laki-laki tersebut tak rapuh, awak perlu tengok agama lelaki tersebut , sekiranya solat 5 waktu dijaga , hubungan dengan Allah nombor satu , hubungan dengan mak ayah okey, jadi cinta dia kepada awak jugak tak rapuh ‘.

 ustazah pulak cakap camni ;
“ Saya dengan husband saya dah lama bercinta , sejak sekolah menengah lagi ,tapi Alhamdulillah sampai sekarang  bahagia . kalau awak nak macam ni jugak , awak semua perlu tengok ciri-ciri pada lelaki tersebut , biar dia letakkan cinta pada Allah dahulu sebelum letak cinta pada manusia . InsyaAllah awak jugak yang bahagia”


Haaa…,So khulasohnya ( kesimpulan ) , kalau nak bahagia , letakkan cinta pada Allah dahulu  !
Yaaa ,nanti awak  akan bahagia selamanya  :D

Jika solat 5 waktu pun dia tinggal ,
mungkin awak juga senang dia tinggalkan .

Oraitt sayangku , Jaga diri elok-II . Raih cinta sang pencipta sebelum meraih Cinta Manusia ;