Sunday, 28 October 2012

| Muslimah solehah |

Siapa kata pakai tudung labuh ni panas tak terkata? Siapa kata pakai purdah extremis agama? Siapa kata pakai jubah alim bagai nak gila?

Sebelum berkata baik mencuba, betulkah apa yang dikata, benarkah apa yang kami rasa? Semua tu hanya persepsi kamu sahaja.

Kami pun manusia, kamu juga makhluk Allah semua. kita semua memburu syurga, jadi jomlah kita sama-sama menujuNya.

Be a good muslims! let's together head towards the Jannah! InsyaAllah ♥

i want to be a niqabis too. pray for me okeyh . Insya'Allah.<:

Saturday, 27 October 2012

Credit to kaum Adam ...

Bismillah.

Adam, Perempuan ini insan yang lemah. Jangan kau cemar imannya. Jangan kau rosakkan mujahadahnya. Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Illahi. Keana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya. Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya. Adam, Andai kau kasih dan sayang pada perempuan. Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan diluar sana. Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati. Ibu kepada bakal pejuang agama. Doakan buat mereka. Doakan buat dirimu. Agar ada redha Allah dalam setip amalanmu&perempuan itu. Allahu Allah ♥

Hawamu,حوراء الجنة



TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

Friday, 26 October 2012

selamat hari raya korban

Bismillah.

Today is a very special day. Because it is a Friday and it is Eidul Adha. Masjid akan berkhutbah sebanyak 2 kali. Happy Eidul Adha everyone :) Allahu Allah ♥

Thursday, 4 October 2012

best Friend Forever :D


Disini sahabatku semuaya yang kukenali
walau dimanapun kita kenali
Kalian sentiasa bertahta disanubariku
Aku memohon kemaafan atas segala salah silapku sepanjang perkenalan kita
Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahanku selaku
sahabat dan temanmu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini.
Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.


Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu, pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu. 

Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah. 
  1. Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI) 

Wednesday, 3 October 2012


Wahai Diri..!..La Tahzan..!..Aku tahu kau merinduinya..Aku tahu kau menyayanginya..!..Aku tahu kau mencintainya...Aku tahu semua itu..!...cekalkanlah hati mu Wahai Diri...sesugguhnya apa yang terjadi kepada mu ini adalah untuk kemanisan pada masa akan datang...Istiqarah / Hajat / Usaha / Doa / Tawakal adalah jalan terbaik..kau berdoalah..Ya Allah Jadikan Dia Jodohku Yang Terbaik...Amin...T_T...
~.~
✔ LIKE ✔