Wednesday, 7 November 2012

Assalamualaikum.....
| Dah lama tak update blog ni. Dah berdebu n banyak sesawang lha. ahaha. :D |

hee. Pejam celik-pejam celik today last skul. (8.11.12) . sedih sangat-II tau sebab tak dapat jumpa cikgu, kawan-II lagi. Takde kawan dah untuk bercerita dengan kita . Takpe umi ad lagi . hehe. By the way,
kepada semua kawan-II , happy holiday. Study untuk SPM juga tau. ehehe. Sy pun sama lha SPM CANDIDATE taun depan. #TeamSPM2013. 
hmm` doakan yang terbaik untuk Kami ye. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mengakhiri form4 . Panjang umur ~ ;')  .Kepada kawan-kawan tuh, kita struggle elok-II ye untuk menghadapi SPM taun depan :) insya'Allah , Allah akan membantu kita jika kita kuat berusaha. emm.
Semua yang datang rasa sekejap je, rasa baru hari tuh form 1 n sekrang dah besar . eheks. pejam celik-pejam celik naik tingkatan 5 n masuk U dah nanti. hmm. doaKan yang terbaik ye.

okeylhah. no idea nak tulis ape cer.. haha. so , setakat ni je oke. semoga ketemu lagi di lain cerita ^_^
Semua yang baik datang dari-NYA dan semua yang buruk datang dari saya sendiri. Allahu Allah ♥. 

SALAM UKHWAH SAHABAT :)
add me at fb :- https://www.facebook.com/nursyahirah.matzain?ref=tn_tnmn

Sunday, 28 October 2012

| Muslimah solehah |

Siapa kata pakai tudung labuh ni panas tak terkata? Siapa kata pakai purdah extremis agama? Siapa kata pakai jubah alim bagai nak gila?

Sebelum berkata baik mencuba, betulkah apa yang dikata, benarkah apa yang kami rasa? Semua tu hanya persepsi kamu sahaja.

Kami pun manusia, kamu juga makhluk Allah semua. kita semua memburu syurga, jadi jomlah kita sama-sama menujuNya.

Be a good muslims! let's together head towards the Jannah! InsyaAllah ♥

i want to be a niqabis too. pray for me okeyh . Insya'Allah.<:

Saturday, 27 October 2012

Credit to kaum Adam ...

Bismillah.

Adam, Perempuan ini insan yang lemah. Jangan kau cemar imannya. Jangan kau rosakkan mujahadahnya. Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Illahi. Keana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya. Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya. Adam, Andai kau kasih dan sayang pada perempuan. Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan diluar sana. Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati. Ibu kepada bakal pejuang agama. Doakan buat mereka. Doakan buat dirimu. Agar ada redha Allah dalam setip amalanmu&perempuan itu. Allahu Allah ♥

Hawamu,حوراء الجنة



TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

Friday, 26 October 2012

selamat hari raya korban

Bismillah.

Today is a very special day. Because it is a Friday and it is Eidul Adha. Masjid akan berkhutbah sebanyak 2 kali. Happy Eidul Adha everyone :) Allahu Allah ♥

Thursday, 4 October 2012

best Friend Forever :D


Disini sahabatku semuaya yang kukenali
walau dimanapun kita kenali
Kalian sentiasa bertahta disanubariku
Aku memohon kemaafan atas segala salah silapku sepanjang perkenalan kita
Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahanku selaku
sahabat dan temanmu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini.
Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.


Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu, pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu. 

Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah. 
  1. Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI) 

Wednesday, 3 October 2012


Wahai Diri..!..La Tahzan..!..Aku tahu kau merinduinya..Aku tahu kau menyayanginya..!..Aku tahu kau mencintainya...Aku tahu semua itu..!...cekalkanlah hati mu Wahai Diri...sesugguhnya apa yang terjadi kepada mu ini adalah untuk kemanisan pada masa akan datang...Istiqarah / Hajat / Usaha / Doa / Tawakal adalah jalan terbaik..kau berdoalah..Ya Allah Jadikan Dia Jodohku Yang Terbaik...Amin...T_T...
~.~
✔ LIKE ✔

Thursday, 27 September 2012

^_^

~> HIJABKAN dirimu sebaik mungkin. Wanita solehah itu sentiasa MEMELIHARA auratnya kerana aurat itu ialah MAHKOTA Muslimah. Memang tidak bertudung tidak semestinya JAHAT menurut AKAL manusia. Tetapi Nabi SAW dah cerita tidak bertudung akan kena BAKAR dalam NERAKA..♥ ~

“Wahai orang-orang yang beriman! PELIHARALAH diri kamu dan keluarga kamu dari NERAKA yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
 (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula TETAP melakukan segala yang diperintahkan.”
[al-Tahrim: 6]

>>> Pilihlah jalan kamu, moga itu yang TERBAIK untuk di sana..^_^

~Seindah Perhiasan Didunia Adalah Wanita Solehah~

you're in my heart :D

♥ Kekasih KEKAL ABADI ♥ Allah s.w.t

♥ Kekasih SEJATI ♥ Nabi Muhammad s.a.w

♥ Kekasih HATI ♥ Ibu & Ayah

♥ Kekasih TERCARI-CARI ♥ Seorang Suami

♥ Kekasih DINANTI-NANTI ♥ Syurga

♥ Kekasih PERLU DIHAYATI ♥ Al-Quran. .

♥ Kekasih PERLU DIIKUTI ♥ Sunnah Rasulullah(SAW)

andai ku tahu ....

Andai kau tahu.
Aku juga harap kau tahu
Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku 

Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa
Bukan aku yang menulis di luh mahfuz sana

tapi DIA
DIA ,ALLAH yang menjadikan dirimu dan diriku,
di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak tahu
InsyaALLAH Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersama
Biarpun beribu bidadari/bidadara datang melamar ku,
InsyaALLAH dirimu tetap untukku,
Jika itu yang ALLAH kehendaki.

Jodoh itu seperti rezeki.
Dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku..
Namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya ALLAH,
Kuatkanlah imanku dan imannya..
Jika dia benar untukku,
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
Jika dia bukan untukku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu
Agar aku tidak kecewa dengan keputusan Mu

"Barang sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi permasalahan yang menimpa mereka). Dan juga memberikannya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. " (At-Talaq : 3)

senyum :)

Hidup bagaikan melihat cermin.. Setiap kali kita HULURKAN SENYUMAN, setiap kali itu juga DIBALAS..

P/s: SENYUMLAH SEIKHLASNYA hari ini.. Andai tidak menjadi UBAT pada KELUKAAN di dalam HATI sendiri, mungkin senyuman itu mampu menjadi PENAWAR pada KESAKITAN yang melanda HATI yang LAIN pula..

TERSENYUM ketika BERTEMU SAUDARAMU adalah IBADAH..
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Friday, 21 September 2012

:)

assalamualaikum. . doakan sya untuk menjadi seorang muslimah yang bertaqwa dan mantap iman yaa. saya hanya manusia biasa yang masih tenggelam dalam nafsu .saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Tak semua sempurna tapi sya juga akan berusaha menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.  :)

| takpe orang nak mengata sbb kita berubah menuju ke arah kebaikan, Subhanallah. Selamat beramal :') |

Thursday, 20 September 2012

Surat layang-II (◠‿◠)


Jika mereka sibuk mencari cinta,
biarlah kita sibuk mencaRi IMAN .
jika mereka sibuk mencari pasangan,
biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN.
Jika mereka menangis kerana kecewa  bercinta,
Biarlah kita menangis mengenangkan DOSA-II SEMALAM.
Jika mereka cintakan kepada manusia,
Biarlah kita CINTAKAN ALLAH.
Jika mereka mendamakan DUNIAWI,
Biarlah kita mendambakan UKHRAWI.
Cintailah DIA …
Carilah cinta DIA…
Nescaya kelak kita menjumpai seseorang yang juga mencintai Allah.
insya’Allah :’)

| note to myself | hee~

Wednesday, 19 September 2012

LoVe u Forever .

