Friday, 27 October 2017

Umi... Abah...

Tiada seorang pun perempuan dan lelaki yang aku kenali sehebatmu di mataku.

Umi..Abah... Terima kasih sebab selalu bagi nasihat. Dalam diam selalu mendoakan kami.

Umi..Abah... Andai takdir aku tidak dapat tunaikan hasratmu.. Maafkanku.

Umi..Abah... Andai pernah menyakitimu tanpa aku sedari.. Maafkanku.

Doakan aku menjadi sehebat umi dan sekuat abah.

I love both of you so muchhhhh 😭

Monday, 3 July 2017

KISAH MEREKA TAK SAMA DENGAN KITA

Cerita mereka tak sama dengan cerita kita.

Kisah suka duka mereka juga tak sama dengan kisah kita.

Ada orang bahagia hidupnya dengan pasangan,
Ada orang bahagia hidupnya dengan keluarga,
Ada orang bahagia hidupnya bersama teman-teman.

Dihargai oleh sekeliling satu fitrah naluri dari ilahi.

Manusia perlukan kasih sayang dari mereka yang dicintai.

Jadi ibu ayah, sayangi anak-anak.
Jadi suami, sayangi isteri sepenuhnya.
Jadi isteri, sayangi suami.
Jadi teman, sayangi teman dengan ikhlas.

Dalam hidup hanya dua perkara yang menjadikan keakraban dua jiwa
♚ Dihargai
♚ Disayangi

Dalam bekeluarga jangan senang melafazkan cerai,
Dalam berkawan jangan cepat memutuskan silaturrahim,
Dalam pertunangan jangan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.

Kisah buruk mereka, jadikan pengajaran untuk kita.
Kebahagiaan mereka jadikan wadah untuk kebaikan kita.

You served to be happy ♔

-irasyahira-

Friday, 30 June 2017

Jodoh itu unik.

Yang dikejar makin menjauh,
Yang tidak disangka makin mendekat,
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu,
Yang awalnya diragukan menjadi pasti,
Yang selalu diimpikan tidak berujung pernikahan,
Yang tidak pernah difikirkan bersanding dipelaminan,

Allah itu maha adil.

Dia yang mengatur perjalanan hidup kita dengan indah dari apa yang kita rancang.

Percaya sahaja.

Tuhan menggengam semua doa.
Lalu dilepaskan pada saat yang tepat.

Sabar.

Teruskan genggam dalam doa.

JIka akhirnya kamu tidak bersama orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkiin kamu akan disatukan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu,

Have Faith, Serah semua pada Allah,  doa baik-baik.

"Jaga satu hati, pegang satu nama, simpan dalam hati, setia hujung nyawa"



Tuesday, 13 June 2017

Abah.

Seorang insan yang sangat tegas dalam mendidik anak.

Seorang insan yang lain gaya asuhan pada anak.

Seorang insan yang selalu bertanya khabar melalui lisan ibu.

Seorang insan yang selalu memberi duit melalui tangan ibu.

Seorang insan yang sentiasa mendoakan dalam diam.

Seorang insan yang sentiasa memerhati dengan penuh kasih sayang.

Seorang insan yang sentiasa melindungi dan menjaga tanpa mengharapkan balasan.

Kasih sayang seorang abah tidak berpenghujung. Walaupun tidak dinyatakan secara zahir, tetapi melalui riak wajah dan caranya penuh dengan erti kasih sayang.

Katanya. Nasihatnya. Ketegasannya dalam mendidik bukan untuk menyusahkan anaknya. Sebaliknya untuk menjaga, mendidik dan mengajar anak dengan sebaiknya.

Sayang abah sangat-sangat ♥

Love of my life always 💕Mat Zain Bin Deraman 💕

Happy fathers day

Penat. Sampai satu tahap kau tak mampu nak teruskan.

Tapi inilah mujahadah menuntut ilmu.
Hidup kat dunia memang satu tuntutan untuk kita cari dan gali ilmu. Tak kira ilmu dunia mahupun akhirat.

Yakinlahhh.

Usaha tangga kejayaan !

Sejauh mana pergi jangan lupa Allah sentiasa. Dekatkan diri denganNya. Selalu berdoa meminta padaNya.

InshaAllah, bila dah usaha, doa. Maka tawakkallah. Restu ibu bapa juga penting untuk kejayaan kita. Senangkan hati mereka. InshaAllah berjaya dunia akhirat.

Bittaufiq wannajah kullukum jamian

- irasyahira -
Bachelor arabic languange.

Friday, 9 June 2017

Inalillah.

Bukak ig penuh dengan post ucapan inalillah buat keluarga dan sahabat handai yang telah pergi bulan ramdhan ni. Cukup ramai yang pergi meninggalkan bulan mulia ni. Jiwa sya mudah tersentuh. Baca caption saja dah boleh koyak. Mulalah nangis. Allahu.

DARI DIA DATANG DARI DIA JUGAK KITA KEMBALI.

InshaAllah, semua yang telah pergi akan tenang disana ditambah dengan keberkatan bulan ramadhan ni. Husnul khatimah pengakhirannya.

Rehatlah disana dengan penuh kesenangan yang abadi. Dunia hanya tempat bermain buat sementara. Dah boleh rehat kat sana. Tak payah pikir pasal penipuan dunia lagi dah.

Buat adik syahid, kak shea. Walaupun tak pernah jumpa, tapi selalu tgok perkembangan kat ig, suka sangat. 💝 Awak berdua pergi dalam bulan ramadhan kareem. Jeless sangat. InshaAllah syurga buatmu.

Inalillah buat mereka. Moga tergolong dalam kalangan orang yang beriman.

Pengakhiran kita? Bila pun tak tahu. Allahu.

Wednesday, 7 June 2017

Baca berita yang menyedihkan pasal budak tahfiz excident tu, Allahu berderai ayaq mata. Sebak. Terharu,

Hari mulia, bulan mulia, tujuan mulia. Memang syahidlah mereka. Hari jumaat, bulan ramadhan, ingin ke majlis ilmu, Allahu.... indah sungguh pemergianmu dikk,

Cemburu dengan pemergian mereka, dalam husnulkhatimah.  Moga pengakhiran kita semuaa juga begitu.  

Ajal maut tak kira masa. Allah boleh ambil sekejap sahaja makhlukNya, tidak lewat sesaat mahupun tidak awal sesaat. Allah sebut "kun fayakun" jadilah, maka jadilah ia.

Bersediakah kita ?

Masih banyak hutang kita dengan Allah di dunia. Hidup di dunia tempat kita menanam pahala dan menjadi khalifah yang patuh dan taat padaNya. Tetapi kita manusia sering alpa, tertipu dengan kenikmatan dunia. Kerana itu, bertaubatlah dan berdoalah spaya pengakhiran husnul khatimah.

Allahu. Izinkan kami menghadapmu dalam kau redhai. Aminn.

Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.

-irasyahira-