I'm dedicated this to my lovely gorgeous mom and my lovely handsome dad ♥ sya tk pandai dalam bercerpen atau sastera but i tryed for my beloved Mom&Dad dann ini hasilnya :)

Umi Abah, anakmu ini berjanji akan menjadi anak yang solehah yang dapat menjadi satu kebahagiaan buatmu didunia dan diakhirat. Akanku balas jasa-jasamu dengan kejayaanku sebagai seorang muslimah yang baik dan yang berjaya sehi
ngga ke menara gading. Walau mungkin suatu hari nanti kalian tidak sempat melihat kejayaanku pada ketika itu, akanku amalkan kejayaanku dengan amalan soleh agar dapat membantu dan menerangi cahaya ketenangan buat kalian disana kelak. Ampun&Maaf dipinta dari anakmu yang suatu ketika dan kini banyak menyusahkan kalian. Namun betapa besarnya kasih sayang kalian pada diriku, kerna tidak pernah merungut apatah lagi membenci diriku namun kalian tetap terus mendidikku hingga menjadi seorang remaja yang semakin mengenali dunia yang fana ini.
Umi Abah,
doa dari kalian amatku perlukan agar aku tidak tersesat untuk menuju ke jalanNya didalam onak duri dunia yang penuh pancaroba ini. Kenangkan daku dalam setiap doa di sujudmu agar dapatku tenang mengharungi liku-liku kehidupan penuh sandiwara ini
. Umi Abah,
jika ku sudah tiada disaat kalian membaca coretan yang ku lakarkan untukmu ini ampunilah segala dosa-dosaku terhadapmu, halalkan makan minumku dan segala yang telah kalian berikan untukku. Biar dapatku berehat dengan tenang dan aman disana. 'Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihi daku ketika kecil. Peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara daku ketika kecil. Ya Allah Ya Rahman, tempatkanlah mereka kelak di jannatul firdausiMu dan kurniakanlah mereka hati-hati yang tenang sepertimana hati-hati yang telah Engkau redhai. Semoga kita bertemu lagi di syurga nanti . aminn :*
| anakmu |

LoVe u :*

Bedah Katak !

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah. dah selesai jgak bedah katak. hehe. Best jgak duk kobek satu-II dalam perut katak . Bedah katak tu niat untuk belajar . untuk dapatkan pengetahuan yang lebih mendalam. Subhanallah! kita sbenarnya sama je dengan katak just katak xde diafragma n tulang rawan , manakala manusia mempunyai diafragma n tulang rawan. yang membezakan kita dengan katak tu je. hebat kan? . ouch! mula-II nak bedah tuh geli, takut n sebagainya of course ad tapi lpas dah buat tu rasa nak lagi n lagi. hehehe. :) . BEST ! . kalau dah jadi doktor kan lagi hebat kan, blajar satu-II secara mendalam.
doakan sya untuk mencapai cita-II okeh. ! Insya'Allah. segalanya akan dipermudahkann aminn :D

bakal Doktor! hehe. Insya'Allah .

Insya'Allah .

setakat yang sya tahu dan termampu untuk dikongsi bersama :)

Mencari keredhaan !

Assalamualaikum wahai sahabat sekalian . thanks sbb bce entry yng ni .
Muslimah itu MAHAL. MAHAL peribadi, MAHAL akhlaknya, MAHAL bicaranya, MAHAL auratnya, MAHAL cantiknya, MAHAL malunya. SANGAT MAHAL! Siapa kata jadi Muslimah itu KOLOT? Semoga Allah mencampakkan rasa keinsafan dalam diri kita agar kita dapat sama-sama menjadi Muslimah sejati yang diredhai Allah. Aamiin. :)

SyuKur :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, sobahul khair :) Alhamdulillah i'm still alive, syukran Ya Allah. Happy Juma'ah Mubarak ikhwan and akhwat. Mulakan hari antunna semua dengan memanjatkan kesyukuran kepadaNya, selawat ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W dan jangn lupa baca Surah Al-Kahfi ya. Sabda Rasulullah, 'Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)' SubhanAllah! 

Tazkirah 4uS

Assalamualaikum, bace  ny smpai habis oke. Insya'Allah dapat manfaat yang berguna , hee :)

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga b
ukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya . Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

*Semoga Allah memberkati Tazkirah ini dengan limpahan rasa ketaqwaan dan keinsafan kepadaNya. Insya-Allah, Aamiin Ya Rabb :) ALLAHU ♥

Saturday, 15 September 2012

goOd lucK ^_^

 Assalamualaikum, hehe. Sempat jgak hari ni sya bkak blog. Thanks sbb baca entry yang sebelum-II oke.  Today, sya nak wish luck for  bdak-II exam taun ni. Kepada budak-II di luar sana yang dah habis exam UPSR tu, wish u get straight A oke. Insya’Allah, banyakkan doa. Kak pun insya’Allah akan doakan kat adik-II. J . to my lovely cousin ATIRA  and NATASHA yang ambil exam UPSR ary tu , must get straight A ok. Hehe. >.<  

UNTUK ADIK-II  PMR. > dah buat persediaan ke belomm ? mesty dh buat kan. Good girl n good boy. Haha. Semoga kejayaan mengirimu nanti, Insya’Allah. Kuatkan berusaha lagi ok. Sapa yang dapat low masa trial tuh jgn sedih-II, berusaha sikit lagi, mungkin anda akan jadi pelajar cemerlang! Siapa yang tahu. To adik sya NUR SYFIQAH MAT ZAIN  wish u do the best oke. ! keluarga mengharap kejayaanmu. Buat yang terbaik. Agi idup agi ngebalan. Hahaa. And x lupa kat bdak-II PMR yang laen, Mardhati, Salwani, Nazmi, *jihumyoing* (xreti eja nama),  Nina, siti, imran, n sape yang x termasuk ponn harap u all  do the best ! chaiyokk >< hik3. Amiiinn , :D

UNTUK ABANG-II N KAKAK-II SPM > hehe, wish u all luck juga,  buat yang terbaek oke. !  U sedanng menanti ….. haha. Abe hanif tuh, wak molep dehss.  Insya’Allah.

dah, skit otak kena perah ayat ! haha. Thanks kepada sesaPE yang bace sampai habis . Assalamualaikum.

| muslimah sejati . Insya’Allah | J

Raya-II :)


Salam sejahtera ke atas kamu semua. Hehe., translate ‘Assalamualaikum ‘ tuh . J semoga hari-II kita diberkati selalu oke, emm. Just nak post gambar hari raya taun ni je, x sempat nak upload. Hehe.
HAPPY FAMILY  always oke.  Love u all, abah . umi. Kakak. Iqah, we, mimi. Yaya, n adik :0 ! ~ SAYANG korang ketat-II.  ……………………………………………. Tanpa mu semua siapalah aku ini J hihi. =)
| -hauraa Jannah Insya’Allah - |








Friday, 14 September 2012

Assalamualaikum. kali ni entry pasal "cinta". Ramai kan remaja sekarang dalam alam percintaan Alhamdulillah. sya x pernah terjebak dgn perkara begini. Mungkin perasaan ad untuk bercinta tetapi perkara tu tolak jauh ketepi supaya cita-II sya tercapai dahulu. cinta sya hanya untuk bakal suami sya yang tercinta suatu hari nanti. Insya'Allah.hehe. Perasaan minat dan suka kat seseorang tu semua manusia ad termasuk jgak sya. Mengharap pada cinta yang hakiki. bukan cinta untuk sementara. Ramai yang lepas bercinta xcukup makan lah . x cukup tidur lah. semua benda x kena, sbb putus cinta. xke anaiya diri gituu? Masya'Allah. belajar pun x tenang. semoga diri kita diberkati selalu.

| cintaku hanya untuk insan yang hakiki. :') |

Thursday, 13 September 2012

mengharap sinar :D

Ya Allah. aku hanya manusia biasa yang mampu untuk terus berdoa dalam mengaharapkan redha-Mu . Berkatilah setiap hari-hariku dengan keredhaan-Mu. aku hanyalah manusia yang sering alpa dengan duniawi. Jauhilah aku daripada keasyikan dunia. Ya Rabb , sesungguhnya kau maha pemurah. Tuntunlah aku ke arah kebaikan. jadikanlah hari-hariku penuh dengan beramal kepada-MU. Permudahkanlah hari-hariku . Aku mungkin sering membuat khilaf dan alpa pada-Mu tetapi di sudut hati yang kecil aku mengharap masih ada sinar yang menyelubungi hari-hariku, Mungkin di saat ini, mungkin keesokan hari , mungkin lusa, ak sudah tidak bernafas. engkau sahaja yang tahu. Berkatilah aku kearah kebaikan . Insya'Allah .


| : 14/9/2012 : ikhlas : nur syahirah mat zain | :D

kata hikmat.

assalamualaikum. i wanna to said Alhamdulillah because Allah still give a breath in this morning . i hope today is my good day. insya'Allah. thanks read this entry :DD

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ). 

beramal Lah :)

سم الله الرحمن الرحيم استغفرالله العظيم .. استغفرالله العظيم .. استغفرالله العظيم سبحان الله .. سبحان الله .. سبحان الله الحمدلله .. الحمدلله .. الحمدلل لا إله إلا الله محمد رسول الله .. لا إله إلا الله محمد رسول الله .. لا إله إلا الله محمد رسول الله الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر اللهم صلى على سيدنا محمد وعلىأله وصحبه وبارك السليم .. اللهم صلى 
على سيدنا محمد وعلىأله وصحبه وبارك السليم لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم 

Jumu'ah Mubarokah. Have a bless Jumu'ah fellas. Don't forget Al Kahf and Salawat. May Allah will always be with you and grant you Jannah :) 

| teruskan membaca n selamat beramal | 

Kelebihan malam jumaat !

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, sobahul khair :) Alhamdulillah i'm still alive, syukran Ya Allah. Happy Juma'ah Mubarak ikhwan and akhwat. Mulakan hari antunna semua dengan memanjatkan kesyukuran kepadaNya, selawat ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W dan jangn lupa baca Surah Al-Kahfi ya. Sabda Rasulullah, 'Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)' SubhanAllah! ALLAHUAKBAR 

| selamat beramal | insya'Allah :)

Friday, 6 July 2012

teruk kan ^_^


orang dapat pelajar cemerlang kita x dapat.. apa ke naseb badan.. sedyh! tu je aq bleyh ungkapkan.. orang laen boleh gak dapat plajar cemerlang tapi aq ni?? ishh..  !! aq nak berajaya macam korang kawan >< SMU taun ny aq arap dapat mengubah prestasi .. nak result macam PMRU ary tuh..
> mak aq cakap, masa pkse PMRU 2 taun lpas  tuh aq ny kuat baca al-quran, solat hajat n so on < tapi taun ny.. !! grr--
=,=
x pe lha .. aq lnguh tangan dah taip ny.. ada bnyak lgy yang bleyh dcritakan tapi no mood lha.. kbhai.. assalamualaikum.. tahnk koranx bce entry ny .. =]

< ThisIsMeOriginal>

‎* KECEWA ? -ingatlah saat kau kecewakan seseorang
* MENANGIS ? - ingatlah saat kau buat seseorang menangis
* SAKIT HATI ? - ingatlah saat kau sakitkan hati seseorang
* DIPERMAINKaN ? - ingatlah saat kau permainkan seseorang
* TIDAK DIENDAH ? - ingat saat kau buat tak endah pada sseorg

SETIAP PERBUATAN (SEDAR @ TIDAK) PASTI ADA BALASANNYA ITU JANJI YG MAHA ESA - KAJI DIRI SENDIRI KAJI PERBUATAN ANDA & JGN SALAHKAN TAKDIR MAHUPUN YG MAHA ESA ^^ -

Monday, 28 May 2012

lame dah sy x update status blog kangg..eemm ..terase rndu plak.. ok. entry ary ny sy nak cite pasal trip prg cmeraon highland ngan kwn-II . huh.. hampa tau dakk bezz lha pgy ngan kwn-II walaupun 2 hari 1 malam :( emm..tapi x perluu bersedih..kite enjoy! kua3
gmbo nnty sy upload...  bnyak ugk lha bez memories dup kat sne..perjalanan pegy balik ambk mse dekat gan 15 jam jugak lha. x taw uat pe ..hihi... lepas kiteorng smpai je kat kmeron , tmpat 1 kami tuju dkt bee farm . hm..x beli ape pun kat sne. save budjet konon, perrhh.. haha.. pastu tmpat kedua yang kami mahu tuju dkat apartmen. class derrr apartmen kiteorang. kaw ade? haha\
gurau je keyh,. emm.. ok lha. cukup smpai d sini sja lha. cekk mau pgy solat . kbahi. jge diri keyh! assalamualaikum :)

Friday, 18 May 2012

eeiii...sakit aty weyh!!! baxpoe eyh manusio nyh x ajim nk sedar kslhn diri sendiri...nak cari keslhn ore laen jah rety! damn...aq x sukoe..eieeiii...... beci-III.............
so agyh...
fullstop...
malah nak naip doh... :d
nty ah saia taip mulaa..

Friday, 4 May 2012

emmm....lmew x update blog ny kangg....... yeah :D
just nak ltak picture yang aq snap ler ai nyh.....budax cute!! ><
SAYANG KAU ..  .... loading........

Monday, 16 April 2012

entah pape :)

haha......ary nim adalah ary yang aqu suka....
koranx tau...sai lame aq dah mula nampak senyum katku..okeyh.. i like this/...haha:)
today....kita orng dah rancang untuk celebrate ary jadi sarah adny bt fami...hik3...
we love u somuch!!

Saturday, 7 April 2012

hanya zaman persekolahan sahaja yang mngajar kita erti persahabatan & remaja ... sekiranya zaman itu telah berlalu nescaya ia x kan kmbali lagy...masa ini jua kita mmbawa haluan masing-II
mgkin sukar untuk kita bersatu kmbli dalam 1 tmpat skecil bilik darjah yang membawa bnyak knngan..
belajar,bergurau,ke kantin bersama & banyak lagy..
terbukti zaman pelajar adlh zaman remaja yang sukar dlupakan..
mngkin1 ary nnty kita akn tersenyum :) mngingatkan kmbali zaman yng penuh dngan knngan...:)
3 mukmin 2011 :) in memory 

Thursday, 5 April 2012

first time try guna blogg :)

haha............. rasa lucu pon ader gax..../
ngeh3x....
 buat blog nyh smta-mata nak luahkan perasaan jer...tapi mmg orng kate luahkan kat dalam nih memang santai n bersahaja..tu yang nak try guna blog eyh...penat jagak lha mula2 nak kena blajar guna blog...macam merangkak lak nak cari satu-persatu.... haha.. kbye ...haha.....  :P
•♥• Senyumlah andai dirimu dilukai.. •♥•
•♥• Senyumlah andai dirimu dilupai.. •♥•
•♥• Senyumlah andai dirimu dikhianati.. •♥•
•♥• Senyumlah andai dirimu ditindasi.. •♥•
•♥• Senyumlah andai dirimu dibebani.. •♥•
... •♥• Senyumlah andai dirim...u disakiti.. •♥•

•♥• Tersenyumlah.. Jangan biarkan mereka yg membencimu merasa bahagia kerana melihatmu tak mampu bertahan dari sbuah 'usikan' .. Sesungguhnya senyuman itu menunjukkkan ketabahan diri.. •♥•

Wednesday, 4 April 2012

ok...ary nyh ary rabu ..
tarikh 4.4.2012..
aq pgy skolah xd dngaan harapan kawan ak take care aq..upe-upenye..:'(
korang pon msty sdyh gak kan kalau kawan koranx uat gtuh kat koranx..tapy mcm mna x der pon orng yang nak mnyebelahi sy.. sdyh asenye..